Sunday, July 31, 2011

Juice Apple Hijau + Peria Katak

Dapat idea nak minum juice ni bila melihat rancangan NONA at TV3, Datuk Yusof Haslam minum juice ni setiap pagi bersama sesudu madu. Juice ni memanglah pahit sikit al-maklumlah rasa si peria katak ni kan tapi memang bagus untuk kesihatan kita. Katanya baik untuk prevent from diabetis (sakit kencing manis). So sekarang jadi rutin harian, minum 2 kali seminggu ikut kerajinan nak membuatnya.

Lagi satu yang banyak terdapat dalam majalah = apple hijau + peria katak + susu
Khasiatnya : menghindarkan bau mulut (bad breath) dan mengurangkan panas dalam badan (internal heat).


Sesiapa yang tak tahan pahit bolehlah letakkan 1/2 bahagian peria katak sahaja.

Thursday, July 21, 2011

Lovely Hydrangeas or Bunga 3 Bulan

Hydrangeas ku berbunga lagi, seronoknya. This one blueish & a bit purplish. Kalau bunganya warna biru maknanya pH tanah dalam pasu tu adalah berasid. Kalau nak warna bunganya pink pH tanahnya mestilah alkali.





Pokok hydrangeas yang ditanam dalam pasu besar. Pokok ni letaknya di tengah panas, nasib baik hidup coz hydrangeas actually hidup subur di tempat yang redup. Tapi pokok ni memerlukan air yang banyak. Pagi dan petang mesti nak siram jikalau tidak akan layulah daunnya.
















Monday, July 18, 2011

Sambal Tempoyak dengan Petai

Teringin sangat nak makan sambal tempoyak dengan petai ni so hari ahad yang lalu, apalagi proses membuatnya dijalankan. Makan dengan nasi panas memang sedap tak payah lauk lain lagi.



Bahan

1 packet kecil tempoyak
5 biji cili hidup merah
5 biji cili padi ( nak lebih boleh tambah)
3 biji bawang merah kecil
1 genggam ikan bilis
garam secukup rasa
Petai 3 papan ( suka lebuh boleh tambah )

Cara:

Kisar cili hidup merah, cili padi dan bawang merah kecil hingga halus dan masukkan ke dalam periuk. Apabila sudah mendidih masukkan tempoyak. Letak garam sedikit. Masukkan ikan bilis dan last sekali masukkan petai.
Siap untuk dihidangkan.

Sunday, July 17, 2011

Carrot Cake

Carrot cake ni is my favourite. Bila makan tergigit walnut yang crunchy memang sedap. I can just eat 2 piece of this cake for my dinner. Got the resepi from Teratak Impian. Thank u very much.


Simply delicious.
Bahan-bahan
  • 3 cawan lobak merah -di parut
  • 4 biji telur
  • 1 1/4 cawan minyak sayur- next time nk kurangkan maybe 3/4cwn@1 cwn memadai- sy letak 3/4 cwn minyak jagung
  • 2 cawan gula- hana kurangkan sbb ltk madu dua sudu. lg sedapp!- sy letak 3/4 cwn brown sugar,1 cwn gula castor dan 1 sudu madu
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan golden raisin
  • 1 cawan walnut- roast & crush
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis ( ni mesti letak pembangkit bau )
  • Topping/Glazing
  • 1 1/4 cawan gula icing
  • 3 oz creamcheese
  • 1 sudu makan corn syrup ( boleh diganti ngan golden syrup)
  • 1 sudu teh vanilla extract
Cara-cara
  1. Ayak tepung bersama garam, baking powder & soda.
  2. Masukkan pula parutan lobak merah, walnut &raisin kedalam tepung. Gaul rata.
  3. Didalam bekas lain, pukul telur,minyak & gula hingga sebati.
  4. Masukkan campuran telur kedalam campuran tepung dan gaul rata.
  5. Masukkan adunan kedalam loyang 10" yg telah di gris.
  6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 50-60 min pada suhu 175C atau sehingga masak.
  7. Bila sudah masak, keluarkan dah sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga betul2 sejuk.
  8. Setelah sejuk, boleh dihias dengan creamcheese glazing.
  9. Topping/Glaze- Pukul creamcheese bersama gula icing, syrup dan vanilla extract.


Wednesday, July 13, 2011

Red & Yellow ROSES

Another sets of my roses collections.









 Yellow buds. Two trees plant in one pot.







Light Pink, Light Peach ROSES

My roses collections at home. Have various colours. All in the pots.


 After a rainy day.















 The red one but not really red.

 Pink + red.

Tuesday, July 12, 2011

Bendeh or Lady's Finger

Bendeh atau Lady's Finger sangat senang untuk ditanam. Hanya menggunakan bijinya yang sudah dikeringkan dan ditaburkan ke dalam pasu. Tak berapa lama akan tumbuhlah anak pokok bendeh. Setelah panjang sejengkal dua boleh lah dialihkan ke tanah atau ditanam dalm pasu yang besar sedikit.
Selain sedap dimakan sebagai ulam atau di masak , ianya boleh dijadikan bahan untuk merawat penyakit diabetic setidak tidaknya mengurangkan kadar gula di dalam badan.
Caranya: Ambil 2 biji bendeh dan buangkan kedua dua hujungnya. Potong di bahagian tengah (kerat dua) dan letak dalam segelas air masak. Tutup gelas dan simpan di room temperature semalaman. Bangun pagi, sebelum sarapan keluarkan bendeh dari dalam gelas dan minumlah airnya. Buatlah setiap hari.

Bendeh yang telah kering.

 
Boleh tumbuh di celah pokok yang lain dalm satu pasu.


Apabila berbunga mennadakan bendeh akan keluar selepas ini. Bunganya tak tahan lama tapi sangat cantik.








Love this so much.




Inilah hasilnya. Sangat sedap dimakan mentah and sungguh crunchy. Love it so much.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...