Friday, June 29, 2012

Pavlova......akhirnya.....

Lama dah tengok pavlova ni, macam best je kan. Fresh fruits dah banyak kali beli sampai naik lebam lebam strawberry tu. Tengok Barefoot Contessa buat kat AFC dah berkali kali, macam senang je. So kuatkan semangat buat jugalah pavlova ni. Not to sweet sebab saya dah reducekan gulanya.

Hai ! pavlova base ni rentung sikit tapi taklah hangus boleh makan. Crunchy lagi. The cream buat dia melt in my mouth. Ditambah lagi dengan rasa masam manis fresh fruit memang sedap. 


4 biji putih telor yang dipukul hingga mengadi meringue. Masukkan dalam piping bag siap untuk dipaipkan.  


Base yang bersedia untuk dibakar. Proses pembakaran memang sangat lama. 1 jam 15 minit dengan menggunakan api bawah saja tapi saya guna api atas bawah sebab tak tau oven saya tu macam mana nak buat api bawah saja tu yang jadi kecoklatan sikit warnanya. Janji tak hangus.


Fresh fruits = strawberry + kiwi + anggur antara buah yang wajib untuk pavlova ni.


My 2nd tray pavlova menjadi. Sangat Crunchy dan tak rentung. Warna cantik.


Ready to bring to office for testing session. The girls like it.


Lovely collage.

PAVLOVA
Source: Cahaya Cinta

4 biji putih telor
1 cawan gula halus ( saya letak 3/4 cawan )
1 sudu besar tepung jagung
1/2  sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil vanilla
fresh fruits = anggur + strawberry + kiwi. Nak letak lain-lain pun boleh.

Cara
1-Pukul putih telor sampai jadi gebu (soft peak). Putar dengan kadar maksimum.
2- Sambil putar masukkan gula sedikit demi sedikit.
3-Pukul sampai kental dan masukkan tepung jagung dan putar selama 3 minit lagi.
4-Bila dah sebati berhentikan mixer. Masukkan cuka & vanilla , guna teknik kaup balik dengan spatula dengan satu arah saja.
5-Panaskan oven pada suhu 120 darjah dan bila telah panas boleh turunkan kepada 100 darjah. Ikut tahap kepanasan oven masing-masing.
6-Masukkan dalam piping bag dan boleh buat kelongsong bulatan.
7-Bakar selam 1 jam 15 minit. Kena sabar ya.

Cream

250 ml cream brand RICHS, gold label for cakes & dessert toppings

Pukul cream ni selam 15 minit sehingga kental dengan kelajuan yang laju.

Satukan
- Selepas base masak dan disejukkan , sapu cream di atasnya dan hias dengan fresh fruit.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...