Wednesday, November 30, 2011

Makan-makan at Langkawi

Pada 8-12/11/11 yang lalu, kami sekeluarga telah bercuti ke Langkawi. 5 hari 4 malam wah lama tu kan. Al maklumlah dah lama tak bercuti panjang. Sepanjang berada di sana, merasalah makan masakan orang Langkawi. Tapi yang sebenar-benarnya banyak restoran yang tukang masaknya adalah orang Thai. Erti kata lain banyak Thai Restaurant. Sarapan biasalah di Hotel Bayview. Untuk kanak-kanak mahal harga sarapannya RM28.00. Tak banyak pun pilihan yang disediakan. Anakku cuma makan koko crunch dan sedikit nasil lemak. Rasanya memang tak berbaloi.

From 8-12/11/11 we went for a holiday in Langkawi. We stayed there 5 days and 4 nights. Its very long since we have not been on holiday for quite some times. When we were there we got to taste the food that Langkawi peoples cook but actually the cook is from Thai. In other words a lot of  Thai Restaurant. Breakfast as usual at Hotel Bayview. For kids the price is a bit expensive RM28.00. Not much choice for the food. My kids only eat coco crunch and nasi lemak. Not worth.


Restoran Hj Jelani, ni terletak di Jalan Bohor Tempoyak di Pantai Cenang(simpang tiga sebelah kanan, belah kiri ialah laman padi). Tempat ni happening sikit dan nampak menarik.
This restaurant is situated at Jalan Bohor Tempoyak. Pantai Cenang ( T juction on the right and left is called laman padi). This place looks happening a bit as compared to the others shops.

Siakap steam limau + son tam (kerabu betik) + sotong goreng tepung.
Ni ialah makan malam kami sekeluarga. Harganya satu set RM69.00.
The above is our dinner. It costs RM69.00


Makan tengahari di Restoran Hj Jelani. Memang banyak pilihan dan sedap terutama kerabunya - mangga, perut dan lain - lain.
For lunch a lot of varieties at this Hj Jelani Restaurant and delicious.

Minum petang di Laksa Power bersebelahan dengan lapangan terbang Langkawi. Arah nak ke Pantai Cenang.
Our tea break at this Laksa Power. Just next to the airport. On the way to Pantai Cenang.


Cendol + Rojak + Laksa + Rojak Buah
Hidangan semuanya pekat-pekat. Rasa oklah. Penduduk Langkawi kata Laksa Penarak sedap tapi tak sempat nak cuba.
The gravy for laksa is very thick. The dishes taste is ok.


Makan malam di Restoran Wan Thai. Terletak di bahagian belakang KFC, Pekan Kuah.
Our dinner is at this Wan Thai Restaurant. Situated behind KFC, Pekan Kuah.


Tomyam  +  Nasi Goreng Kampung

Makanan kat sini memang best. Tom yam yang sangat pekat. Ramai pengunjung kat restoran ni.
The food here is delicious. Many people eats at this restaurant/


Monday, November 28, 2011

Si Ulat Bulu / Dear Caterpillar

Di taman saya, terdapat banyak haiwan yang suka singgah bersantai. Al maklumlah banyak tumbuhan dedaun hijau yang lembut. Belalang, rama-rama, burung,siput dan kali ni dapat 2 jenis ulat bulu yang suka menghancurkan pokok bunga saya.

In my garden, theres a lot of animals that like to drop by due to theres a lot of greenish and soft leafs. Grasshopper, butterfly, birds, snails and now i got these 2 types of caterpillar. Both love to destroy my flower.


Ni ulat bulu yang cantik. Rasanya ini yang akan membentuk menjadi rama-rama.
This is a nice caterpillar. I think this one will become the beautifull butterfly.


Seronoknya dia merayap kat pintu pagar.
How nice this caterpillar landing at my house gate.

Ni ulat bulu yang berlainan jenis. Warna coklat. Meremang bulunya. Kalau terkena kulit boleh menyebabkan kegatalan.
This is a different type of caterpillar. Brown in colour. If it landed on our skin will make us feel very itchy.


Sungguh tenang si ulat bulu ni. Dah kenyanglah katakan.
So relaxing this caterpillar. I think his stomach if full.


Saturday, November 26, 2011

Sambal Kupang & Petai

Sabtu yang lepas pergi ke pasar tani, ternampaklah petai dan kupang, apa kata masak sambal tumis petai campur kupang. Gabungan yang tak pernah dibuat. Tak salah mencubakan. Rasanya boleh tahanlah. Petai zaman sekarang ni tak berapa powerlah. Harga boleh tahan , 4 papan RM5.00.



Sambal Kupang + Petai

4 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar dikisar
Kupang
Petai ( boleh dibuang kulit atau dimasak dengan kulit sekali)
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Gula dan garam secukup rasa

Cara:

1- Tumis bawang besar kisar.
2-Masukkan cili kisar. Goreng hingga garing dan naik minyak.
3-Masukkan air asam jawa. Jangan banyak sangat nanti masam.Letakkan sedikit air.
4-Mendidih masukkan kupang. Letakkan garam  & gula.Kemudian letakkan petai. Kaup balik sebentar sahaja.



Thursday, November 24, 2011

Carrot Cupcakes

Dah cuba buat carrot cake , sekarang cuba pula carrot cup cakes.
Tried carrot cake, now try carrot cup cakes.



Letakkan lebih walnut di atas kek. 
Sprinkle more walnut on top.


Kelihatan seperti ais krim.
Looks like ice cream.

Bahagian dalam. Sedapnya.
The inner part. Its yummy...yummy...


Carrot Cup Cakes
Source: sotongcooks.blogspot.com

Ingredient
1 cup brown sugar ( i use white sugar)
1 cup vegetable oil
3 large eggs
Pinch salt
1/2 teaspoon bicarbonate soda
2 cups self raising flour
2 cups finely grated carrot
1/2 cup walnuts finely chopped
1/2 cup raisins (optional)
3/4 teaspoon nutmeg
3/4 teaspoon cinnamon
1 teaspoon vanilla

Cream Cheese Frosting(adapted from Martha Stewart)
250g cream cheese - room temperature
115g unsalted butter - room temperature (i use normal butter)
1 teaspoon vanilla
zest of 1 orange, finally grated ( i did not put this)

Method
1- Heat oven to 150 degrees Celsius. ( depend individus oven)
2- Beat sugar & oil until thick, then add 1 egg at a time and keep beating for a few minutes.
3- Add salt, bicarbonate soda, carrots, flour, walnuts, raisins & spices. Mix with wooden spoon until all combined.
4-Pour the batter inside the cupcakes. Bake for 20 minutes or until light golden colour. Baking time depend on your oven.

Frosting

Place butter and cream cheese in a mixing bowl. Beat until smooth and well blended. Sift in confectioners' sugar and gradually beat until smooth. Add vanilla & orange zest, stir to combine


Carrot Cupcakes

Bahan

1 cawan gula merah 
1 cawan minyak sayuran
3 biji telor saiz besar
secubit garam
1/2 sude kecil bikarbonat soda
2 cawan tepung naik sendiri
2 cawan lobak yang disagat (3 biji lobak)
1/2 cawan walnuts cincang
1/2 cawan raisins - tak letak pun boleh
3/4 sudu kecil nutmeg
3/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil vanilla

Icing 
250g cream cheese
115g butter
125g icing sugar
1 sudu kecil vanilla
kulit orange yang disagat

Cara
1- Pansakan oven ke 150 darjah ( bergantung kepada oven setiap individu)
2-Pukul gula & minyak sehingga tebal/pekat. Masukkan telor satu persatu dan dipukul beberapa minit lagi.
3-Letakkan garam, bikarbonat soda, carrot, tepung, walnuts, raisins, serbuk kulit kayu manis, serbuk nutmeg. Kacau rata.
4-Sendukkan adunan ke dalam cupcake.
5-Bakar selama 20 minit atau hingga warna kekuningan.

Cara untuk icing
-Masukkan butter dan cream cheese ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati . Masukkan icing sugar dan pukul lagi. Akhir sekali masukkan kulit orange yang disagat tadi. Kacau rata.
-Setelah kek masak dan sejuk barulah letakkan icing.




Wednesday, November 23, 2011

Lantana Camara or Bunga Tahi Ayam


Bunga tahi ayam ni terdapat banyak warna. Gabungan warna yang sangat cantik seperti di bawah putih, merah jambu, jingga dan kuning. Bentuknya seakan payung, bulat bergugus. Walaupun baunya busuk tapi gabungan warna yang cantik memikat hati saya untuk menanamnya.

Lantana Camara has a lot of different colours. The combinataion of the colours is very beautifull. As per below it has white, pink, orange and yellow. The flowers is cluster and the shape is like an umbrella. Although, the smell is bitter the combination colours attracts me to plant it.








Tuesday, November 22, 2011

Red Velvet Cupcakes For Raya Haji

Red velvet cupcakes ni dibuat masa Hari Raya Haji yang lalu. Separuh untuk Melaka dan separuh untuk Seremban.  Terima Kasih untuk Ain (anak buah) yang suka sangat cupcakes ni sampai 10 biji habis di  makannya.
Last Hari Raya Haji , baked this red velvet cupcakes. Half for Melaka and half for Seremban. Thanks to Ain ( niece )for loving this red velvets. Couldn't believe that she ates 10 pieces of it.







Sunday, November 20, 2011

Ketam Bercili

Ketam memang kegemaran saya dan anak-anak. Ketam ni special sikit sebab dipanggil ketam bangkang. Isinya lebih tebal dari ketam bunga. Ada supplier kat office, so boleh dapat dengan harga RM15.00 sekilo. Kalau makan kat Senibong sekilo siap masak RM58.00 sekarang tak tahulah berapa pula harganya. Berapa banyak boleh jimatkan. Makan dengan nasi panas dan dicicah cikodok / roti memang sedap.


Nilah rupa asal ketam bangkang ni. Masa dapat ni , hidup lagi. Nak matikan letak dalam freezer sekejap. Kejunglah dia. Barulah proses pembersihan boleh dibuat.

Ketam Bercili

Ketam 3 ekor
1 biji bawang besar
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 biji telor
air
gula dan garam secukup rasa

Cara
1-Tumis bawang besar yang dah dikisar, masukkan cili kisar. Goreng sampai garing.
2-Masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram. Kacau sebati. Masukkan air sedikit.
3-Letakkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ketam.
4-Kaup balik ketam. Akhir sekali pecahkan telor yang telah dipukul dan tuangkan ke atas ketam tadi. Biar seketika kemudian baru dikacau.
5-Sedia untuk dihidang.


Bunga Melur or Jasmin

Pokok bunga melur ni dah ditanam lama dalam pasu besar tapi baru sekarang berbunga dengan banyaknya. Bunga Melur ni jenis yang berlapis. Sekali pandang macam bunga ros mini.  Bau harum tapi bunga tak tahan lama sangat. Ianya akan cepat bertukar warna kepada coklat. Pokok ni akan mengeluarkan bunga sepanjang tahun. Bunga Melur juga dikenali dengan nama Jasmin atau Jasminum Sambac ( scientific name ). Kalau keduri kahwin, di bilik pengantin mesti diletakkan campuran bunga melur dengan daun pandan yang diracik halus. Wangi !!!!
I have been planted this "bunga melur'" or Jasmin in a big pot for sometimes, only now it starts to bloom beautifully. This is a layered type Jasmin. One glance it looks like a mini roses. The aroma is strong but the flower doesn't last long. It will change colours to brownish. This tree will blooms through out the years. Jasmin also is known as Jaminum Sambac ( scientific name). In our Malay wedding, we always put this Jasmin together with dice "pandan leaves". The aroma is wonderfull.


Putik yang lebat berlapis lapis
The layered buds.

Seperti bunga ros mini kan.
Like mini roses right.

 
Suka sangat yang ni.
Love this one.

 

Terdapat lagu yang bertajuk bunga melur dinyanyikan oleh Sharifah Aini, Siti Nurhaliza dan lain lain lagi. Melodi lagunya memang sangat menarik.
There is also songs base on this flower name sang by our popular singer such as Sharigah Aini, Siti Nurhaliza and others. The melodies is very nice.

BUNGA MELUR
Di hujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan di taman yang indah, bunga melur
Hanya di sudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai
Tapi warnamu yang putih, bunga melur
Tandanya suci dan murni, bunga melur
Walaupun ditiup debu
Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu
Ibarat gadis desa, bunga melur
Sederhana...
Walau kering tak bercahaya, bunga melur
Baumu memikat jiwa
Semoga sabar dahulu, bunga melur
Pada di satu ketika, bunga melur
Masanya kan menjelma
Disanjung dan dipuja
Oleh gadis remaja




Thursday, November 17, 2011

Red Velvet Cakes

Seronok rasanya dapat 1st order from my officemate, Maizatul. Tapi rasa takut tu tetap ada sebab risau takut tak menjadi. At last jadi juga.

A simple decorations.

Monday, November 14, 2011

Bena Putih si perosak pokok bunga

Bena putih ni memang banyak terdapat di kawasan rumah saya. Berterbangan dan ianya sangat suka hinggap di pokok-pokok yang batang dan daunnya lembut. Ada satu cara yang saya selalu buat ialah menyembur pokok ni dengan campuran minyak + glo tapi serangga ini akan menyerang kembali dalam masa seminggu.

Dapat ambil gambar secara dekat. Macam ni lah rupanya haiwan perosak pokok bunga.


Batang yang tidak sihat.

Pokok balung ayam jadi tidak subur kerana diserang bena ni.

Layu pokok balung ayam saya. Sedihnya.

Friday, November 11, 2011

Merah Hati Kemboja Cina / Maroon Adenium Obesum

Kemboja Cina yang berwarna merah hati ni dibeli di pasar tani. Harganya ialah RM16.00 sahaja. Tak boleh tahan tengok warna merah hati gelap yang sangat cantik ni. 

Finally at the morning market on saturday at my place i got this beautiful maroon adenium obesum for only RM16.00. 




 Kalau pokok ni ditanam daripada anak , ia akan membentuk akar yang berbonjol seperti bonsai. Tapi kalau ditanam daripada batang pokok akarnya tidak akan jadi berbonjol.
If this tree plants from small potted plant the root will be swollen like bonsai. If we plant  the tree by using the stem the root will not be swollen.

Cantiknya.
Lovely.

Putik yang belum berkembang. Pokok ni boleh membesar dan tinggi bergantung di mana ianya ditanam.
The buds that yet to open. This tree can grow bigger depends on where it is planted at.

Thursday, November 10, 2011

Senibong....

Hari Selasa sebelum Deepavali, satu department pergi makan makan kat Senibong lagi. Kali ni lebih meriah sebab Cik Faisal ikut sekali. Selalunya memang susah nak ajak dia ni, banyak sangat alasan itu dan ini. Tempat ni dipilih sebab masakannya memang sedap walaupun mahal. Tempat ni dekat dengan Jusco Permas. Bersebelahan dengan nasi lemak senibong yang famous tu. (Kedai yang pertama)


Memang banyak pilihan seafood. Pilih saja yang mana berkenan. Ketam bunga di kiri tu boleh tahan juga harganya, 1 kg RM58.00 juga.

Si gonggong ni keras sikit isinya dan kepah 1kg RM18.00.

Ikan-ikan yang segar.

Mesti cuba ni si ketam bangkang berwarna hitam.  1kg RM58.00. Siap masaklah ya. 

Sotong goreng tepung + siakap 3 rasa + udang butter prawn + kerabu mangga
Recommended dishes = udang butter prawn ( 1 kg RM100.00 ) + ketam blackpepper ( 1kg RM58.00 )

Ketam blackpepper. Memang best. Yummy !!

Nilah Cik Faisal yang akhirnya berjaya join the group. Depan dia ialah siakap steam limau. Memang best !!

New Finance Manager , KC + Ex Finanace Manager, Mr Soo.

Nak tunggu cukup members of the day so sempatlah snap sunset ni. Nun jauh di hadapan adalah Pulau Singapura. Masa ni dalam pukul 6.15 petang. Nice sunset. 

Bangunan yang tinggi tu adalah di Pulau Singapura. Senang cerita tempat ni tepi laut berdepan dengan Singapura.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...