As usual saya selalu suka buat kek yang simple je and semestinya butter cake is my choice.
Kali ni buat dalam bundt pan....Nasib dia keluar cantik..
Ada crack sikit but its ok....so kita letaklah daun rosemary tu sikit....
Rosemary and bunga sate from my grden...
Love to see this...
Must use pure butter baru sedap butter cake ni...my choice of butter is lescure and tatura....now a days butter price is so expensive......pengsan nak membelinya...
Lagi sedap makan ni berkawankan secawan kopi...
As usual a piece for me...
BUTTER CAKE
Source : Azie Kitchen
Bahan
250 g pure butter
250 g tepung naik sendiri
180 g gula kaster
4 biji telor
1/2 cawan susu segar
Cara
-Panaskan oven selama 20 ke 30 minit . Ikut oven masing masing ya.
-Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih. (low speed kemudian sederhana kemudian high speed semula )
-Masukkan telor sebiji demi sebiji diselang seli dengan tepung.
-Masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga sebati.
-Masukkan adunan ke dalam Loyang saiz 8 atau 9" yang telah dipalik dengan baking paper. Sapu butter ke atas kertas baking paper.
-Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak. Ikut kepanasan oven masing masing ya.
-Angkat dan sejukkan atas redai.
Nota : Jika menggunakan tepung gandum , boleh masukkan 1 sudu kecil baking powder.
adunan tu ambil sedikit dan masukkan koko. selang selikan masuk dalam bundt pan...