Wednesday, June 22, 2016

Sambal telor goreng cili padi......nyum ...nyum...

Bulan puasa ni tak tau apa nak masak for sahur....makan kul 5 pagi so selalunya nak lauk yang simple simple aje....kalau berat sangat perut tu tak boleh nak terima...



So masaklah sambal telor goring cili padi yang simple ni...




Ikan bilis tu sebagai penyeri tabor kat atas telor tu..




Saya gunakan cili padi merah supaya rasa pedas....




Lauk macam ni pun boleh makan 2 pinggan..



SAMBAL TELOR GORENG CILI PADI
Source : Sweetiesaqi_kitchen , follow IG #sweetiesaqi_kitchen


Bahan

2 biji telor - buat scramble egg
2 biji bawang putih    }
5 biji cili padi merah  } ditumbuk kasar
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar
sedikit ikan bilis yang telah digoreng
sedikit garam dan MAGGI secukup rasa


Cara

-Buat scramble egg dulu. Panaskan minyak dan masukkan telor kacau sehingga telor pecah dan menjadi scramble egg.
-Panaskan minyak dan tumis , masukkan bawang putih dan cilipadi yang telah ditumbuk kasar.
-Masukkan sos tiram, sedikit garam, gula dan MAGGI cukup rasa.
-Masukkan scramble egg tadi. Kacau rata.
-Last sekali tabor ikan bilis goreng.
-Boleh hidangkan , makan dengan nasi panas panas...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...