Tuesday, September 18, 2012

Cameron Highlands - Part 1

Raya hari tu kan cuti lama so, sempatlah berjalan sekejap ke Cameron Highlands. Pada hari raya ke 3, bertolak dari Seremban, perjalanan memakan masa selam 3 jam untuk sampai di atas lebih kurang cam balik Johor jugalah. Pagi - pagi kul 8.30 dah bertolak dengan harapan tak jem jalan maklumlah cuti raya ni. Dalam perjalanan memang nasib baik tak jem cuma ada accident kecil je. Sampai Tapah nak naik ke atas kat bawah tu nampak lengang, tapi bila dah naik atas banyak juga kereta yang turun ke bawah. Bila sampai ke air terjun Lata Iskandar ingatkan nak singgah turun, huh! Tak boleh sebab no parking, kereta berderet-deret tepi jalan. Tengok ajelah dari dalam kereta. Ingatkan waktu balik nanti bolehlah singgah pun tak da harapan juga. Kereta masih berderet - deret. Dari Tapah naik ke atas kita akan jumpa denga Air terjun Lata Iskandar  - Ringlet -  Tanah Rata  - Brinchang (yang paling atas).

First place we all pergi ialah The Bees Farm, tempat ni atas lagi dari Hote Equatorial yang kat Brinchang. Yang bestnya no entrance fee. Kawasan ni taklah besar sangat tapi penat juga. Bees pun tak banyak sangat, mungkin ada di tempat lain. Kat sini ada kedai menjual souveniors + sayuran + honey.


Bunga-bungaan yang terdapat di sini.


Lepas tu singgah kat satu kedai jual bunga and cactus ni dekat dengan Butterfly Farm. Kali ni tak masuk Butterfly Farm. Si cilik kecil ni umurnya baru 7 tahun, dia seorang je yang jaga nurseri cactus ni. Teruja sekejap tengok budak ni. Siap nasihat saya cam mana nak tanam pokok cactus lagi. Memang bijak budak ni.


Nilah pokok apple Cameron Highland. Warna purple. Warna hijau kat atas tu ialah avocado. Sekilo harga RM7.00. Tapi apple ni rasanya macam honey dew tak berapa sedap sebenarnya tapi saya recommend beli buah avocado. Isinya sama seperti kat bawah tempat kita. Kulit licin tak mengerutu. Kalau kat Johor sebab imported harga sebiji avocado RM4.99 mahal tu.


Nilah apple Cameron Highlands, warna purple isi dalam pelik warnanya, rasa macam honey dew tapi tak sedap sebab tak manis.


Antara tempat yang boleh singgah di Cameron Highlands. Butterfly Farm, Ros Centre, Kok Lim Strawbery, ladang teh dan nurseri bunga semestinya. Ada satu tempat lagi yang saya tak sempat nak pergi iaitu MARDI,  letaknya di Tanah Rata dekat dengan Century Pines Resort. Terkilan rasanya tak ke situ.
  

2 nd place yang saya singgah S'Corner. Apa ada kat sini ya??? Kat sini ada ditanam strawberry tapi tak dibuka untuk umum cuma boleh lihat dari luar je, tempat membiak cendawan, menjual hasil produk seperti dried stawberry, teh, jajan, sayur , strawberry dan cenderamata. Kalau lapar kat sini ada Cafe boleh menjamu selera. Harga barangan kat sini mahal sedikit.


Cendawan berbagai warna di S'Corner. Ni untuk hiasa je ya.


Gebu tak strawberry ni. Sepacket RM15.00.


TIPS: Kalau nak bercuti ke Cameron Highlands janganlah pergi masa cuti perayaan. Lihatlah betape teruknya jem ni. Dahlah takda jalan lain. Udara kat persekitaran atas ni pun dah tak sejuk sangat kerana terlalu ramai manusia. Kalau dalam hotel tu memang sejuk tak terkata.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...