Sesampai di Kundasang kami terus check in di Kundasang Pine Resorts ....selepas berehat sebentar kami pun bergerak ke Dairy Cattle Farm. Ladang ternakan lembu ni tak jauh dari hotel kami menginap cuma nak masuk ke dalam tu jalannya seperi naik turun bukit.
Memang cantik kawasan kat sini....sejuk dan mendamaikan ....orang kata macam kat New Zealand....
Masa kami sampai dalam pukul 3.30 petang tapi hari agak mendung nak hujan maka bertambah sejuklah....masa ni banyak lembu dilepaskan.
Boleh ke kandang lembu yang dikhaskan untuk pelawat membari lembu minum sebotol susu...
Cantik bunga bunga yang ditanam di sini..
Bunga dahlia yang cantik berseri..
Fresh milk keluaran dairy farm ni....memang sedap....sayang kami tak sempat merasa ice cream sebab sold out.
Di tepi jalan main road memang banyak terjual sayur sayuran ...rasa seperti berada di Cameron Highlands pulak...terjumpa cendawan kukur kering...3 pek for RM10.00...rasa cendawan kukur ni tak sesedap yang fresh punya...
Geram tengok sayuran ni semua.....macam nak bli semua tapi tak boleh ya..
Roses dia pun cantik....teruja sekejap tapi tak banyak....