Tuesday, January 27, 2015

Sup ketam my favourite...

Sememangnya ketam is my favourite tapi sayang sekali isinya sikit. Seperti biasa beli ketam kat pasar tani. Nama cik ketam ni ialah ketam bunga....he..he.... 
 
Bila dah masak sup warna kulit ketam ni bertukar dari biru putih ke oren kemerahan...
 

Sebelum dimasak ketam bunga ni berwarna biru kelabu gitu....ada cara nak cari ketam yang isi banyak tapi saya pun tak pandai cari....
 
 

Kebetulan ketam yang saya beli ni ada banyak telor....so sedap.....yang warna peachy bulat bulat kat tengah tu lah telor ketam....
 
 

Ketam ni bila dibuat sup memang sedap.....air sup tu memang manis. Kalau kita diserang denggi kita disuruh makan sup ketam ni.Ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Platelet pesakit demam denggi akan menurun dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.Ketam yang paling bagus ialah ketam nipah yang berwarna coklat kehitaman tu  tapi kalau tak de ketam bunga pun boleh.
 
 
SUP KETAM
Source : Sweetiesaqi
 
Bahan
Ketam 3 ekor
3 biji bawang kecil merah
2 biji bawang  putih
1/2 inci halia - tak letak pun tak pe
1 mangkuk air
garam gula secukup rasa
 
Cara
Bersihkan ketam. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.
Panaskan minyak, tumis bawang yang ditumbuk halus tadi bersama halia. ( Biasanya saya blend/kisar halus bawang dan guna satu sudu besar untuk menumis )
Boleh masukkan air dan didihkan.
Setelah itu masukkan ketam. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Biar sampai mendidih dan boleh tutup api selepas itu.
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...