Thursday, August 10, 2017

Deep Chocolate Sour Cream Pound cake...........sedapnya

Lama dah duk buat kek ni baru nak keluar kat blog ni....Simple deep chocolate sour cream pound cake ...hah panjang tul nama dia tu...


Trying in this bundt pan...senang dan cantik.


Bundt pan ni selalu buat saya risau....takut kek tu tak keluar dengan cantik.....so tipsnya ialah sapulah butter banyak banyak kat dalam bundt pan tu dan coated dengan koko sebab kita buat chocolate cake...


When the outcome is perfect ...lega rasanya...



Simple deco je...




DEEP CHOCOLATE SOUR  CREAM POUND CAKE
Source : Bisousatoi - Tish Boyle's The Cake Book



Bahan
181g (1.5 cawan)  tepung gandum
57g (1/2 cawan ) tepung kek
92g ( 1 cup ) koko
2.25 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
340g ( 1.5 cawan ) butter suhu bilik
500g (2.5 cawan ) gula - guna 430g
4 biji telor size A
2 sudu kecil vanilla esen
242 g ( 1 cawan ) sour cream  - saya guna youghart plain


Cara
Panaskan oven . Ikut suhu oven masing masing.
Sapukan butter pada bundt pan size 10 inch. Pastikan letak lebih butter dan dust kan dengan tepung gandum. Kalau kek chocolate dustkan dengan koko.
Satukan tepung gandum + tepung kek + koko + garam. Ketepikan.
Dalam mixer, masukkan butter dan pukul sehingga creamy selama 2 minit pada kadar medium speed.
Masukkan gula secara beransur ansur. Lajukan sedikit speed dari medium ke high dan pukul selama 4 minit sehingga adunan memjadi light and fluffy.
Tukar speed kepada medium dan masukkan telor sebiji demi sebiji.
Dalam mangkuk yang lain , masukkan vanilla ke dalam sour cream dan kacau rata.
Masukkan tepung ke dalam adunan sebanyak 3 kali diselang selikan dengan sourcream 2 kali.
Kaup balik rata.
Masukkan adunan ke dalam bundt pan. Masak  selama 65 - 75 minit atua sehingga kek masak.
Sejukkan kek atas redai selama 15 minit. Selepas tu keluarkan dari bundt pan dan letakkan atas redai sehingga betul berul sejuk.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...