Masakan ni memang first time saya buat. Masak lemak jering dengan ikan jelawat. (ikan air tawar)
Jering hasil tangkapan di pasar tani stadium Paroi, Seremban.
Hasilnya terpekat sikit masak lemak ni. Saya menggunakan cili api merah dan cili hidup merah tu yang tak kuning warnanya.
Jering tu baunya memang kuat....menusuk kalbu. Tips nak hilang bau rendamkan dengan air selama 2 hari. Boleh letak cuka sedikit. Air rendaman ni mesti ditukar setengah hari sekali. Bau air rendaman jering ni pun sangat kuat. Jering perlu direbus selama 1/2 jam untuk melembutkan dia.
Masak lemak ni terpekat pulak sebab saya gunaka santan kotak yang kecil tu sekotak...
MASAK LEMAK CIPIPADI MERAH JERING
Source : Sweetiesaqi_kitchen
Bahan
1 mangkuk kecil jering direbus 1/2 jam
10 biji cilipadi merah
4 biji cili hidup merah
1 kotak santan
1 mangkuk kecil air
ikan jelawat atau ikan lain pun boleh
1 batang serai
1 keping asan keping
garam dan gula secukupnya
Cara
-Kisar cilipadi dan cili hidup merah berserta kunyit.
-Masukkan ke dalam kuali bahan yang dikisar bersama serai dan asam keping.
-Masukkan air dan didihkan . Lepas tu baru masuk santan. Boleh letak garam dan gula ikut rasa sesuai.
-Didihkan dan letak jering. Masakkan sebentar dan last sekali masukkan ikan.
-Bila ikan telah masak boleh lah tutup api.
-Kalau ada daun kesum atau daun kunyit boleh lah letak tapi saya tak letak apa pun daun.
No comments:
Post a Comment