Monday, April 20, 2015

Mee Hailam yang simple je....

Nama je mee tak kira mee kuning ke , mee hoon ke kueh teow ke ....semuanya my favourite. But I think mee kuning yang paling I suka....

Kali ni teringin nak makan mee hailam pulak...
 


Mee hailam ni simple je tak susah. Ada 2 cara tuk buat mee hailam ni....ada yang suka masak sikit sikit dulu dan cara saya ialah buat kuah dia banyak lepas tu tinggal tuang je atas mee tu..


Cuma mee kuning ni kalau dimasak jangan letak banyak garam sebab mee ni cepat serap garam.....mee kuning tu goreng dulu dengan minyak panas dalam non stick pan sambil disiram kicap pekat untuk memberi warna. Kicap pekat tiada rasa ya setakat memberi warna saja...
 

MEE HAILAM
Source : Sweetiesaqi kitchen

Bahan
1/2 kg mee kuning - digoreng dengan minyak panas dalam non stick pan dan disiram kicap pekat.
4 sudu besar bawang besar yang telah diblend
4 biji bawang putih yang ditumbuk atau cincang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil secukup rasa atau 1 kiub ayam MAGGI
fishball - ikut suka banyaknya
udang - ikut suka banyaknya but this I tak letak
taugeh dan sawi
air secukupnya - harus banyak sebab nak berkuah. Saya guna 2 mangkuk sederhana besar.
sedikit tepung jagung
2 biji telor di pukul sedikit saja

Cara

- Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar yang telah diblend dan bawang putih. Tumis hingga naik bau. Letakkan sos tiram
- Masukkan fishball. Letak air secukupnya. Biarkan mendidih masukkan sayur sawi, udang , garam, gula secukup rasa dan 1 kiub ayam MAGGI.
- Didihkan seketika saja , masukkan telor dan kecil kan api......akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah di campur sedikit air.
- Letak mee yang telah digoreng dengan minyak tadi ke dalam pinggan, taburkan taugeh yang telah dibuang ekor dan siramkan kuah ke atasnya.
-Mesti dimakan panas panas baru sedap.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...