Monday, December 19, 2011

Gamat

Gamat kering ni dibeli masa trip ke Langkawi. Dijual di Makam Mahsuri, ada satu stall kecil yang menjualnya. Siap beri kami rasa sup gamat. Kata penjualnya bila direndam ianya akan mengembang dan boleh dimakan lebih kurang 20 orang. Harganya sangat mahal untuk sepanjang 6cm ialah RM25.00. Bila saya rendam semalaman taklah mengembang sebanyak mana pun. Sangkaan saya ianya akan mengembang 3 kali ganda tapi tidak. Tak betullah cakap si penjual tu, gamat ni tak payah tunggu 20 orang , saya seorang sekelip mata pun boleh habis. Sikit sangat. Bengang juga rasanya.

Gamat yang kering.


Gamat yang telah direndam semalaman.

 
Sup gamat yang dijual di Makam Mahsuri, RM5.00 semangkuk kecil. Rasa gamatnya kenyal-kenyal dan supnya biasalah rasa Pak Aji.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...