Tuesday, August 9, 2011

Sambal Cili Hijau Petai


Tak tahu nak masak apa, so masaklah sambal cili hijau petai yang simple ni. Makan dengan nasi panas dan ikan pekasam goreng, memang terangkat.


Resepi

5 biji cili hidup hijau
5 biji cili padi
3 biji bawang merah kecil
2 biji bawang putih
1 sudu kecil sos tiram
segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar hiris
petai 4 papan

Caranya:

1. Tumis bawang merah & putih. 
2. Masukkan cili hijau & cili padi yang telah dikisar /tumbuk. Masukkan sos tiram & garam sedikit. 
3. Goreng hingga garing dan masukkan ikan bilis, hirisan bawang dan petai.
4. Sedia untuk dihidangkan. 

Red Roses

My new roses dah berbunga. Kelopak yang berlapis-lapis.






Tanam dalam pasu sahaja.

My Precious Pineapple - Si Nenas Sarawak

Nenas Sarawak nama diberi, got this from my ex Finance Manager, Mr Soo. Dapat pucuk seperti di bawah dan terus tanam dalam tanah. Surprisingly it grow but memakan masa yang terlalu panjang. Waited for almost 1 year just to get one pineapple. Fuhh !! Lama sungguh. Gi supermarket , bayar RM1.00 dapatlah sebiji. Tak payah susah-susah nak tanam tapi sebab nak merasa the feel of planting pineapple nilah jadinya tunggu setahun lamanya.

Tanam pucuknya sepeti di atas ke dalam tanah.

Bila nenas tu mula berbuah. 

 Nice colour.

 Its growing.

 Semakin senget coz its heavy. Nasib tak hilang dah lah buahnya sebiji saja.

Nasib baik sempat ambil the pineapple yang dah tumbang. Duri daunnya boleh tahan tajam. Tersoyat jugalah kulit ku ini.

 Masih belum masak lagi.

Sudah masak. Nice yellow in colour. 

Nenas yang telah dibuang kulit sebahagiannya.  

Very sweet taste of Nenas Sarawak. To eat raw is very sweet but when drinking the juice is very  sour. Like it more raw than juice.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...