At last berjaya juga buat Russian Black & White kek ni, one of the famous continental cake yang hangat di pasaran. Fuh ! Dari nak mencari resepi , goggle sini sana memang tak dapat akhirnya jumpa juga kat blog Juicy Cafe dan Masam Manis milik Azlita. Terima kasih to both of them kalau tak......tak menjadilah kek ni. So resepi ni combination dari 2 blog, ikut resepi yang senang dibuat. I ambil masa 2 hari nak buat kek ni, al -maklumlah orang bekerja. Buat kek dulu than the next day barulah toppingnya. Apa pun memang happy with the outcome walau rupa luarannya tak berapa menjadi isi dalamannya cantik.
Ada corak, kira menjadilah. Warna cream tu ialah cream cheese.
Kek yang belum ditoppingkan + cream cheese + chocolate ganache yang bersedia untuk dipaipkan. Kek tu tak besar sizenya 8" je, so adunan ni dapat 3 keping kek.
GAMBAR A
Cream cheese + chocolate ganache yang dipaipkan ke atas kek mengikut bentuk bulatan diselang seli. Masa buat cream cheese filling tu rasa macam tak cukup tapi sebenarnya cukup.
GAMBAR B
Selepas kek ditindihkan selapis demi selapis menjadi satu biji kek. Barulah disapukan cream cheese. Proses ni bagi I memang susah, mungkin tak pandai nak layer kek ni lagi sebab tu tak rata sangat.
Selepas tu proses meletakkan chocolate ganache. Pun atak berapa cantik. Kena belajar lagi. Kek ni dibuat sempena Wedding Anniversary yang ke 13. Bulan Jun ni memang banyak celebration. Coming soon birthday hubby 14/6/12 + daughter 24/6/12.
Walaupun luarannya tak cantik tapi dalamannya, boleh dikatakan menjadilah juga.
Sedap........kenalah rasa ya.
RUSSIAN BLACK & WHITE KEK
Source : Juicy Cafe & Masam Manis - Azlita
Bahan untuk kek (juicy cafe)
1 cwn serbuk koko - ayakkan
1/2 cwn gula halus
1 cwn air panas
1/2 cwn susu cair
250 gm butter
2 cwn gula perang
4 biji telur
2 sdk esen vanilla
2 cwn tepung gandum*
2 sdk baking powder* - *satukan & ayak
Caranya.
1. Satukan serbuk koko, gula halus & air panas dalam periuk dan masak dengan api kecil shingga bahan2 larut, angkat & sejukkn.
2. Tuang susu cair & gaul sebati, ketepikan sebentar.
3. Pukul butter & gula perang shingga kembang, masukkn telur sebiji demi sebiji + esen vanilla & terus pukul sehinga rata.
4. Masukkn adunan tepung bergilir2 dengan adunan coklat, gaul secara kaupbalik shingga rata.
5. Lenserkan loyang berukuran 8 inci dengan sedikikt butter, lapik kertas minyak & lenser butter sedikit lagi.
6. Tuang adunan kek dalam loyang & bakar secara 'waterbath' dlm oven yang telah dpanaskan dengan suhu 180C selama 1 jam 15 mnt atau sehingga masak mengikut oven masing2. - Part ni i tak ikut , i just masukkan kek dalam oven tanpa waterbath teknik.
7. Angkat & sejukkan atas redai. Ketepikan.
Ganache untuk filling coklat
Caranya..
50 ml whipping cream
200 gm coklat compound - hiris halus
Cara
1. Panaskan whipping cream dalam periuk kecil shingga berbuih ditepi-tepi periuk. Tutup api & angkat.
2. Masukkan coklat compound & gaul shingga coklat larut.
3. Masukkn adunan dalam piping bag & sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 10 minit atau sehingga ganache sedikit keras. Tapi jangan terlalu lama. Nanti susah nak paipkan.
Cream Cheese Frosting - masam manis
250gm Philadelphia/Tatura cream cheese
120gm mentega
1 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
2 sudu kecil jus daripada lemon
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising + vanilla + jus lemon.
Masukkan sedikit adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras. Tapi jangan terlalu lama nanti keras sangat nak dipaipkan atas kek. Cream yang balance digunakan untuk mentopping luar kek sebelum meletakkan topping ganache coklat yang terakhir.
Setelah cream cheese + coklat filling siap disejukkan dalam peti ais seketika, bolehlah memulakan proses melapis + melayer kek seperti gambar A di atas. Mula-mula buat bulatan kecil menggunakan cream cheese diselang selikan dengan coklat filling. Buat macam lingkaran bulatan ubat nyamuk. Selepas masukkan dalam peti sejuk selama 5 minit untuk keraskan sikit filling-filling tu. Keluarkan dan kali ni letak filling coklat dulu di tengah-tengah & ulang proses bulatan berselang seli sekali lagi sehingga semua kek habis ditindih.
Selepas tu boleh lah menutupkan kek yang bercantum dengan balance cream cheese tadi. Sila lihat Gambar B di atas. Selesai masukkan dalam peti asi sekejap. Keluarkan dan boleh letakkan topping ganache coklat yang dibawah ni pulak.
Ganache untuk topping kek.., buat selepas cheese mengeras. - Juicy Cafe
100 ml whipping cream
300 gm coklat compound
Cara
1. Panaskan whipping cream dalam periuk kecil shingga berbuih dtepi periuk. Tutup api & angkat.
2. Masukkan coklat compound & gaul shingga coklat larut.
3. Tuang atas kek yg disejukkan tadi.
No comments:
Post a Comment