Sabtu 14/12/13, aktiviti hari ni pepagi buta ke Taman Wisata Alam Kawah Gunung Tangkuban Parahu. Terletak 20 km dari arah utara Bandung. Tingginya gunung ini ialah 2083 meter. Kawasan gunung berapi yang kurang aktif.....Perjalanan memakan masa selama 1 jam lebih....jauh jugak tapi tak pe menghayati keindahan negeri orang.......Ada satu tempat lagi iaitu kawah putih pun tempat gunung berapi jugak tapi tak sempat nak pergi sebab kesuntukan masa.....nak ke situ je dalam 3 jam fuhh.....lupakan lah......next trip nanti yang tak tahu bila lagi.....
Trademark......mesti nak bergambar kat sini.......Entrance fee kat sini RP50,000.00 per person dan kereta RP15,000.00.
Nilah kawah Ratu seperti kita melihat mangkuk raksaksa yang besar dan dalam, kawah yang terbesar. Aktif sedikit. Yang warna hijau tu sebenarnya air hujan.
Suhu kat kawasan ni ialah 17 darjah dan pada waktu malam 2 darjah. Kat sini angin sepoi sepoi.......memang sejuk...masa ni gunung berapi tak aktif dan hanya mengeluarkan wap belerang.
Kalau gunung berapi akif akan mengeluarkan batuan jenis lava dan sulfur, mineral yang dikeluarkan pula ialah pula ialah sulfur belerang.
Di atas tu pun kawah jugak, kalau tak salah namanya kawah baru...
Awan yang sangat cantik.......penyanyi Tegar tu tinggal di sebelah kiri , namanya Kampung Subang...
Pemandangan dari atas........banyak van supir dan penjual....
Pemandangan yang sangat cantik .....
Tahu goreng......nampak sedap je.....Lepas ni nak ke Sari Ater tempat kolam air panas.
Sari Ater, Hot Springs Park atau Taman Wisata Air Panas Alam.........kat sini ada air panas so boleh lah rendam kaki. Entrance fee RP22,000.00 per person.
Tempat merendam kaki....memang best kat sini.....lepas rendam kaki jadi merah tapi jangan takut OK je.......rasa relax....
Yang ni semua ialah air panas tau. Ramai yang mandi kat sini...
Ikan warna oren tu sangat cantik......warna dia lain dari yang lain.
Lepas tu singgah sekejap di ladang teh di tepi jalan. Kiri kanan memang penuh ladang teh.
Cantik subur menghijau.
Eh.....eh.......ada plak pekerja ladang teh yang baru.........
Singgah jap di gerai buah-buahan........sempat beli avocado dan labu.......Sungguh avocado kat sini memang sangat murah......1 kg baru RM8.00.....so terbeli 2 kg....waduh beratnya....Lepas ni nak lunch kat Kampung Daun ....jom..........
No comments:
Post a Comment