Tuesday, June 19, 2012

Makan-makan di Kota Bahru - Part 4

Kali ni destinasi di Pantai Cahaya Bulan, memang banyak kedai yang jual goreng-gorengan ni. Makan di waktu petang hari. So ni last blog for episod makan-makan at Kota Baru. Lepas ni tak tahulah berapa tahun lagi nak datang sini.


Sotong kat sebelah kiri tu harganya RM15.00 seekor. Mak ai mahalnya cam harga sekilo sotong.
Tak jadilah ambil. Udang yang dicucuk pun banyak.

Ambil punya ambil sepinggan campur keropok lekor tu RM15.00.

Air gas ni pattern botolnya zaman dulu-dulu kala. Banyak kat sini.

Pantai Cahaya Bulan selepas hujan. Dah tak banyalk pjok. 15 tahun lalu masih banyak pokok ru kat sini. Sekarang botak dah tad da pokok sangat.

Kalau dah namanya tepi pantai memang banyaklah layang-layang dijual.


D'KLASIK
Yang ni kopitiam D'Klasik yang dibuka 24 jam. Ni on the way belah kanan nak ke Wakaf Che Yeh dari Kota Baru.

Pemandangan dalam kedai yang sangat cantik.

Antara menu yang ada.

Garlic bread dengan mushroom sup + popiah goreng + rotai bakar + roti arab. Hai semuanya nak rasa.

Daging rusa black paper RM16.50 + mee hoon S'pore + mee hoon ladna
Daging rusa tu keras sikit kalau empukkan sikit lagi sedap.



PASAR MALAM DEKAT DENGAN PASAR SITI KHADIJAH (parking lot)

Ni kuih apam lambong. Sekeping RM1.30. Sedap dimakan dengan kelapa.

Nasi kerabu lagi RM3.50.

Lauk pauk kat pasar malam.

Baru dapat rasa nasi dagang RM3.50. Sebelah tu kerabu mangga.

Bermacam jenis kuih muih.

Ynag tinggi tu nasi tumpang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...