Thursday, August 25, 2016

Mee Sup Tengkera, Melaka

Lama tak makan mee sup Tengkera ni. Selalu balik Melaka tapi tak berkesempatan nak makan.
Last trip berjaya juga menyinggah di kedai ni.

Mee sup ni very simple sebenarnya. Sup dia jenis clear sup.....ada rasa lada sulah sikit. Mee hoon yang digunakan agak tebal sedikit dari mee hoon yang saya pernah masak.


Popiah basah dan goring. Harga sekeping RM1.50 satu. Popiah basah paling best. Isinya digoreng dahulu , kita boleh rasa udang keringnya. Memang sedap. Kebanyakan popiah sayuran di dalamnya di celur sahaja jadi rasa agak tawar.


Meriah bila semua makan mee sup....kat sini ada mee sup dan popiah je.


Nilah kedainya...sebuah je....bersebelahan dengan balairaya dan berdekatan masjid Tengkera, masjid yang tua di Melaka.


Sebelum makan mee sup , haruslah membeli Klebang coconut milk shake, kuih keria antarabangsa Limbongan dan putu bamboo ni........nak beli coconut milk shake kena beratur setengah jam ...pas tu ke Limbongan beratur lagi 1 jam untuk membeli kuih keria tu...hadoi penatnya.....pakcik Jalil tolonglah beli mesin buat kuih keria cepat sikit .......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...