Dapat idea nak minum juice ni bila melihat rancangan NONA at TV3, Datuk Yusof Haslam minum juice ni setiap pagi bersama sesudu madu. Juice ni memanglah pahit sikit al-maklumlah rasa si peria katak ni kan tapi memang bagus untuk kesihatan kita. Katanya baik untuk prevent from diabetis (sakit kencing manis). So sekarang jadi rutin harian, minum 2 kali seminggu ikut kerajinan nak membuatnya.
Lagi satu yang banyak terdapat dalam majalah = apple hijau + peria katak + susu
Khasiatnya : menghindarkan bau mulut (bad breath) dan mengurangkan panas dalam badan (internal heat).
Sesiapa yang tak tahan pahit bolehlah letakkan 1/2 bahagian peria katak sahaja.
No comments:
Post a Comment