Pengat labu ni favourite hubby, as for me benda yang bersantan kurang sikit tapi kalau masak lemak cili api saya tak tolak. Sodap.
Actually labu ni rasa dia tak lah manis.....biasa tawar saja......tapi bila dah campur santan , gula melaka jadi sedaplah.
Letak sikit sagu mata ikan.....ada rasa kenyal kenyal sedap...
PENGAT LABU
Bahan
1/4 biji labu didadu
segenggam sagu mata ikan ( dibasuh sebentar)
sedikit gula melaka (dimasak bersama sedikit air dan ditapis)
1 mangkuk santan
gula dan garam secukup rasa
Cara
- Masukkan santan dan gula melaka tadi ke dalam periuk. Biar mendidih.
- Masukkan labu yang didadu. Masak sehingga empuk. Kalau nak cepat labu tu boleh di rebus dulu.
- Last sekali masukkan sagu mata ikan. Boleh letak gula dan secubit garam bagi menaikkan rasa.
- Didihkan sehingga sagu mata ikan betul kembang.
No comments:
Post a Comment