Sunday, September 4, 2016

Mee Kari Railway Rasah di Seremban 2

Lama dah dengar orang asyik berceriat pasal Mee Kari Railway Rasah ni. Salah seorangnya is Mr Hubb....he...he...so this time round balik Seremban mesti nak cuba. Hari Jumaat macam tak bukak je sebab bila sampai kul 11.30 pagi kedai tutup. So Saturday morning we all pun ke sana nak breakfast mee kari.


Seawal 7.30 pagi dah sampai ke restoran Mee Kari ni. Kat sini famous mestilah mee kari, ada juga nasi lemak dan kuih muih.....ada 16 jenis kuih muih dijual kai sini. So sesape yang suka makan kuih tu boleh datang sini.


Tu dia seperiuk besar kuah karinya...


Nasi lemak for the kids...agak tawar sikit nasi lemak ni...


Mee kari dengan ayam goreng RM6.00. Mee kari biasa harganya RM3.50. Dalam tu cuma ada 3 ekor kerang , 1/2 biji telor rebus , fish cake yang diracik halus sangat....makan pun tak rasa.... Tekstur kuah mee kari ni cantik tapi sayang tawar sedikit. Mungkin saya ni pemasin agaknya...he..he...well tekak lain lain kan...


Breakfast for the day....ini aje..

Restoran Mee Kari Railway Rasah di Seremban 2.

Alamat : 97, Persiaran S2 B1, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...