Sunday, December 31, 2017

Sarapan di Restoran Osman ...macam macam ada...

Sarapan pagi di our favourite restoran iaitu Restoran Osman, Masai, Johor. Kadang kadang malam pun kami suka ke sini sebab ringkas. Makan roti canai ke capati ke pun dah kenyang kalau untuk malam hari.


Puri pun ada. Puri ni gelembong bukan main lagi tapi bila dipecahkan nipis je.


My mom dapatlah merasa sarapan kat sini. Tosei rawa tu pun sedap, my favourite.


Ada juga vadir dan karipap.


Kalau tak salah nama ni Apom....my mom teringin nak makan ni. Alhamdullillah dapat merasa.


Penuh meja...semua pun nak makan tapi tak terhabis so tapau lah.


Wednesday, December 6, 2017

Pavlova....with passion fruits

Kebetulan ada passon fruit atau buah markisa ni yang saya beli di pasar malam. Kalau makan macam tu je buah passion fruits ni memang sangat masam. So saya buat pavlova. Saja nak rasa blend tak dua ni.


Ternyata memang sedap. The passion fruits and pavlova  ni blends very  very well sebabnya pavlova to manis dan passion fruits tu masam.


Memang sedap lah tak terkata.


My cut pavlova. Walau saya tak suka sangat pavlova sebab manis but I still can ate one piece...


So in love to see the pavlova shells sebelum kena make up.

Sunday, December 3, 2017

Baja Orkid untuk subur dan bunga.....

Orkid is also one of my favourite. Sampai sekarang tak berapa pandai menjaga orkid. Selalunya orkid yang saya beli lambat nak berbunga buat kali kedua. Macam macam Baja spray saya cuba letak pun tak jalan juga.

Melawat fb Kak Laili Borhan terlihat kesemua orkidnya berbunga meriah. Merisik khabar baja apa yang digunakan oleh beliau. Akhirnya saya terus beli 2 jenis baja di atas dari Kak Laili. Beliau menggunaka 2 jenis Baja ni untuk orkid. Kalau ke nursery orkid , mereka pun guna Baja yang sama seperti di atas.


Serbuk halus hijau ni untuk suburkan pokok orkid.

Yang pink ni untuk mengeluarkan bunga. Siram seminggu sekali diselang seli. Ada yang kata boleh spray baja subur hari isnin dan Baja bunga hari khanis setiap minggu....Saya ikut cara ni Nampak gaya ada improvement. Pokok orkid mula subur. Menjaga orkid ni kena banyak kesabaran. Nak mengeluarkan bunga memakan masa yang lama tapi yang best tu bunga orkid ni tahan lama.

Lotus Desaru Resort...14/1/17

Short vacation di Lotus Desaru Resort on 14/1/17. Waduh lamanya entri ni duk dalam draft baru nak catwalk ni.

Loving the big swimming pool. Ada small water theme park kat sini.


Reception area.


Ala ala castle.


Lots of greens here too.


Ada banyak types of rooms kat sini.


Pokok kelapa pun banyak.






Santai santai rehat sambal membaca ...he...he...


Beautifull view.


A lot of flowers too.


Loving this purple flower too.






Night scenary.


Monday, November 27, 2017

Sarapan roti bakar je yang simple..

My simple breakfast on sunday morning selalunya yang simple  simple je.


Telor separuh masak 2 biji dan air milo secawan...tu je..



Roti titab namanya yang hanya boleh didapati di Kelantan. Dapat tahu roti titab masa saya menonton Majalah 3. Nak ke Kelantan tu jauhkan so kita buat sendiri je lah...Senang je...bakar roti atas non stick pan dan sapu butter dan kaya. Angkat dan letakkan dalam pinggan ...lepas tu pecahkan je telor separuh masak atas roti tu....senang je....sedia untuk dimakan .....memang sedap..



Telor separuh mask tu kita letak kicap manis + black pepper + lada sulah....gaul semua....yummy...



First time jumpa jambu air warna hijau ni kat Pesta Layang Layang 2017 di Bukit Layang Layang , Pasir Gudang. Try rasa ingatkan masam rupanya tak. Jambu ni pun tak lah manis sesangat just nice je rasanya....Banyak ni RM10.00.

My sweet Hydrangeas blooms in Apr 17.....

Saya memang peminat hydrangeas or they call it bunga 3 bulan. Asalnya saya tanam hanya dengan menggunakan batang sahaja.

Hydrangeas ni jenis bunga bergugus. Kali ni berkembang dalam bulan April 17.



Yang ni jenis local not from Cameron. So tahan lasak.


Hydrangeas memerlukan air yang sangat banyak. Maknanya mesti disiram setiap pagi dan petang. Jika tidak daun akan menjadi layu dan bertukar warna kepada coklat. So kita kena buang daun yang kering dan rosak tu. Nanti akan tumbuh daun yang baru tapi makan masa sedikit untuk rimbun.


Warna hydrangeas yang saya ada ialah biru dan pink tapi sebenarnya warna hydrangeas ni berubah mengikut asid atau alkalinya tanah dia.
 Tanah pH < 5.5 = blue flowers
Tanah pH  > 5.5 = pink flowers
Tapi saya tak pernah check pH Tanah setiap pasu. As long as dia berbunga I am happy.


Bunga Hydrangeas ni memang tahan lama.


Will plant more hydrangeas as I love them so much.


Wednesday, August 30, 2017

Orkid Vanda Purple dari pasar tani....

Salam Merdeka semua...today is 31/8/17 Thursday.....celebrating Malaysia independent day yang ke 60 and tomorrow 1/9/17 is Hari Raya AidilAdha. Long weekend holiday sambung Monday 4/9/17 additional coti due to the Sea Games but for me no holiday on Monday.
 
As usual beli orkid vanda purple ni kat pasar tani. Bila tengok bunga besar dan cantik terus terminat dan terus terbeli.


Bung orkid ni tahan lama tu yang best.


Vanda memang jenis akarnya berjurai.


Kebanyakan orkid yang saya ada semuanya berwarna purple.


Vanda ni memang cantik tapi saya ada satu problem. Selepas habis bunga nak tunggu dia berbunga next round tu memang sangat lama. Baja subur dan bunga dah bagi secukupnya tiap minggu tapi masih tak berbunga.....alahai sedihnya.

Thursday, August 10, 2017

Deep Chocolate Sour Cream Pound cake...........sedapnya

Lama dah duk buat kek ni baru nak keluar kat blog ni....Simple deep chocolate sour cream pound cake ...hah panjang tul nama dia tu...


Trying in this bundt pan...senang dan cantik.


Bundt pan ni selalu buat saya risau....takut kek tu tak keluar dengan cantik.....so tipsnya ialah sapulah butter banyak banyak kat dalam bundt pan tu dan coated dengan koko sebab kita buat chocolate cake...


When the outcome is perfect ...lega rasanya...



Simple deco je...




DEEP CHOCOLATE SOUR  CREAM POUND CAKE
Source : Bisousatoi - Tish Boyle's The Cake Book



Bahan
181g (1.5 cawan)  tepung gandum
57g (1/2 cawan ) tepung kek
92g ( 1 cup ) koko
2.25 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
340g ( 1.5 cawan ) butter suhu bilik
500g (2.5 cawan ) gula - guna 430g
4 biji telor size A
2 sudu kecil vanilla esen
242 g ( 1 cawan ) sour cream  - saya guna youghart plain


Cara
Panaskan oven . Ikut suhu oven masing masing.
Sapukan butter pada bundt pan size 10 inch. Pastikan letak lebih butter dan dust kan dengan tepung gandum. Kalau kek chocolate dustkan dengan koko.
Satukan tepung gandum + tepung kek + koko + garam. Ketepikan.
Dalam mixer, masukkan butter dan pukul sehingga creamy selama 2 minit pada kadar medium speed.
Masukkan gula secara beransur ansur. Lajukan sedikit speed dari medium ke high dan pukul selama 4 minit sehingga adunan memjadi light and fluffy.
Tukar speed kepada medium dan masukkan telor sebiji demi sebiji.
Dalam mangkuk yang lain , masukkan vanilla ke dalam sour cream dan kacau rata.
Masukkan tepung ke dalam adunan sebanyak 3 kali diselang selikan dengan sourcream 2 kali.
Kaup balik rata.
Masukkan adunan ke dalam bundt pan. Masak  selama 65 - 75 minit atua sehingga kek masak.
Sejukkan kek atas redai selama 15 minit. Selepas tu keluarkan dari bundt pan dan letakkan atas redai sehingga betul berul sejuk.










Wednesday, August 9, 2017

Misi celebrate birthday Cik Eyda 15 02 17....berjaya..

Kali ni misi celebrate birthday Cik Eyda 15/02/17 berjaya juga. As usual , we all berdua ...that is Cik Maria and me ...plan apa nak masak for breakfast. Department we all ada 3 orang je pun....big boss kat S'pore. Masa nak bagi kek birthday kat Cik Eyda ni , saya pun berpakat dengan HR Manager ...he..he...sian Cik Eyda....Berjaya juga we all buat surprise sampai keluar air mata....


I made red velvet trufles brownies....first time buat ni...ada 3 layer semuanya. First layer is the cake, 2 nd layer is oreo and last one is chocolate ganache.


Sedap gak kek ni tapi tak puas makan lah...must bake this brownies again.


Nasi lemak bungkus yang cantik sekata tu dibuat oleh Cik Maria....as usual I bake cakes, do sandwiches , bread butter puddings and buy curry puff...saja tambah tambah bagi ada rasa pedas pedas sikit...


My bread pudding before its bake.


Kenyang semua orang breakfast pepagi ni.


So nilah birthday girlnya.....Happy birthday to Eyda.....May success always be with you...



Sweet roses...peachy color...




One of my favourite roses ni. Tapi ni cerita lama ....once upon a time masa tengah rajin tanam roses.


Now pokok ros ni pun dah ke syurga.




These roses always melts my heart......love them. Now in Jun 17 , just bought this new ros tree....hope it will blooms well just like the previous one.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...