First time buat sambal goreng hati dan tempe ni....Kebetulan ada buat bubur nasi....so kira makan dengan sambal goreng ni lah....
Macam macam ada dalam ni.....ada tempe , soo hoon , hati....
Sebelum tu watak utama sambal goreng ni mestilah digoreng dulu.....ikan bilis dan tempe...hati tu saya rebus dulu dan dipotong dadu.
Ditambah kan soo hoon dan bawang besar.
Tumis bawang dan cili ....
Nampak sedap...he...he...
Macam macam ada ....makan macam tu atau dengan nasi panas memang sedap...
SAMBAL GORENG HATI DAN TEMPE
Source : Sweetiesaqi
Bahan
Ikan bilis segenggam - digoreng
Tempe 2 keping - digoreng
Hati semangkuk kecil - direbus dan didadu
1 paket kecil soo hoon
1 biji bawang besar
3 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil sos tiram
3 sudu besar bawang besar yang telah diblend
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
Cara
-Tumiskan bawang hingga garing masukkan cili. Tumis sehingga garing.
-Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kalau nak tambah air boleh letak sedikit saja.
-Masukkan hati dan kacau rata. Letakkan soo hoon gaul rata dan masukkan ikan bilis dan tempe. Last sekali boleh letak bawang besar yang dihiris.
-Kacau rata semuanya dan boleh diangkat dan dihidangkan.
No comments:
Post a Comment