Friday, January 27, 2012

Rainbow Cake

Salah satu kek yang sedang hangat di pasaran ialah rainbow kek. Tak lepaskan peluang nak cuba juga buat rainbow kek ni. Kuatkan semangat dan akhirnya menjadilah juga kek ni. Nama rainbow kek tapi warnanaya tak macam pelangilah. Kek ni memang menguji tahap kesabaran yang sangat tinggi. Kali pertama buat kek yang tidak memakai kuning telor, 5 biji putih telor untuk kek dan 4 biji putih telor untuk creamnya. Setiap satu layer kek ni sangat nipis dan sangat lembut, pepatah kata "handle with great care , very fragile ", silap haribulan boleh terbelah-belah kek ni. Mesti menggunakan pewarna gel ( saya guna jenama Wilton) sebab ianya akan memberikan warna terang yang kita kehendaki tapi sebab saya letak sedikit saja tu yang warna merah dan biru tak mengancam sangat.

Rasa seronok sangat sebab dapat pujian from hubby.....sedap...katanya. Bukan senang nak dapat pujian ni. Mungkin dah lama tak makan kek......

Asal-asalnya setiap satu layer kek ni nipis, tapi setelah disapu buttercream ianya menjadi sangat tebal. Kali pertama membuat swiss meringue buttecream.




Kek ni ibarat membuat kek lapis Sarawak, bezanya cuma layer yang tebal.



 Selepas disapu buttercream kek ini menjadi sangat berat. Meggunakan resepi swiss buttercream meringue. Tak lah muak sangat.



Rainbow Cake
Source: Masam manis - Whisk Kid

226g butter (room temperature)
2 1/3 cawan gula (426 g)(saya letak 2 cawan sahaja)
5 biji putih telor, suhu bilik
2 sudu kecil vanilla
3 cawan tepung gandum (426g)
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan susu (355ml) - suamkan selama 30 saat di microwave untuk samakan pada suhu bilik
(saya suamkan sekejap atas dapur, agak-agak jangan terlalu panas)
Pewarna gel -merah, jingga, kuning, hijau, biru dan ungu
Jangan gunakan pewarna cecair yang biasa kerana warnanya tidak terang

Cara
1-Pukul butter + gula sehingga kembang.
2-Masukkan putih telor sedikit demi sedikit. (Senang satukan ke 5 biji putih telor ke dalam mangkuk). Putar sampai semua bersatu. Masukkan vanilla.
3-Masukkan tepung (diayak bersama baking powder) berselang seli dengan susu. Kaup balikkan adunan.
4-Bahagi sama rata adunan dan masukkan ke dalam 6 bekas.
5-Letakkan pewarna gel ke dalam setiap satu mangkuk. Jangan takut untuk meletakkan pewarna. Warna adunan sebelum dibakar akan sama warna apabila selesai dimasak.
6-Alaskan dengan baking sheet dan tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar 8". Bakar selama 15 minit setiap satu.
7-Setelah masak keluar dan sejukkan. Masa ni perlu berhati-hati kerana kek sangat lembut dan senang pecah. 

Swiss Meringue Buttercream
Source: Hana - Wendy

120g telor putih ( 4 biji telor saiz bear )
200g gula castor
340g butter pada suhu bilik

1-Panaskan air dalam periuk. Satukan putih telor dan gula ke dalam mangkuk tahan panas. Letak di atas periuk yang berisi air tadi. Kawal kepanasan air agar tidak terlalu panas sekitar 65c sahaja. Kacau dengan whisker sehingga gula larut lebih kurang 3 minit. Adunan akan kelihatan seperti krim.
2-Alihkan dari periuk panas tadi. Letakkan mangkuk panas tadi ke dalam mangkuk lain yang berisi air paip dan 3-5 ketul ais, jangan terlalu sejuk. ( Tapi saya tak ikut step ni, shortcut, terus pukul saja atas meja ). Pukul adunan lebih kurang 5 minit sehingga meringue kental dan berkilat.
3-Masukkan butter sesudu demi sesudu dan terus memutar hingga kental lebih kurang 6-10minit.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...