Thursday, August 29, 2013

Lazeez Station, Arabic Food di Seremban 2......

Sampai Seremban pada 7/6/13, waktu lunch perut pun dah berbunyi.....apa lagi cari tempat makanlah. Saja nak cuba nasi arab di restoran yang lain dari tempat yang biasa kami pergi. Goggle punya goggle dapatlah satu restoran ni kat Seremban 2 tapi bila sampai nama kedainya tak sama seperti yang kat blog tu. Rupanya restoran arab tu dah bertukar owner dan nama kedai.


My pinggan....boleh tahan juga nasi arab ni tapi pilihan saya tetap nasi arab Restoran Damsyik, Seremban.



Datan sedulang untuk dimakan oleh 4 orang. Banyak tapi sekejap je licin.

The sos + sup + air + ayam + nasi........

 
Ayam dan kambing lauknya.....


 
 Hiasan dalaman kedai......banyak tul juice tu...


 Restoran bersih dan teratur. 


Lazeez Station, Arabic Food Cuisine di Seremban 2.

 
Corner lot shop. Berhadapan dengan Kompleks Mahkamah Seremban 2, kedai ni yang mengadap kolam.

Monday, August 26, 2013

Rose W.E creamy type.....

Ros yang satu ni memang susah nak berbunga. Lama juga nak tengok bunga dia. Bila berbunga sangat suka hati tak terkata.


A simple creamy peachy colour je.

Kat tengah tu macam ada dark peach but sebenarnya pencahayaan camera. 


Bila dah nak pudar bertukar menjadi keputihan.

Tapi masih nampak cantik.

Pokok belum berapa besar tapi yang paling saya suka daunnya sangat hijau dan cantik segar gitu. Daunnya tebal dan berkilat sedikit. Harap cik BS dan red mites tak kacau....Gelung hijau tu boleh beli kat Daiso ....kedai RM5.00 tu...

Sunday, August 25, 2013

Jalan jalan ke Zoo Melaka

Jalan jalan ke zoo Melaka ni dah lama sebenarnya...baru sekarang nak cerita. Dah bertahun tak ke sini, ada banyak juga perubahan yang paling saya perasan dah tak banyak haiwan kat zoo ni. Zoo Melaka ni memang sangat besar kawasannya. Boleh naik tram or keretapi yang beroda. Jalan kaki pun boleh tapi semput sikitlah sebab besar kawasannya.


First sekali tengok bird show memang very entertaining. Ada juga tarian dari orang Sabah ke Sarawak. Cuaca tak berapa indah hari tu. Lepas show tu hujan lebat turun terpaksa berteduh sekejap.


Ni kat bird show juga.....memang cantik MR MC panggil Sexy lady sebab kaki dia yang halus tu. Rasanya ni Flamingo Bird.

Zirafah pun tak banyak ada 3 ekor je.



Hi Mr Tiger......cool je dia.

 
Bukan dah malam ya....camera ni tak keluar flash pulak but I think this photo sangat cantik.

 
Cik kura-kura banyak kat sini.

 
Cik Merak yang cantik.....tak kembang pulak dia ni.....bertenggek je...

 
Sejenis pokok yang saya tak pernah lihat tapi menarik bagi saya.

Antara haiwan yang ada di Zoo Melaka ni.

Thursday, August 22, 2013

My Red Roses....sc....

Roses yang satu ni memang dah lama saya tanam tapi susah betul nak snap photo yang cantik hanya kerana roses ni warna merah. Camera Nikon compact saya ni macam alah dengan warna roses yang terang sangat terutama warna merah. Dengan saya pokoknya tak berapa besar sangat mungkin tak cukup khasiat kot. Sebenarnya batang roses ni boleh menjadi tinggi.


Antara shoot yang nampak jelas roses ni walau warna merah via Nikon compact.


Walau sekuntum....cantik juga....

Roses ni jenis bergugus. Bunga boleh jadi besar sikit dan bergugus banyak kalau cukup khasiatnya......


Berputik bergugus macam kekacang.


 

Suka tengok yang ni....



Duri ros ni sangat tajam.....Selalu tercucuk bila memetik daun kuning disebabkan oleh Mr Blackspot(BS).


Just a simple one.....

Wednesday, August 21, 2013

Tanjong Piai Johor National Park, Pontian, Johor

Tak tau mana nak pergi setiap weekend so decide to go to Tanjung Piai Johor National Park. Jauh memang tersangat jauh dari Pasir Gudang. Saja jalan jalan kat sini. Dulu dah lama pernah sampai sekali.......so memang banyak perubahan dah dibuat kat sini untuk tarik pelancong. Dulu masuk free sekarang kena bayar ya..... tapi taklah mahal. Dibuka dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Di pintu masuk ada tugu ni.  

 
Tanjung Piai ni adalah penghujung selatan Tanah Besar Asia. Kena lalu sini nak masuk.

 
Nampak tak tanda bebola bulat tu. Tulah titik penghujungnya selatan Tanah Besar Asia.

 
Ni dari dekat bebola tu.

 
Apa ada kat sini ya ? Kat sini sebenaryna ialah kawasan paya bakau yang dipelihara. Ni jalan tepi pantai. Dibahagian dalam memang banyak pokok bakau. Sungguh sesuai untuk sesiapa saja pencinta alam.


Nilah rupanya pokok paya bakau yang kecil. Ada banyak jenis pokok bakau yang ditanam di sini supaya tidak pupus.
Yang ni pokok bakau minyak yang mempunyai akar tertinggi. Tengok tu berselirat akar dia.

 
 Kat entrance tu ada contoh anak pokok bakau yang baru ditanam.


Antara hidupan yang ada di paya bakau ni. Monyet banyak berkeliaran di pintu masuk.  Ada ketam, siput, ikan dah macam macam lagi lah. Bila jalan kat dalam hutan paya bakau ni macam macam bunyi boleh kita dengar.

Tuesday, August 20, 2013

Laksa Johor di Kampung Baru Sungai Mas, Desaru, Johor

Masih mood raya lagi kan, hari ni dah  14 Syawal rasanya.....cuma saya tak beraya sesangat. Entri ni pun dah lama duk dalam draft. Jalan jalan cari makan kali ni recommended by officemate Cik Semah.........Pilah mencari....laksa johor ni kat Kampung Baru Sungai Mas, arah nak ke Desaru, Johor.

Katanya laksa johor ni sedap.........to me ok oklah......mee yang digunakan ialah mee laksa kedah bukan spaghetti.....tu yang tak best sikit...patutlah lembut....

Rojak petis ni boleh tahanlah rasanya but to me manis sikit.

 
Panas panas minum cendol ni memang sedap .......pun manis sesangat.....

Ni lah warungnya. Tepi jalan je tapi ramai orang. Macam macam ada kat sini....cer tengok menunya. Masa saya sampai sini dalam kul 2 petang.

 Ni land marknya. Kampung Baru Sungai Mas, kalau dari Kota Tinggi warung ni sebelah kanan tapi kalau dari Desaru nak ke Kota belah kirilah.

Ni pandangan dari depan warungnya.........Mama Jeli Recipe....jemput singgah.....he....he....he....

Monday, August 12, 2013

Ros Pengantin...lovely forever...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.....diam tak diam dah 6 Syawal hari ni = 13/8/2013 Selasa.....hari ni jugalah saya start kerja.....mood raya dan cuti masih ada rasa malas pulak nak bekerja....apa nak buat terpaksa juga lah...Kita layan tengok my sweet ros pengantin ya......

Pak ke pak ke pong.....apa tu ....bunyi kompang.....he...he...menyambut kedatangan ros pengantin ku. Ni second time ros pengantin ni bloom.

Ros ni kecil je tak besar mana pun.

Tapi warna soft pinknya memang sangat meruntun kalbu.


Nampak macam carnation pun ada.

Sekali mekar sejambak. Tu yang best.

Dari dekat......alahai kena cium sikit dengan Mr Trips......tu yang coklat kat tepi tepi tu......

Lovely pengantin collage.


Sweet sesangat.

Bila dah overbloom warnaya akan pudar sikit but still nice.

Suka sangat dia ni......very the sweet.....pandang tak jemu...........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...