Hu...hu...lama tol rendang ni duk dalam draft....nak setahun dah....apa nak buat tak punya masa yang cukup untuk keluarkan entri ni......nak mengarang ayat memanglah tak pandai...so my blog semuanya ayat ayat pendek....not good in penulisan actually....just love to share the photo...
..
Rendang cili padi yang senang nak buat ...saya kurang gemar rendang yang banyak rempah sebab cepat muak...rendang ni pun tak pakai minyak....semua main lebur je dalam kuali.....senang...
Masak rending ni senang je sebab labor or masukkan je semua bahan dalam kuali...
Dah siap rendangnya ...bolehlah tabor hirisan daun limau purut..
Lepas masukkan daun limau purut dan serai yang banyak tu membuatkan bau rending ni sangat harum....
RENDANG DAGING CILI PADI PEDAS
Source : Sweetiesaqi_kitchen
Bahan
1 kg daging
cili padi segenggam....nak pedas lebih kan lagi - blend
1 biji bawang besar }
5 biji bawang putih }
2 batang serai } semua ni blend dengan air
2 cm lengkuas }
2 cm halia }
2 cm kunyit }
1 sudu kecil kerisik
2 batang serai diketuk
daun limau purt 3 helai
daun limau purut 2 helai - dihiris halus
1 keping asam keping
1 kotak kecil santan + 1 kotak air (guna kotak santan tadi)
garam dan gula secukup rasa
Cara
Masukkan semua bahan yang telah diblend ke dalam kuali.
Masukkan daging, serai yang diketuk dan asam keping.
Masak hingga mendidih dan daging agak kecut sedikit.
Masukkan santan kotak dan air. Letak kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Didihkan sehingga daging empuk dan sehingga menjadi kering sedikit.
Last sekali masukkan daun limau purut.
Tutup api dan taburkan dengan hirisan daun limau purut.
No comments:
Post a Comment