Wednesday, December 14, 2011

Chocolate Cake For Zukiah Birthday

Pada 8/12/11, ialah harijadi Zukiah, my officemate. Memandangkan dah lama tak buat chocolate kek so buatlah sebiji untuk celebrate birthday girl ni. Dalam banyak-banyak resepi chocolate kek yang dibuat, Zukiah memang sukakan my original resepi ni.

Strawberi ni beli masa trip ke Bukit Frasers & coklat Hersheys tu dari trip to Langkawi.


 
Yummy ! Yummy !

Biasalah mesti ada cup cake.

Nilah birthday girl. Happy Birthday Dear.


Chocolate Cake

3/4 cawan koko
2 cawan tepung gandum/tepung superfine
1 sudu kecil bikarbonat soda
2 sudu kecil baking powder
250g butter
1 3/4 cawan gula
3 biji telor
1 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovallette

Cara
1-Pukul butter dan gula hingga kembang sedikit.
2-Masukkan telor + ovalette + esen vanilla. Pukul rata.
3-Masukkan campuran tepung yang telah diayak ( tepung gandum+ koko+bikarbonat soda+baking powder). Kaup balik hingga sebati.
4-Masukkan susu segar. Kacau rata. Tuangkan ke dalam loyang pembakar.
5-Oven dipanaskan 10 minit lebih awal pada suhu 150 darjah. Bakar selama 30 minit. ( Ikut tahap kepanasan + masa oven individu)
6-Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.

Topping
250g coklat masakan
200ml whipping cream(1 kotak kecil)

Larutkan coklat masakan menggunakan kaedah double boiler. Setelah cair tuangkan whipping cream ke dalam coklat tadi. Kacau sebati. Setelah itu boleh di tuang ke atas kek tadi. Hias ikut citrasa anda. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...