Cameron Highlands memang terkenal dengan roses yang banyak dan cantik. So ros lover jangan lepaskan peluang ke sini. Signboard Ros Centre ni sangat kecil, kalau tak perasan memang terlepaslah. Sebenarnya Ros Centre ni letaknya di Kea Farm, Brinchang sebelum Hotel Equatorial. Kalau dari bawah masuk simpang belah kanan kat Kea Farm (di luar ada jual roses , sayur dan macam-macam lagi) hingga ke dalam hujung hujung dunia jugalah baru jumpa. Masalah besar kat Ros Centre ni tak da parking space. Jalan pun kecil masuk ke dalam.
Belah kanan tu pandangan dari bawah. Sebenarnya nak kena memanjat tangga untuk naik ke atas. Macam di lereng lereng bukit. Penat juga mendaki tapi hilang penat bila melihat roses yang sangat cantik dan harum baunya.
Berbagai jenis roses ditanam. Sihat dan gebu-gebu semuanya.
Hah! Mana tak geram tengok roses ni. Bergugus, melayut.
Lagi roses.
Hai! geramnya.......jangan tak geram pulak.
Ni part yang paling best, selepas mendaki sampai ke puncak akan jumpa ni. Nak kena naik tangga lagi sampai ke atas. Oh! Tidak saya sampai sini je. Tak larat.
Pandangan dari atas puncak Ros Centre.
Pandangan dari lereng.
Kat atas tu adalah patung-patung snow white ni so berebutlah nak bergambar.
Mak oi! Kembang setaman besarkan bunganya.
Antara pokok-pokok lain yang terdapat di sini.
Roses lagi. Sebenarnya snap banyak photo tapi tak boleh nak uploadkan banyak-banyak kat blog ni. Again this place is for all Roses Lover. Ada entrance fee tapi tak mahal. Dah lupa, rasaya dewasa RM5.00 & kanak-kanak RM3.00.
No comments:
Post a Comment