Sunday, September 7, 2014

Swiss Meringue Macarons.........menjadi....

Macarons ni kegemaran the kids sebab maniskan but surprisingly saya yang tak suka manis ni pun terikut suka. Kali ni saya cuba resipi Kak Rima dari Bisousatoi, menggunakan teknik swis meringue....thanks for sharing Kak Rima. I call her Queen Macs coz she bakes thousands of macarons with nice color......sangat sangat cantik..... Your blog memang sumber inspirasi saya.....love to read your celoteh and the same time get to try your resepi....


Sangat bersyukur first time buat swiss meringue macarons ni outcomenya menjadi.....risau juga sebab macarons ni terkenal dengan pantang larangnya yang sangat banyak but ada jugak yang saya langgar.....he...he...mungkin sebab tu tak jadi kot.



Swiss meringue macarons ni caranya cam nombor satu tu guan cara double boiler untuk larutkan icing sugar dan white egg tu......yang lain sama je methodnya.....guna pewarna serbuk....buat dua warna pink and green but the green one ada cerita......tunggu next entry ya.......


If dapat adunan yang sebegini ........means its going tu menjadi......



 After bake.....top part and the lower part......kalau nampak the feet or kaki tu maknanya jadi lah macarons tu.....


 The filling saya letak Nutella je....senang.....
  

Betingket tingket.....memang seronok bila macarons ni menjadi....



Sayang my green color tak berapa menjadi.....
  

Kalau dah snap photo tu memanglah banyak.....semuanya nampak cantik dan semuanya saya nak letak kat sini......

 After a bite.....ni lah outcomenya......hmm....sedapnya walau manis......for me kenalah berjaga jaga just take one or two only....


 
These macarons simply awesome......



MACARONS - swiss meringue teknik
Source : Bisousatoi

Bahan
80 g putih telor ( at room temperature)
65 g gula kaster

80g badam kisar
140g aising sugar
1/2 sudu kecil lemon
pewarna serbuk

Filling Chocolate ganache
100g dark chocolate
50g whipping cream
or
Nutella - saya guna ni

Cara
- Ayak badam kisar dan aising sugar dan ketepikan.
- Satukan putih telor dan gula kaster dan dimasak menggunakan cara double boiler. Kacau sehingga gula larut dan boleh dipegang pada suhu sederhana ( 50-55 darjah ). Saya agak agak je.
- Masukkan putih telor tadi bersama lemon juice ke dalam mixer dan beat pada kadar medium ke high speed sehingga mendapat soft peak dan boleh dimasukkan serbuk pewarna.
- Pukul lagi sehingga putih telor sejuk sedikit dan kelihatan berkilat. ( medium peak but not dry )
-Masukkan bahan yang telah diayak tadi 4 bahagian dan kaup balik. Kalau kita masukkan semuanya sekali pun ok mengikut kata Kak Rima.
Jangan terlebih kaup balik/fold nanti adunan akan jadi cair berair. Adunan mestilah lebih pekat dari adunan kek.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag dan boleh pipe ke atas baking paper yang kita telah lukis kan bulatan sebesar duit syiling 50 sen . Saya guna mastrad baking sheet . Boleh klik SINI untuk lihat mastrad baking sheet.
- Selepas tu biarkan adunan yang telah dipaip tadi berehat selama 30 minit.
- Panaskan oven pada 150 darjah. Ikut kepanasan oven masing masing ya.
- Bakar selama 20 - 25 minit. Kak Rima bake for 12 minits.
- Setelah masak kopek macarons dah letak atas redai untuk disejukkan. Jika susah nak dikeluarkan dari baking sheet boleh spray sedikit air saja di bahagian belakang , biarkan beberapa minit dan tarik keluar macarons.

















Restoran Banafe Village, Johor

Restoran Banafe Village ni dah lama beroperasi di Johor tapi saya baru tahu. Dah tinggal di Johor 15 tahun ni lah baru first time makan kat sini. Restoran ni berdekatan dengan Hotel New York.
Alamat  : 9022 Jalan Dato' Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru. 


First impression, restoran ni memang sangat cantik. Lihatlah interiornya. Terpukau sekejap.


Kat sini konsep stall kecil kecil. Ada banyak menu kat sini sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Katanya, ayam penyet kat sini sedap sesangat tang sambalnya tu lah. Saya belum sempat merasa nasi ayam penyet Banafee ni lagi. Should try one day. Yang kat atas tu dah lupa lah namanya.....he,,,he...



Nasi claypot ni favourite my daughter....mana mana mesti nak order yang ni.



Nilah owner Restoran Banafee Village.....Betty Banafee.....sweetnya dia dan lembut sangat orangnya. Kebetulan hari tu  , Betty berada di restoran so dapatlah bergambar. Beliau baru saja melahirkan baby girl yang comel.




Thursday, September 4, 2014

Damask lagi.......

As I say before, sebab terlalu banyak photo yang disnap sampai sayang nak delete....so I share lagi photo damask ni...Bukan selalu damask ni berbunga meriah begini. Masa ni keluar 20 kudup .....memang teruja saya.....banyak sesungguh tapi sayangnya tak bloom/kembang serentak.


Ada juga yang dicium cik thrips tu yang ada warna coklat tep tepi tu.....



Buds yang 20 tu...sweet sangat masa ni....comel comel...


Kembang 2 dulu ...

Yang ni pun shoot yang cantik......boleh cair tengok yang ni....



Dua yang berwarna terang.....so sweet..



Antara yang mekar ...lepas satu...satu...


They are simply awesome...


Masa ni snap pagi pagi lagi..

Pandangan sisi yang tak boleh tahan.... so sweet...I will always adore you.....harum mewangi...


Simply adorable......Damask walau ros kampung ...harum mu sangat mewangi.....Boleh klik sini SINI untuk lihat photo yang lain.

Mini Raya Gathering 2014...

Tanggal 25/8/14 , 29 Syawal....office staff mengadakan jamuan makan sempena Hari Raya 2014. Last minute agenda ...tak sangka mendapat sambutan ramai. Gigih kami semua membuat collections .....thanks to Malay ladies and gents office staff yang contribute. Jemputan kami adalah all Chinese staff....


Main dish kami order dengan Madibest restoran, antara itemnya rendang ayam + rendang daging + lontong + roti jala + nasi empit + kuah kacang + air mata kucing......yang lain kami potluck....sorang sikit bawak jadi banyak...


Antara biskut raya  dan kek...

  
 As usual saya buat kek coklat dan red velvet cupcakes...


Walau tengah makan ....selfie tetap on...


Comei ni.....the 3 stooges....Tang , Eric & bang Mail...



 Semua ni seronok berselfie......macam macam pos....


 Multi colour semuanya...kali ni ramai yang berbaju merah dan purple....tak de tema sebenarnya kebetulan je...



The first shoot before eating......senyum semua.....he...he....

Wednesday, September 3, 2014

Say NO to Shieldtox waterbase....

Hati ini berbunga bunga bila melihat banyak buds yang akan kembang. Dalam hati sebelum cik thrips mengacau buds ni smua baik saya lindung dia. Tak fikir banyak saya pun ambil Shieldtox waterbase dan terus spray ke semua buds. Spray sana spray sini.....macam seronok je.......Apa jadi lepas tu....


Hah...ni lah yang terjadi...habis semua buds ku mmenjadi hitam....Sedih tak terkata.....habis rosak semuanya...


Hitam betul dan mengakibatkan roses saya tak boleh bloom/kembang. Sedih tak terkata.


 
Yang ni cuba juga nak kemabang tapi tak cantik jugak...


Kembang juga lah yang kat tengah tu walau yang lain memjadi hitam.


So its a big NO........NO....TIDAK.....TIDAK...... to this Shieltox Waterbase ya.....walau ia waterbase mungkin kandungan waterbase nya tak cukup tu yang habis semua buds rosak.


Nak selamat hanya satu brand je yang boleh digunakan H20 Fumakilla yang warna biru .....seperti di bawah ni sahaja....

Yang ni memang awesome....spray banyak mana pun buds masih steady lagi dan bila kembang cantik je....sebab semua cik thrips dah mati....boleh klik SINI untuk lihat apabila disembur dan selepas disembur outcome rosesnya....

Tuesday, September 2, 2014

Asparagus goreng bersama cendawan...

Saya ni memang peminat sayur asparagus. Walau harganya mahal sekali sekala kalau terjumpa di pasaraya saya pasti akan membelinya. Apa yang best pasal sayur asparagus ni ? Saya sukakan bunyi krak kruk / cunchy bila memakannya. Selain daripada tu asparagus ni banyak khasiatnya. Mengandungi zat besi, vitamin A, C dan boleh mengatasi masalah kulit jerawat dan eczema.  


Digoreng besama cendawan. Biasanya saya guna cendawan shitake yang mepunyai satu bau yang sangat kuat.


Cendawan yang digunakan seperti di atas. Tak tahu namany apa. Sebenarnya cendawan memang tidak ada rasa.


Digoreng bersama dengan udang kering.



Bila goreng sayur asparagus jangan terlalu masak atau layu sangat nanti tak sedap. Seelokya crunchy sikit dan masih berwarna kehijauan seperti di atas.


ASPARAGUS GORENG BERSAMA CENDAWAN
Source : Sweetiesaqi

Bahan
1 pek asparagus
2 biji bawang putih cincang
sedikit udang kering
sedikit cendawan
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara
Bawang putih dicincang / tumbuk bersama dengan udang kering.
Panaskan minyak dan boleh tumis bahan yang ditumbuk tadi. Bila naik bau letakkan sos tiram , garam dan sedikit air saja. Lepas tu masukkan cendawan. Akhir sekali masukkan asparagus. Goreng kaup balik dua ke tiga kali. Padamkan api dan boleh diangkat terus hidangkan panas panas.

Monday, September 1, 2014

Restoran Nelayan Seremban......sodap eh....

Dah lama betul tak makan kat Restoan Nelayan Seremban ni. So kali ni pada bulan Mar'2014 , sebelum singgah rumah MIL isi perut yang lapar kat restoran ni dulu. Apa yang menarik kat sini ialah  lauk pauk masak lemak cili padinya yang berbagai jenis.Tengok pun rambang mata tak tau mana yang nak pilih tapi berhati hati fikir dulu sebelum menceduk. Satu yang  bagusnya restoran ni ada meletakkan tanda harga so senanglah kita nak tahu harga lauk tersebut. Walau harganya mahal tapi rasa sedap so OK lah...tu yang sekali sekala je singgah kat sini....he...he...he...



Kat sini ada dijual masak lemak cili padi yang isinya berlainan ikan. Tak pernah dengar nama ikan kerai ni tapi kat sini ada. Ni lauk ikan kerai masak lemak tempoyak dan berharga RM30.00 ke RM38.00 sepotong ya. So fikir 2 kali sebelum mengambilnya tapi kalau dah teringin nak makan apa salahnya ambil sajalah kan....


Yang ni lauk ikan patin sungai masak tempoyak....fuh....memang sedap sebab saya ambil yang ni. Harganya pun RM15.00 sepotong ya.


Ni lagi satu nama ikan yang saya tak pernah dengar dan rasa. Masak lemak ikan Tong Sang. Pelik tul namanya. Sepotong RM8.50 - RM15.00.



Yang ni my forever favourite , masak lemak sembilang salai.....yang ni ok sikit pricenya.

Gulai lemak daging ni sesenduk RM6.00.  Saya tapau masak lemak daging rusa yang harganya sesenduk RM12.00. Memang best.


Berbagai jenis ulam ulaman. Segar bugar.


Side dish yang memang best dan pedas berapi. Ada petai jeruk, sambal belacan, sambal gesek , cencalok dan lain lain lagi lah.


 
Saya ambil ikan patin ni yang berharga RM15.00. Isi ikannya padat sikit....sedap lah.



As usual my plate........masak lemak telor itik + tempoyak + jeruk petai + timun.......fuh....makan di tengahari panas terik ......pedas tak terkata....tapi memang sedap...

Alamatnya seperti di bawah :

RESTORAN NELAYAN SEAFOOD
WISMA PBNS, P/3 102, RAHANG SQUARE
JALAN ZA'BA SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...