Friday, January 6, 2012

Jalan-jalan ke IKEA & Jalan TAR, KL......24/12/11

Pada 24/12/11, rombongan Cik Kiah, Taman Mawar telah pergi berjalan-jalan ke IKEA dan Jalan TAR. Seramai 35 orang dalam satu bas ( milik Sitti Travel ) telah berlepas pada pukul 11.30 pagi Sabtu yang redup. Trip ni memang sesangatlah santai. Plan last minutelah katakan. Sampai di KL dalam pukul 7 malam , oh ! Lewatnya, driver bas sesat jalan , so check in di hotel budget, Hotel Putra di Chow Kit berdekatan dengan The Mall Yaohan (rasanya ada nama baru kot), yang tak pernah seumur hidup ku kunjungi.
Qilah: Mama, hotel ni ada kolam tak? Tergelak dibuatnya.
Malam acara bebas. Beramai-ramai berjalan kaki ke Jalan TAR, berpeluh juga nak sampai merentasi jalan-jalan besar. Dalam 1/2 jam baru sampai. Fuh! Penat. Balik naik teksi dah tak tahan nak jalan kaki. Esoknya sambung lagi shopping sakan di Jalan TAR dari 9 hingga 11.30 pagi. Lepas tu terus ke IKEA.

Fesyen tudung yang banyak dijual sekarang. Al-maklumlah dah lama sangat tak ke Jalan TAR ni. Fesyen ala Yuna. Sarah: mama, nak yang nilah, yang ni. Banyak juga dipilih, bilalah budak ni nak pakai.

Kain-kain di Arked, Jalan TAR. Rambang mata juga dibuatnya.

Sempat singgah di SOGO untuk 1/2 jam saja. Walaupun malam Krismas, SOGO tutup awal pukul 10.00 malam. Sempat bergambar jelah.

Keseokan harinya, inilah tempat yang paling saya nak lihat- IKEA. Sebelum pergi dah goggle dulu apa yang best kat sini. Banyak blog bercerita mengenai makanannya. IKEA ni sangat besar, tambahan hari cuti Krismas, memang ramai orang. Masa yang diberikan untuk shopping dari 1.30 - 4 petang. Tak cukup masa lah. Nak ke IKEA ni pun satu masalah besar, driver bas tak tahu jalan. Sampai sesat dan hampir nak masuk highway ke Seremban. Hai ruginya masa, pusing-pusing tak sampai sampai. Tak kira walau apa pun caranya mesti nak sampai ke IKEA ni.

 Sampai je terus cari tempat makan. Mesti nak cuba makanan yang dikatakan sedap kat sini. Beratur panjang sebab terlalu ramai orang. Tak pernah lihat trolli makanan ni. Harga kesemua lunch ni RM60.75.

Mesti cuba. Famous Meatball, 5 pieces = RM5.80. Meatball dan sos tu sedap tapi bila terkena jem tu jadi kurang sikit sebab manis.


Ni Daim cake = RM5.51. Sedap. Highly recommended.

Cinnamon roll RM2.55 per piece ( ok ok je) + Egg tart RM1.27 (kurang sikit rasanya).
Still remember cinnamon roll yang dijual di Grandys suatu ketika dulu.

Hot item juga kat IKEA ni , karipap berinti telor. Tapau 5 pieces, next day heat in oven for breakfast.

Ni Rosemary Chicken RM11.55. Tak berapa kena dengan tekakku. Masam & rasa thymenya sangat kuat. Menyesal order yang ni.

Katalog IKEA 2012 ambil di customer service counter. Kena datang lagilah tak puas rasanya.

Sebelah IKEA, ada MACY dan macam-macam lagi tapi tak sempat nak pergi.

Berdepan dengan IKEA, The Curve, tempat esklusif. Jalan-jalan cuci mata saja. Banyak high class restoran kat sini. Ada satu restoran minang kat sini. My brother kata masakan restoran minang ni sedap. Next timelah cuba.

Krismas tree at The Curve. Cantik kebiruan.


Gerai-gerai di The Curve.

Selepas IKEA, bertolak pulang ke Johor. Sampai Pasir Gudang pukul 11 malam. Sempatlah khatam 3 cd dalam bas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...