Tuesday, December 27, 2011

Bukit Frasers

Perjaalanan dari Johor singgah semalam di One World Hotel, Damasara. Sempatlah berjalan-jalan di Bandar One Utama. Hotel ni memang sangat stategik sebab Bandar One Utama memang terletak di sebelah sahaja tak payah susah-susah nak bawa kereta, senang kata bangunan ni bersambung. Keesokan hari jam 10.30pagi berpandukan Cik GPS bergeraklah ke Bukit Frasers melalui Rawang - Kuala Kubu Baru. Tak perlu duduk terlalu lama di Frasrs Hill. Sehari semalam pun cukup sebab tak banyak aktiviti yang nak dibuat.


Lambang pertama yang kita nampak setelah sampai di Bukit Frasers.

Bangunan yang sangat lama ala-ala English style.


Puncak Inn tempat kami menginap.

Bilik di Puncak Inn ala-ala English style. Bilik tak da aircond sebab sejuk sangat. Heater pun tak function sebab terlalu sejuk sangat.


Aktiviti memanah di The Paddocks.

Berkuda juga di The Paddocks.

Nak sampai ke Air Terjun Jeriau ni memanglah sangat jauh. Nak ikutkan hati tak sampai.


Waktu malam sejuk dan sedikit berkabus. Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat cuma seronok dapat menghirup udara segar.

 
Suka sangat tengok bunga ni. Pokoknya besar.

Roses yang sangat cantik.

Jumpa landmark ni bila nak turun dari Bukit Frasers. Ke kiri ikut arah Raub dan ke kanan arah Kuala Kubu Baru. So datang dari Kuala Kubu Baru balik ikut Raub bolehlah singgah Colmar Bukit Tinggi (ikut susur Berjaya Hotel Bukit Tinggi).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...