Penyakit pokok ros yang paling saya takuti ialah kanker atau stem canker. Batang akan menjadi hitam.
Kali ni kanker menyerang di tengah-tengah batang pokok ros camelot.........mula mula saya ingat tak pe kot tapi setelah disahkan ianya kanker.......jalan terbaik potong sebelum ia melarat....sedih jugak nak potong sebab atas dan bawahnya subur hijau segar....
Dari dekat ......tetiba hitam....first time kat sini. So mesti cepat potong. Selalunya kanker menyerang di pangkal pokok.....Stem canker atau kanker pada batang adalah sejenis fungus yang boleh terkena pada mana -mana bahagian pokok ros . Disebarkan semasa kita memotong/prunning tangkai roses. Selepas kita potong pokok yang berpenyakit ni mesti sterelise dengan cara memanaskan gunting pada api. Ni cara yang saya selalu buat. Lagi satu yang saya perasan kalau pangkal pokok terlalu basah pokok ros senang diserang kanker yang boleh membawa kepada kematian. Kalau kena bahagian pangkal memang tak de ubatnya. Kena redha je dia pergi.
No comments:
Post a Comment