Monday, March 11, 2019

Sarapan di Pasar Besar , Melaka

Date 27/6/18 kejadian berlaku.....lama tul terperap kat entri....

Masa tu bersarapan di Pasar Besar Melaka yang baru dibuka.

Nasi gunting nama diberi....sebenarnya bukan nasi yang digunting ...daging tu yang digunting. Ok sedap gak...satu kelainan...


Saya suka mee goreng Melaka style ni....dah terlalu muak makan mee goreng yang dijual di kedai kedai tomyam...


Nilah gerai nasi gunting tu.....pakcik tu pakai songkok tinggi warna hitam....yang tak best kat sini tempat duduk terhad dan sempit sangat....Lepas makan bolehlah shopping ikan ikan kat belakang tu....

Marble butter cake yang simple...

As usual saya selalu suka buat kek yang simple je and semestinya butter cake is my choice.

Kali ni buat dalam bundt pan....Nasib dia keluar cantik..


Ada crack sikit but its ok....so kita letaklah daun rosemary tu sikit....


Rosemary and bunga sate from my grden...


Love to see this...


Must use pure butter baru sedap butter cake ni...my choice of butter is lescure and tatura....now a days butter price is so expensive......pengsan nak membelinya...


Lagi sedap makan ni berkawankan secawan kopi...



As usual a piece for me...





BUTTER CAKE

Source : Azie Kitchen

Bahan
250 g pure butter
250 g tepung naik sendiri
180 g gula kaster
4 biji telor
1/2 cawan susu segar

Cara
-Panaskan oven selama 20 ke 30 minit . Ikut oven masing masing ya.
-Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih. (low speed kemudian sederhana kemudian high speed semula )
-Masukkan telor sebiji demi sebiji diselang seli dengan tepung. 
-Masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga sebati.
-Masukkan adunan ke dalam Loyang saiz 8 atau 9" yang telah dipalik dengan baking paper. Sapu butter ke atas kertas baking paper.
-Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak. Ikut kepanasan oven masing masing ya.
-Angkat dan sejukkan atas redai.

Nota : Jika menggunakan tepung gandum , boleh masukkan 1 sudu kecil baking powder.
           adunan tu ambil sedikit dan masukkan koko. selang selikan masuk dalam bundt pan...









Bunga Sate....

Ternampak bunga ni kat nursery.....Nampak cantik di mata ni so saya pun sambar sepokok. Harga sepasu RM10.00.

Bunga ni nama dia bunga sate.....bunga ni ada bau sikit....tak lah Wangi...


Pokok ni senang nak tanam. Boleh potong je batang dia dan cucuk ke Tanah.



Saya suka potong dan letakkan dia dalam gelas berair. Boleh tahan lama juga


Pokok ni boleh tinggi.


Love this flower sebab tahan lasak dan rajin berbunga...




Lawatan ke Figs Garden atau Buah Tin di Melaka

Melawat ladang figs/buah tin ni di Norash Farm, Melaka. Susah nak cari buah tin ni kat supermarket.
Dah lama teringin nak menanam pokok tin ni tapi tak kesampaian. So kali ni ada peluang untuk melihat dan membeli pokok tin ni.

Geram tengok...banyak betul buah dia.


Buah tin yang dah masak.


Banyak anak pokok baru yang ditanam. Ada banyak sepsis.


Kat sini ada dibuat kursus juga.


Batang pokok tin yang ditut.


Pokok togel daun pun masih banyak buahnya.


Baja yang dijual.


Beli sebekas buah tin dan the daun tin.



Sedap buah tin fresh ni ...ada yang manis juga.


Norash Farm Fig's Garden.
 Kg Paya Rumput Jaya, Sg Udang, 
Melaka.
Hubungi: 019-4001813(Abd Rashid)



Thursday, January 31, 2019

Paddle pop butter kek.....

Lately ni saya memang suka makan butter cake......sehari saya akan makan 1 atau 2 keping especially selepas makan...

Kali ni saya mencuba resepi dari adik Dasish Harraz ....boleh follow IG beliau ya.. Tq for sharing this simple resepi. Saya suka gunakan bundt pan sebab senang dan ada bentuk...



Part ni yang leceh sikit for me....part campur letak pewarna ...


Nama paddle pop sebab berwarna warni...


Alahamdullillah kejadiannya sebab saya selalu takut kalau guna bundt pan ni....takut kalau terbalikkan kek tu dia tak keluar dan melekat....seriau saya...tipsnya kena sapu banyak butter dan dustkan dengan tepung..


Orkid saya ni terpatah dari dahan.....so jadi props lah dia kat kek ni..



Super love to see this.....saya guna butter SCS....memang sedap rasa kek ni....tu yang buat tak boleh nerhenti bila makan...



PADDLE POP BUTTER KEK
Sumber : Dari IG Danish Harraz

Bahan

250 g pure butter - saya guna SCS butter
1 1/4 cawan gula halus
5 biji telor Gred B
2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan fresh milk
1 sudu the esen vanilla
Food colouring gel pink, blue , yellow or any colour


Cara

Panaskan oven pada suhu 160 darjah C, ikut oven sendiri ya.
Gris baking tray bersaiz 8"  atau 9 " dengan parchment paper.
Jika guna bundt pan, sapukan/gris dengan butter dan tabor/dust dengan sedikit tepung.( pastikan lebihan tepung dibuang ya)
Menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga putih.
Masukkan telor sebiji demi sebiji.(Pastikan telor dah sebati baru masuk lagi sebiji)
Pukul sehingga fluffy.
Masukkan esen vanilla.
Perlahankan mixer , masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan fresh milk.
Mix rata tetapi jangan over mix . Jika over mix kek akan menjadi tidak moist dan keras.
Tutup mixer dan boleh terus tuangkan ke dalam Loyang jika mahu plain kek.
Jika inginkan paddle pop kek macam saya buat, so bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk dan titiskan pewarna , kacau rata.
Sendukkan adunan ke dalmal loyang berselang seli sehingga adunan habis.
Bakar selama 40 - 50 minit sehingga masak ikut oven memasing ya.
Bila sudah sejuk baru boleh potong ya.










Yesterday today tomorrow namanya bunga ni....

Somewhere in Feb 18 ni.....bunga Yesterday today tomorrow namanya....kenapa panjang sangat sebab bunga ni akan bertukar warna 3 kali....kiranya hari ni dark purple esok light purple tulat white colour....Pokok ni dah berusia 10 tahun....lama dia dengan saya...Jenis yang senang hidup..


Mula mula its dark purple...





The nex day change tu lighter purple...


This round ...first time the flower ada 2 tona warna...I am so lucky to see this....


This type memang jarang jarang berlaku....


Meriah bila berbunga...


They are just so beautifull..


Pokok ni kalau tak di pangkas akan jadi tinggi dan besar...


Saya tanam dalam pasu besar je...senang nak jaga...



Makan makan at Line Clear , Kg Jawa .....

Entri ni terperap since 2017....oo lamanya...mari kita catwalk in 2019...I just love to share the photo ....tulis tulis ni nak mengarang ayat tak berapa pandai....hence all is very short sentence....

Al kisahnya jalan jalan naik river cruise kat Melaka ni....2nd time naik bot ni...first time di waktu malam...


Pemandangan...


Semapt juga nail kapal besar kat tepi tu...its a muzium...






Membeli belah kat depan kapal besar tu...


Banyak jajan ni...


Singgah makan kat sini...kedai ni dah lama ...mak kata dulu dulu sedap...sekarang ok lah...


Masa naik river cruise ternampaklah kedai ni tu yang nak pi makan...nak rasa...


Cendol...panas panas masa ni memang sedap...


Simple mee goreng...


Nasi Goreng ayam..


Kueh teow  goreng...


Rojak...


Simple food kat sini...ok lah..

Address :
23, Lorong Jambatan, Kampung Jawa, 75100 Melaka
Opens at 11 am

                        





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...