Thursday, August 25, 2016

Banana Cake ........sedapnya

Kita take a break sekejap.....asyik keluar entri makan makan je kan......so kita keluarkan entri banana kek ni yang dan berkurun dalam draft ni. Lama dah buat banana cake ni.
Banana cake is my favourite...saya akan cuba macam macam resepi......semuanya sedap sebab dah minat pisang kan....tapi kalau nak makan pisang sesaje tak lah sangat...

Kali ni letak badam cincang kat atas tu...


Adunan before bake.


Pisang tu mesti dihiris halus supaya tidak tenggelam. Jika pisang dipotong tebal, ia akan tenggelam ke dalam adunan so tak nampaklah pisang tu sebagai hiasan di atasnya.


Kali ni guna loose square tin.....senang nak keluarkan.


Sedap kek pisang ni.


Ngap ngap makan tak perasan.....always eat with a cup of tea.


Bahagian atas tu agak burnt sedikit but still sedap janji tak pahit kan...Kali ni saya menggunakan resepi dari azlita masam manis. Tq for sharing.
KEK PISANG
By: Azlita masam manis
Resepi Oleh : Auntie Yatie



Bahan
350 gm pisang yang masak ranum
200 gm gula halus
3 biji telur A
1/2 sudu teh ovellete ~ optional
250 gm tepung
1 sudu teh baking powder
100 ml susu segar atau susu cair
125 gm minyak jagung atau butter di cairkan
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
pisang di hiris nipis-nipis untuk hiasan
badam cincang ~ jika suka

Jika menggunakan mentega atau butter, cairkan butter terlebih dahulu biarkan sejuk.
Tepung gandum pula di campurkan bersama baking powder dan di ayak


Pisang di lumatkan dengan garfu atau senduk kayu
Masukkan pisang ke dalam mixer bersama gula halus dan putar hingga gula larut dan sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga gebu.
Jika suka kek yang sedikit spongy, letakan 1/2 sudu teh ovellete. Jika tak letak pun tak apa, tapi pastikan adunan telur di pukul sampai kembang dan gebu dan  bertukar warna pucat keputihan.
Kemudian barulah masukkan susu segar.
Terus putar
Perlahankan mixer dan masukkan tepung, putar hingga adunan sebati.
Jangan lama sangat, putar hingga  tepung sebati.
Tutup mixer
Tuangkan minyak jagung dan kaup balik adunan hingga rata

Sediakan loyang 8 x 8 atau 7x7 inc
Gris dengan butter dan lapik dengan kertas minyak
Panaskan oven 170 C api bawah dan 150 C api atas. ( jika ikut resepi yatie dia bakar menggunakan api bawah sahaja. Tapi Azlita menggunakan api atas dan bawah tapi yang api atas azlita kurangkan suhunya)
*Oven ni kita kena panaskan 15 minit awal ya, sebelum kita masukkan kek.

Tuangkan adunan ke dalam loyang
Jika nak hiaskan dengan kepingan pisang, potong kepingan pisang nipis-nipis. Kalau ada sagat untuk buat kerepek pisang boleh gunakan, kalau tak ada potong dengan pisau tapi nipis-nipis. kalau tebal nanti ia tenggelam
Taburkan badam cincang di atasnya jika suka

Bakar dalam oven dengan suhu yang ita cadangkan tadi selama 50 minit ~ 60 minit
Bergantung pada kepanasan oven masing-masing.
Untuk pastikan kek dah masak, cucuk dengan lidi, di bahagian tengah menyerong. Jika lidi keluar kering, menandakan kek dah pun masak. Jika lidi masih basah, bakar semula dan tambahkakan masa lagi 5 ~ 10 minit.

Bila kek dah masak, sejukkan dalam 10 minit dan terbalikan atas redai
Kek ni kalau di biarkan semalaman, permukaan atas kek akan lembab dan macam basah-basah gitu.
Sedap sangat...!







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...