Monday, August 29, 2016

Dusun Durian Heng , Bemban Melaka

Sekarang ni tengah musim durian.....merata rata tempat menjual durian tapi harga tak jatuh sangat ....Misi mencari durian kali ni kami ke Dusun Durian Heng , Bemban Melaka. Ingatkan jauh le Bemban ni...rupanya dekat je. That is my first time ke Bemban....musim durian tahun ni around end Jul 16.


Moleknya durina ni ....3 biji tergantung tapi saying sebiji dah tak elok...rendah je pokok durian ni...


Kat dusun ni memang banyak durian dijual. Harga pun boleh tahan jugak....Dua biji ni pun dah RM61.00.


Cantik isi durian ni walau tak kuning kan..


Hmm....dapnya....my kids tak minat sangat but they can eat lah...kalau makan pun seulas 2 je...me and my hubb hantu durian....we can eat a lot....ha..ha..


Berbakul bakul durian...


Kalau lihat kat pokok tu geramnya....banyak betul yang menjadi...


Banyak jugalah kami makan ....tinggal kulit je tu...licin.....Durian ni ada bermacam macam jenis....musang king, teka, udang merah, IOI, kasap, durian kahwin, durian kampong dan macam macam lagi..


Musang king memang sedap. Nak kenal musang king senang je...bawah bontot dia ada bentuk tapak sulaiman...kat sini harga RM40.00 sekilo....beli 2 biji je dah kena RM120.00...pitam ....pitam mokcik...


Siap buat jarring takut durian jatuh atas kepala....kat bahagian dalam ada tempat makan durian.

Ramai orang datang membeli pepagi hari.



Rambang mata tengok.

Kalau ke Melaka singgahlah sini makan durian.....kat sini durian dijual ikut kilo ya....

Thursday, August 25, 2016

Banana Cake ........sedapnya

Kita take a break sekejap.....asyik keluar entri makan makan je kan......so kita keluarkan entri banana kek ni yang dan berkurun dalam draft ni. Lama dah buat banana cake ni.
Banana cake is my favourite...saya akan cuba macam macam resepi......semuanya sedap sebab dah minat pisang kan....tapi kalau nak makan pisang sesaje tak lah sangat...

Kali ni letak badam cincang kat atas tu...


Adunan before bake.


Pisang tu mesti dihiris halus supaya tidak tenggelam. Jika pisang dipotong tebal, ia akan tenggelam ke dalam adunan so tak nampaklah pisang tu sebagai hiasan di atasnya.


Kali ni guna loose square tin.....senang nak keluarkan.


Sedap kek pisang ni.


Ngap ngap makan tak perasan.....always eat with a cup of tea.


Bahagian atas tu agak burnt sedikit but still sedap janji tak pahit kan...Kali ni saya menggunakan resepi dari azlita masam manis. Tq for sharing.
KEK PISANG
By: Azlita masam manis
Resepi Oleh : Auntie Yatie



Bahan
350 gm pisang yang masak ranum
200 gm gula halus
3 biji telur A
1/2 sudu teh ovellete ~ optional
250 gm tepung
1 sudu teh baking powder
100 ml susu segar atau susu cair
125 gm minyak jagung atau butter di cairkan
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
pisang di hiris nipis-nipis untuk hiasan
badam cincang ~ jika suka

Jika menggunakan mentega atau butter, cairkan butter terlebih dahulu biarkan sejuk.
Tepung gandum pula di campurkan bersama baking powder dan di ayak


Pisang di lumatkan dengan garfu atau senduk kayu
Masukkan pisang ke dalam mixer bersama gula halus dan putar hingga gula larut dan sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga gebu.
Jika suka kek yang sedikit spongy, letakan 1/2 sudu teh ovellete. Jika tak letak pun tak apa, tapi pastikan adunan telur di pukul sampai kembang dan gebu dan  bertukar warna pucat keputihan.
Kemudian barulah masukkan susu segar.
Terus putar
Perlahankan mixer dan masukkan tepung, putar hingga adunan sebati.
Jangan lama sangat, putar hingga  tepung sebati.
Tutup mixer
Tuangkan minyak jagung dan kaup balik adunan hingga rata

Sediakan loyang 8 x 8 atau 7x7 inc
Gris dengan butter dan lapik dengan kertas minyak
Panaskan oven 170 C api bawah dan 150 C api atas. ( jika ikut resepi yatie dia bakar menggunakan api bawah sahaja. Tapi Azlita menggunakan api atas dan bawah tapi yang api atas azlita kurangkan suhunya)
*Oven ni kita kena panaskan 15 minit awal ya, sebelum kita masukkan kek.

Tuangkan adunan ke dalam loyang
Jika nak hiaskan dengan kepingan pisang, potong kepingan pisang nipis-nipis. Kalau ada sagat untuk buat kerepek pisang boleh gunakan, kalau tak ada potong dengan pisau tapi nipis-nipis. kalau tebal nanti ia tenggelam
Taburkan badam cincang di atasnya jika suka

Bakar dalam oven dengan suhu yang ita cadangkan tadi selama 50 minit ~ 60 minit
Bergantung pada kepanasan oven masing-masing.
Untuk pastikan kek dah masak, cucuk dengan lidi, di bahagian tengah menyerong. Jika lidi keluar kering, menandakan kek dah pun masak. Jika lidi masih basah, bakar semula dan tambahkakan masa lagi 5 ~ 10 minit.

Bila kek dah masak, sejukkan dalam 10 minit dan terbalikan atas redai
Kek ni kalau di biarkan semalaman, permukaan atas kek akan lembab dan macam basah-basah gitu.
Sedap sangat...!







Mee Sup Tengkera, Melaka

Lama tak makan mee sup Tengkera ni. Selalu balik Melaka tapi tak berkesempatan nak makan.
Last trip berjaya juga menyinggah di kedai ni.

Mee sup ni very simple sebenarnya. Sup dia jenis clear sup.....ada rasa lada sulah sikit. Mee hoon yang digunakan agak tebal sedikit dari mee hoon yang saya pernah masak.


Popiah basah dan goring. Harga sekeping RM1.50 satu. Popiah basah paling best. Isinya digoreng dahulu , kita boleh rasa udang keringnya. Memang sedap. Kebanyakan popiah sayuran di dalamnya di celur sahaja jadi rasa agak tawar.


Meriah bila semua makan mee sup....kat sini ada mee sup dan popiah je.


Nilah kedainya...sebuah je....bersebelahan dengan balairaya dan berdekatan masjid Tengkera, masjid yang tua di Melaka.


Sebelum makan mee sup , haruslah membeli Klebang coconut milk shake, kuih keria antarabangsa Limbongan dan putu bamboo ni........nak beli coconut milk shake kena beratur setengah jam ...pas tu ke Limbongan beratur lagi 1 jam untuk membeli kuih keria tu...hadoi penatnya.....pakcik Jalil tolonglah beli mesin buat kuih keria cepat sikit .......

Wednesday, August 24, 2016

Rashid Corner......sarapan pagi ....

Selalu kalau balik Melaka....jarang kami bersarapan di rumah. Bawak mak keluar sarapan di luar. Selalu juga kami ke Rashid Corner ni yang terlatak di Bukit Baru, Melaka. Restoran ni tepi jalan je , belah kiri kalau kita nak ke Semabok. Ada banyak variasi makanan yang dijual di sini. Service pun cepat walau ramai orang . Tu yang best.


Tose rawa ......ni bukan kedai mamak tau...kat sini peniaga semua orang Melayu Muslim. Tose rawa ni sedap juga rasanya.


Saya memang penggemar mee goreng. Ni style mee goreng Melayu lah.....sedap. Order baru digoreng. Ada macam macam menu mee juga seperti mee rebus, mee bandumg, mee hoon sup dan lain lain lagi.....


Nasi lemak with rendang ayam pilihan my kids.


Pak Cik ni one man show buat char kueh. Laju je dia....Tukang goreng, tukang uli semuanya dia lah...


Char kueh yang lembut dan sedap cuma pendek sikit......kena beratur nak beli ni....letak je habis...memang recommend u all try ni. Yang penting char kueh ni tak berminyak sangat ya...


Banyak juga lauk pagi pagi ni...


Our breakfast memang meriah...ada lagi tak masuk photo ni....ha..ha..


Tuesday, August 23, 2016

Ayam Penyek Lamongan, Air Keroh, Melaka

Lama tak makan kat Ayam Penyek Lamongan ni.....bertahun jugalah rasanya. So masa balik Melaka pada 5/8/16 balik kampong jap......lepas shopping kat Mydin Air Keroh, singgah lah lunch kat situ.

Sambal dia sedap gak...pedas tu yang best.


Antara menu yang ada...


Bakso pun ada....tapi saya kurang minat dengan bau bebola daging tu...


My pecal lele...ikan keli 2 ekor.....satu set RM9.80.


Our dish...2 ayam penyet , satu bakso and pecal le le...


Nak cepat memamg senang makan ayam penyet je...restoran ni berdekatan Mydin Air Keroh je...tak susah nak cari.

Monday, August 22, 2016

Sambal belacan dengan durian fresh.....sedap ke ?

Sedap ke rasa sambal belacan yang dicampur dengan durian fresh ? Tak pernah cuba so kali ni saya pun cuba buat. Saya masih suka sambal belacan yang menggunakan tempoyak. Rasanya lebih ada feel sikit sebab ada kemasaman di situ.

Menggunakan durian fresh ....agak kurang sedap pada lidah saya kerana rasanya agak manis sedikit.


Rebus bende tu sebagai ulam sudah cukup. Kadang kadang saya makan mentah saja. Lebih sedap.


SAMBAL BELACAN DENGAN DURIAN FRESH
Source : Sweetiesaqi_kitchen

Bahan
5 biji cili hidup merah
5 biji cilipadi merah
3 sudu besar belacan yang telah digoreng tanpa minyak
2 ulas durian fresh
1 biji limau sambal

Cara
- Kesemua cili digoreng dengan minyak terlebih dahulu.
- Tumbuk cili dan diselangseli dengan belacan.
- Masukkan durian fresh dan gaul rata.
- Perah limau dan gaul rata.
- Hidang bersama ulam ulaman


Sunday, August 21, 2016

My Sweet Pengantin Roses.....

My Sweet Pengantin Roses ni memang dah lama dalam jagaan saya....tapi kebelakangan ni pokoknya agak kurang sihat tapi masih mampu mengeluarkan bunga yang cantik...

Si pengantin ni sejenis ros kampong juga.......berada dalam kategori climber/memanjat.


Bunga jenis yang bergugus.....


Bunganya tak berapa tahan.


Pokok ni dahanya memang terlalu tinggi sekarang ni. Dihujung hujung tu lah dia berbunga..


Bau roses ni mild saje..


Bunganya tak besar....cuma sebesar syiling 20 sen sahaja.

Hj Sharin Low, BBU lagi....

Dinner di Hj Sharin Low , Bandar Baru Uda, Johor.....memang suka makan di sini tapi pricing agak mahal sedikit.


Kali ni try masak lemak udang with labu yang dah di kisar halus....sedap yang ni tak muak.


Kangkung goreng belacan..


Sotong goreng tepung is a must for the kids.


Ikaan siakap steam nyonya memang best ...cuma yang tak best pricenya je...too expensive for me.


Ini aje for dinner.......simple dish .....menu for 4 people.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...