Wednesday, January 24, 2018

AlMizan Satay House Larkin...

First time singgah makan kat Armizan Satay House yang terletak di Larkin ni. Selalu Nampak je kedai ni tapi tak sempat nak singgah.


Boleh tahan jugak rasa sate kat sini. Saya sukakan kertas alas tu...he..he...


Kat sini guna ketupat betul ya bukan nasi empit yang dalam plastik tu . Rasa cam Hari Raya pulak.



Mee goreng mamak ni harganya RM9.50. Ada udang besar ....banyak jugak. Rasa mee ni manis sikit but OK lah the taste.


Hot plate yee mee.


Kat sini menunya memang banyak.Nasi ayam pun ada pada waktu petang.


Order ni je...


Menu memang banyak. Pilih je mana nak.


Cuma kat sini parking sedikit susah. Kedai ni memang betul betul tepi jalan.

Alamat :

AlMizan Satay House Larkin
1, Jalan Kenangan, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor
Telephone : 07 - 3310324





Wednesday, January 17, 2018

Banana cake yang simple...

Bila ada pisang lebih di dapur daripada terbiar rosak kehitaman saya akan buat kek pisang.

Kiranya kek pisan ni is my favourite lah.


Lagipun senang nak buat. Kebetulan ada lagi Hershey's cinnamon chips ni ...so kita pun tabor kat atas kek tu.


Kek pisan ni mist sebab tu saya suka sangat.


Cam ni Nampak cam kek kukus pulak. Mungkin sebab the colour kot.


Everyday saya akan makan one piece especially after lunch.


Tak pernah jemu nak buat kek pisang ni. TQ to Kak Azie Kitchen yang share the resepi. Boleh klik SINI untuk lihat entri kek pisang sebelum ini.





KEK PISANG
Source : Azie Kitchen



Bahan
4 biji pisang emas yang dilecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telor gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar airl limau nipis
1 sudu teh esen pisang - tak letak. saya ganti dengan esen vanilla
sedikit chocolate chips



Cara
-Panaskan oven pada suhu 185 darjah. Ikut oven masing masing...saya punya 150 darjah saja.
-Sediakan loyang yang sesuai dan sapu dengan minyak atau butter dan alas kertas minyak/baking paper.
-Masukkan gula, telor, minyak ke dalam mixer dan putar sehingga putih selama 3 - 5 minit.
-Masukkan campuran tepung dan kacau rata.
-Masukkan pisang , esen pisamg dan air limau. Saya letak esen vanilla. Gaul sebati.
-Tuang adunan dalam loyang dan taburkan chocolate chips di atasnya.
-Masak dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak.
-Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek sudah masak atau belum. Jika melekat maka belum masak tambahkan sedikit masa lagi supaya kek masak.
-Setelah masak, biarkan sejuk dalam loyang dan kemudian keluarkan dan letak atas redai.




Tuesday, January 16, 2018

Nasi Mok Wea ...

Ada restoran baru bukak di Bukit Dahlia, Pasir Gudang , Johor. Namanya Restoran Nasi Mok Wea yang menjual nasi kerabu , nasi berlauk gulai dan akok. Restoran ni beraircond. Style di restoran ni ialah self service. Order di kaunter dan ambil kemudian. First time trying.


Nasi kerabu berlauk daging kerutuk. Memang banyak nasi ni dengan harga RM8.90 kalau tak silap saya. Masa ni saya makan sarapan pagi selepas jogging. Kiranya first customer lah. Nasi kerabu panas sebab pagi lagi kan.  Cuma tak lengkap sebab tak de solok lada tu.


Nasi kerabu berlauk ayam percik. Keropok pun banyak.


Nasi berlauk gulai untuk budak budak berharga RM5.90. Ada ayam goreng dan kuah gulai je. Ayam goreng tu memang banyak. Kalau set dewasa ada macam macam, seingat saya ada ayam goreng + telor goreng + timun + kuah gulai + sambal belacan.



Kuih akok kat sini memang sedap. Lembut je. Sekeping RM1.00.



Alamat restoran ni :
No 38, Jalan Serangkai 18,
Taman Bukit Dahlia,
81700 Bukit Dahlia,
Pasir Gudang
010-3526767
Dibuka dari : 9 pagi - 10 malam




Monday, January 8, 2018

Sweet carnations or bunga Teluki namanya...

Dulu dulu bila kata Carnations je ingatkan hanya boleh tumbuh di tempat sejuk je seperti Cameon Highlands.. Rupanya boleh hidup subur di tempat kita yang panas ni.


Warna dia memang super terang benderang.


Memang banyak bunga dia.


Ni masih segar sebab baru beli di pasar tani.


Ada banyak warna carnations ni .....yang ni salah satu warnaya. Nama lain untuk Carnations ni ialah bunga teluki tapi jarang jarang digunakan.


Sunday, January 7, 2018

Restoran Huizhu, restoran chinese muslim.....

Kali ni try makan di Restoran Huizhu, restoran chinese muslim di Taman Rinting.

Daging black pepper ni sedap.



Tofu jepun yang dimasak masam manis berkuah tapi rasa dia sedap. Dihidang dalam claypot. Cuak juga nak makan sebab banyak kuah but it taste good.


Kailan goreng....simple je.


NI main dish, ikan siakap with kerabu mangga. Ikan siakap tu digoreng biasa je , lepas tu di taburkan mangga diatasnya.


Memang mabuk bawang namanya ni....banyak betul bawang mentah tu...loving the mango actually...


As usual my plate...semua ada.


Alamat restoran ni :
107, Jalan Balau 3, Taman Rinting,
81750 Masai, Johor
Dibuka dari 6petang - 11 malam



Monday, January 1, 2018

My moms butterfly orchids....so cantik


Orkid butterfly my mom ni menjadi betul. Banyak sangat keluar bunganya.


3 tangkai sekali berbunga serentak.


Memang cantik.


Akar butterfly orkid ni dah matang sebab tu boleh mengeluarkan bunga yang sangat banyak.


Loving them so much.


Daun selasih my mom ni pun sihat merimbun.


Geram tengok dia menghijau. Senang je nak tanam ni. Tak susah nak jaga.



Nutella Cheese Tart.....yummy...

2nd time baking this cheese tart....tengok famous baker post kat IG rasa geram nak try....Maka terjadilah nutella cheese tart ini...

Saya letak nutella + chocolate ganache lebih sikit...



The base before we bake..



Buar tart yang besar ni senang sikit ......kalau yang kecil tu jenuh juga nak buat satu satu..



A slice for me...





Memang sedap tarts ni but I cannot  eat a lot.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...