Lauk masak lemak memang my favourite....Dalam seminggu mesti kena masak sekali.
Kebetulan ada 4 biji telor itik yang belum dimasak difridge so apa lagi kita buat gulai lah jawabnya.
Ada pulak belmbing buluh sebagai penyeri......
Loving my telor itik ni ...so cantik kejadian dia....nak masak lemak telor ni teknik kena pandai....apa ya tekniknya.......senang je......bila kuah dah mendidih kecil kan api dan masukkan telor itik yang telah dipecahkan dalam mangkuk baru dituang ke dalam kuah tadi.....api mestilah sentiasa kecil.....so kena banyak bersabarlah ya...Boleh klik SINI untuk lihat entri masak leamk telor itik yang lain.
MASAK LEMAK TELOR ITIK BELIMBING BULUH
Source : Sweetiesaqi_kitchen
Bahan
15 biji cili padi kampung yang ditumbuk - nak pedas boleh tambah
2 biji bawang merah kecil - kalau tak letak pun tak pa
4 biji telor itik
5 - 10 biji belimbing buluh
1 kotak kecil santan pekat
air secukupnya
1 inci kunyit hidup
1 keping asam keping - penambah untuk masam
Daun limau purut - tak letak pun tak pe
Garam secukupnya
Cara
1-Masukkan cili padi yang telah ditumbuk bersama bawang dan kunyit+ asam keping + santan kotak + air. Kacau didihkan sebentar barulah dimasukkan santan kotak. Lihat pekat mana kuah yang kita nak.
2-Didihkan santan dengan cara "timbuk" atau mesti dikacau selalu supaya tidak pecah santan. Kalau tidak kuahnya memang tidak cantik.
3-Setelah mendidih, kecilkan api dan masukkan telor sebiji dulu tunggu hingga keras sedikit baru masukkan telor yang lain. Jangan kacau biar telor mengeras perlahan lahan.
4-Setelah telor agak stabil baru letakkan belimbing buluh yang telah dibelah - belah.
5-Masukkan garam secukupnya + daun limau purut.
6-Siap untuk dihidang dan boleh letak hirisan daun limau purut.
No comments:
Post a Comment