Wednesday, June 20, 2012

Shopping di Bazar Kota Baru, Kelantan....

Kali ni shopping lagi kat Kota Baru. Kali kedua dalam setahun ni. Kalau tak kerana menghadiri majlis perkahwinan adik lelaki memanglah tak sampai sini. Lepas ni tak tau bila lagi akan ke Kelantan. Nak cerita pasal bazar yang ada di Kota Baru ni. Memang banyak bazar - ada Bazar Buluh Kubu, Bazar Tok Guru , Bazar Tengku Anis, Pasar Siti Khadijah. So this time round singgah di Bazar Buluh Kubu, Bazar Tok Guru dan semestinya Pasar Siti Khadijah. Kalau ditanya dalam banyak-banyak ni yang lengkap ada segala-galanya ialah Pasar Siti Khadijah, banyak pilihan dan lebih murah dari bazar yang lain. Maksudnya pergi Pasar Siti Khadijah pun cukuplah.

BAZAR BULUH KUBU
Letaknya bersebelahan dengan Pasar Siti Khadijah. Tak ramai orang di sini. Kedai besar dan tersusun rapi. Kiranya selesalah nak membeli belah di sini.Kalau peminat baju kelawar bolehlah ke sini kerana terdapat banyak design yang cantik kat sini berbanding dengan bazar lain. Harga dari RM25.00 ke atas. Design baju batik tak berapa menarik di mataku di sini. Limited choicelah.


                                 
Ni jubah batik kain crepe. Harga RM280.00. Cantik tapi sizenya kecil.


Berbagai jubah dan baju kelawar dari batik crepe.


Songket pun ada. Harga bermula serendah RM200.00 hingga beribu ringgit. Kena pandai tawar menawar. Harga asal RM500.00 tawar punya tawar boleh dapat RM300.00


Rambang mata tengok songket ni.


Anatara kain batik yang ada di sini.


Nilah Bazar Buluh Kubu tapi selalu orang tak perasan sebab semua tahu nak pergi Pasar Siti Khadijah je.


BAZAR TOK GURU
Ni letaknya jauh sikit dari Pasar Siti Khadijah. Di bandar Kota Baru sebelah kiri selepas round about. Terlupa nak snap gambar luar. Memang banyak ruang niaga tapi sempit memang tak selesa nak shopping. Harga kat sini mahal sikit. Design batik pun kurang mernarik kalau ada yang cantik pun mahal harganya.


Rambang mata tengok tudung-tudung bawal ni. Saya perhatikan memang orang Kelantan suka pakai tudung bawal walau ada fesyen tudung yang lain.


Antara yang sempat dibeli. Tudung + baju kelawar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...