Dari Tangkuban Parahu dan Sari Ater Hot Spring, kami ke Kampung Daun untuk lunch. Nak sampai ke situ naik bukit turun bukit jugaklah tapi pemandangan sekitar cantik. Memang ramai orang yang akan ke Kampun Daun untuk lunch sebab tempatnya yang nyaman berkonsepkan restoren dalam rimba gitu.
Sebelum sampai ke Kampung Daun kita akan melalui satu kawasan di mana kiri dan kanan ditanam dengan pokok bunga rasanya industri kecil berasaskan tanaman. Memang sangat teruja, oleh kerana terlalu terpesona sampai saya lupa nak snap photo. Lagipun jalan kat situ kecil sangat. Ada banyak ros Jepun di tanam dalam poly beg.......oh no.....i think i need to start replanting my ros jepun again.......boleh klik SINI to see my lovely ros jepun.
Sampai di Kampung Daun kena check ada teratak yang kosong tak.......nasib kami baik sebab masa tu baru pukul 12 tengahari dan kebetulan ada yang kosong. Waktu kami nak balik fuhh.....waiting line sangat panjang sehingga berderet di bawah pondok.......so sesiapa nak ke sini sila datang awal ya....Ada long list of food varieties kat sini........pening jugak nak pilih.......so makanan katanya akan disajikan dalam masa 1/2 jam......so apa lagi take a nap first dalam teratak comel di atas......di sebelah tu pulak air sungai kecil.....sejuk dan nyaman betul lah........
Dari pandangan lain teratak kami....
Teratak teratak kecil tempat makan...
Suasana kehijauan yang sungguh mendamaikan....yang pakai baju hitam tu sebenarnya pelayan restoren.
Air sungai kecil yang mengalir.....sejuk rasanya gitu.
Disebelah kiri.....air sungai kecil mengalir...terasa damai di sini....
Ada penjual yang menjual berbagai jenis makanan di sini........
Bunga ni sangat cantik.....di Cameon Highlands ada warna putih dan peach yang di sini berwarna kuning...
Sampai sudah hidangannya.......Nasi timbel parahyangan + Nasi campur ala Sunda + Ayam panggang madu +Ayam goreng keremes + avocado juice + vanilla & strawberry milk shake + hot lemon tea = RP328,500.00
Dessert / manisan ni sangat sangat sedap, namanya Surabi Pisang Keju......ala ala pan cake...
Hidangan ni semua rasanya biasa biasa je........ada banyak jenis sambal.....setiap satu hidangan sambalnya berlainan jenis.....Ramai orang datang ke sini sebab utama adalah decoration tempat makan ini. Kalau ke sini waktu malam memang cantik sebab limpahan cahaya lampu........food tak de yang extavaganza sangat.....
Ada air terjun kat sini..........kebetulan nak dekat krismas tu yang ada pak santa claus....
Orang yang dicat warna kelabu ni akan bergerak kalau kita letaka duit ......Di sini ada juga cultural performance.....
Keluar dari Kampung Daun kita akan lihat ada banyak lagi nurseri di kiri dan kanan jalan......
Selepas keluar dari Kampung Daun kami pun shopping di area Jalan Dago.......factory outlet........nasib kami memang tak berapa baik sebab hujan turun..........shopping punya pasal kami redah je dengan tidak berpayung. Antara yang kami singgah ialah Heritage, Summit, Glow dan lain lain......tak sempat nak snap photo factory outlet sebab hujan.......mood shopping pun lari sikit.......masuk Heritage ......ramai betul orang cam tak boleh bernafas.........semuanya tengah krismas sale apa lagi.....Dapat snap photo Toko Tiga je.....kat sini tempat seluar jeans , t- shirt .......harga memanglah murah......
Dinner kat Kartika Sari , Kebon Jukut........rupanya ada food court kat atas kedai kek ni ......hotel kami Arion-Swiss Belhotel pun dekat sangat just round the corner......boleh jalan kaki je....
Our simple dinner.........makan mee and sup saja.....next day Sunday......shopping lagi kali ni tempat yang lebih happening , PASAR BARU........jom......
No comments:
Post a Comment