Monday, October 26, 2015

Ayam goreng cili padi.......hu..hu..pedasnya

Tekak ni rasa nak makan pedas pedas je 2 ke 3 hari ni. Kalua tak pedas rasa makan tu tak puas.
 


So saya masak ayam goreng cili padi....
 
 

Cili padi yang digunakan dari jenis cili padi yang warna merah tu .....phew...memang confirm pedas gila....digoreng bersama daun limau purut dan bawang yang banyak....makan dengan nasi panas panas......tak payah lauk lain....
 
 
AYAM GORENG BERCILI PADI
Source : Sweetiesaqi kitchen
 
Bahan
Ayam yang dipotong kecil - 10 pieces
4 biji bawang putih
6 biji cili padi merah - nak lagi pedas lebih kan
1 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa,  nak sedap letak sikit MAGGI sedap rasa
1 biji bawang besar dihiris
2 ke 3 helai daun limau purut
1 batang serai - saya tak letak sebab no serai
minyak untuk menggoreng
 
Cara
- Letak kunyit dan garam pada ayam dan goreng.
- Tumbuk bawang putih dan cilipadi jangan hancur sangat. Biar kasar lagi sedap bila gigit cilipdai tu.
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi hingga garing sedikit masukkan bawan besar dihiris
   tadi besama dengan daun limau purut dan serai yang telah dititik.
- Letakkan sos tiram , garam dan gula secukup rasa. Saya tambah MAGGI sedap rasa sedikit.
- Boleh masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
- Siap untuk dihidang. Boleh makan dengan nasi panas panas.  
 
 
 
 
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...