Sekarang kat Johor ni sibuk orang bercerita pasal Johor Premium Outlets, menjual barangan dari US. Macam-macam jenamalah yang ada di sini seperti di dalam gambar di bawah ni. Konsep kedai jenis butik. Kebanyakan butik menjual pakaian, tas tangan dan kasut. Harga boleh tahan mahal. Rasanya tempat ni kalau tak da sale tak da orang yang datang sebab mahal. Sekadar mencuci mata bolehlah.Kebanyakan barang adalah stok lama bak kata orang tempat untuk menghabiskan stok-stok lama. Kalau nak cari latest design memang tak jumpalah kat sini. Itupun perasan sebab butik PONEY yang menjual pakaian kanak-kanak tu menjual design yang lama. Ditambah dengan penjelasan dari salah seorang pekerja di salah sebuah butik iaitu tempat ini adalah untuk menghabiskan stok lama = clearance sale. Kalau nak ke sini tak susah sangat, if dari Kuala Lumpur masuk saja simpang ke Senai-Desaru/Pasir Gudang. Susur sampai nampak signboard di bahagian kiri jalan.
Burberry butik ada 2, untuk lelaki belah atas dan perempuan di bahagian bawah.
Yang tak boleh tahan, butik COACH, ni is the first in Johor, so nak masuk dalam ni sampai kena beratur panjang. The boutique is too pack.
No comments:
Post a Comment