Saya memang jarang jarang memasak kari ayam tapi bila terpandang photo kari ayam Kak Azie from AzieKitchen blog terus rasa cam nak buat. Bahan yang diperlukan pun tak banyak. Yang bestnya blog kak Azie ni , beliau akan letak resepi setiap kali beliau memasak sesuatu lauk ..... kari ayam ni pun ada banyak jenis resepi .....Thanks for sharing Kak Azie.
Kari ni mengunakan santan sebab tu pekat.....hadoi there goes my diet.....kalori jangan cakaplah kan....kalau dah makan tu tak cukup sesudu kuah mesti ni meladong nasi tu dengan kuah baru best....he...he...
Bahan bahan yang diperlukan untuk menumis....semestinya Adabi pilihan ku...
Boiling in the periuk......
Kari ni makan dengan lempeng , roti jala, puri pergh memang sedap......sesuai kepekatannya....
KARI AYAM SEDAP
Source : Azie Kitchen
Bahan bahan
12 ketul ayam
2 biji kentang dipotong 4
1 1/2 biji bawang size besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 asam keping
1 kotak santan pekat - saya guna santan dari 1 biji kelapa
air secukupnya
10 sudu besar rempah kari Babas extra chilis - saya guna Adabi
kayu manis, bunga lawang , buah pelaga
1 pelepah daun kari
gula dan garam secukup rasa
Cara
Panaskan minyakdan tumis rempah penumis ( kayu manis + bunga lawang +buah pelaga ) dengan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair.
Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing
dan terbit minyak. Boleh masukkan daun kari dan kentang.
Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum ditambah sedikit air dan biarkan mendidih.
Letakkan santan dan terus masak dengan api perlahan.
Setelah kentang empuk boleh masukkan asam keping, gula dan garam secukup rasa.
Renihkan seletika sehingga pecah mnyak. Jika rasa kuah agak pekat boleh tambahkan air.
No comments:
Post a Comment