Wednesday, April 11, 2012

Afternoon of Elegance with Dato' Siti Nurhaliza - Part 1

Bilalah Siti Nurhaliza akan perform untuk lunch atau dinner function kat JB ni? Rasanya tak pernah lagi. So bila mendapat tahu Siti Nurhaliza akan perform untuk minggu sekretari di Persada Johor pada 10/4/12, saya tak lepaskan peluang. Walaupun harga tiketnya....mak ai...mahal sungguh so mampu beli yang termurah jelah. Dapatlah meja di barisan 3 terakhir. Jauh juga dari pentas utama. Apa nak buat dapat dengar live dan dapat lihat dari dekat walaupaun singkat masanya pun jadilah.





 Ruang legar sebelum bermulanya event. Sampai awal sangat sebab tu tak ramai yang hadir lagi. Dapatlah segelas air asam boi, manis yang teramat + maruku + kacang.  

Kak Fadilah(sebelah kiri) dan kakaknya antara yang terawal sampai. Kak Fadilah ni memang peminat setia Siti. Dari KL sanggup turun ke JB to see the show.

Kak Fadilah , kakaknya, me and Fatem, secretary from Zarah Food.   


Dah hampir pukul 11.00 tengahari, barulah nampak ramai yang datang. Melihatkan orang ramai yang berlegar di sini , ingatkan tak ramailah rupanya ramai yang dah masuk dalam dewan.  Ada yang datang dari Kulim, Kedah, dari KPJ Seremban 1 van......oh sanggupnya mereka datang dari jauh. Rupannya Siti perform untuk Secretary Week hanyalah di Persada Johor sahaja dan tidak dibuat di KL seperti kebiasaannya. Dalam hati tertanya kenapalah ramai yang pakai black + red ni. Rupanya tema hari tu red + black. Oh! Oh ! No............

Pintu masuk ke dewan. 

Masuk je terus nampak ni, very the red. 

Suka sangat tengok table setting ni, blue turqoise....cantik. Tetamu yang hadir lebih kurang 1,400 orang. Full house gitu. Banyak big companies yang belanja their staff.

Di sekeliling dewan, dinding semua digantung kain black + red. 

Beg goodies yang diberi. Takda apa sangat. Ingatkan adalah sebatang lipstick simplysity,  hem ...takdalah.

Menu hidangan tengahari. Semasa menikmati juadah disajikan dengan nyanyian dari Nadia dan bapanya yang bermain piano, adik Irfan dan fesyen show. 


Seafood combination with cocktail sauce.



 
Clear Chicken broth with smoked chicken dumpling.


 Pan seared chicken breast & salmon fillet on bed of tagliatelle oglio oglio serve with yellow marsala sauce. Nampak cantik.

Dalam ayam tu ada sayur bayam rasanya, tapi tawarlah. 



Opera cream cheese cake with strawberry sauce. Oh nilah opera cake ada kelapa menyebabkan sedikit muak.

Ha....ha...ha....lari dari tema. Sebenar-benarnya memang tak tahu menahu pasal tema dress code red + black ni. Masa telefon Persada pun dia orang tak bagi tau. Buat muka tebal jelah , dahlah warna kuning terang benderang......hai malunya....Buat muka seposen je. Tak dapat bergambar dengan Siti dengan posternya pun jadilah. OK to be contiune in part 2 ya.........

Monday, April 9, 2012

My Lovely Eggplant or Terung

Pokok terung ku tumbuh segar bugar. Seronok tak terkata. Terima Kasih pada Cik Arman kerana telah memberi anak pokok terung. Kalau nak tanam guna anak benih , minta maaflah memang tak menjadi. Ada terung yang berwarna hijau, terung bulat, terung pipit dan terung panjang. Yang saya tanam ni jenis yang panjang. Terung ni memang banyak khasiat. Kaya dengan Vitamin A, B1, B2 & C. Terung ni boleh menurunkan kolesterol & darah tinggi. Ianya sangat berkesan untuk pesakit gout juga.

My lovely eggplant grow healthy. I am so happy to see it. Thanks to Mr Arman for giving me the young eggplant tree to be planted. If i grow it by using seeds it will not come out. There are eggplants in green colour, the round and also the long ones. The type that i am planting is the long one. Eggplant is rich in vitamin A,B1,B2 & C. It can also lower down cholesterol & high blood pressure & also effective for gout patients.

Masih kecil tapi segar.
Still young but healthy. 

Daun yang lebar.
Big leafes.

Bunga terung.
The eggplant flower.

Banyak kudup bunga tapi tak berapa lekat sangat.
A lot of buds but did not stick well.


 
Cantik. Kali pertama melihat bunga terung.
Beautifull, this is the first time i see the eggplant flower.


 
Tu dia dah keluar buahnya.
Yes, its coming out.


 






2 biji yang menjadi.
2 big ones.



Segar dari taman. Yang ni masih muda. Bijinya pun kecil lagi. Tak sabar nak tunggu besar lagi takut busuk.
Fresh from the gardens. The seeds is still small. I just can't wait for it to grow bigger. Scare that it will be spoilt by the insects.


Sambal terong berlada dimakan bersama nasi panas. Memang sedap.
After picking, straight away i cook it to taste the freshness. Eat with hot rice. Yummy.....


Lovely eggplant flower collage.


Sunday, April 8, 2012

Cakes for conference in office on 2 & 4/4/12

On 2 & 4/4/12, my office organize a conference for 3 days. So i got the order to bake 2 cakes. First the red velvet and second the chocolate cake.
Pada 2 & 4/4/12, pejabat telah mengadakan satu seminar selama 3 hari. Jadinya saya ditugaskan untuk membuat 2 biji kek. Yang pertama Kek Coklat dan Kek Red Velvet.


Chocolate cake.

 
Many people likes this chocolate cake.
Ramai yang menyukai kek ni.

The Red Velvet ready to go in the box.
Red Velvet bersedia untuk dihantar.

Wednesday, April 4, 2012

Masak Lemak Tempoyak Ulam-ulaman


Tempoyak banyak ni, nak buat apa ya. Masak lemak tempoyak ulam-ulaman lah. Jumpa pulak petai kat pasar tani tapi mahal harganya sekaran ni, 3 papan RM5.00. Petai sekarang tak sama macam dulu dulu punya petai. Makan dah tak da feel lagi.







Campuran sayur ulam ulaman.
Daun kaduk + daun buas buas + petai + serai + paku pakis -ni bukan ulam ya. Sebab alah pada pucuk ubi saya gantikan dengan pucuk paku.


Memang menyelerakan.

Resepi Masal Lemak Tempoyak Ulam ulaman

Bahan
10 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
3 biji bwang merah kecil
santan
garam secukup rasa
2 sudu besar ikan bilis
5 sudu besar tempoyak  
daun buas buas
daun kadok
daun pucuk paku - boleh gantikan dengan pucuk paku
2 batang serai dihiris
petai
santan
Boleh juga tambah = daun kunyit

Cara
1- Tumbuk bawang + kumyit + cili padi dan masukkan ke dalam periuk. Letakkan santan. Timbuk santan maknanya kacau-kacau santan supaya tidak berbuku. Jika tidak kuahnya tidak cantik.
3-Masukkan tempoyak dan kacau rata.
2- Bila mendidih masukkan semua jenis daun + hirisan serai + ikan bilis. Akhir sekali baru masukkan petai. Jangan terlalu lama, biar petai tu ada rasa crunchy sikit.
3-Jangan lupa garam secukup rasa.

Tuesday, April 3, 2012

Surprise Birthday Cake for Cik Maria..........

Hari Jumaat 23/3/12, birthday cik Maria yang ke......tapi hari tu saya cutilah pulak. Ada sikit free time so buatllah chocolate cake yang memang menjadi favourite forever cik Maria ni. Maka berpakatlah dengan cik Eyda, sms .... cik Maria ni ada ke tak atau nanti tetiba 1/2 hari ke, macam macamlah...ding.. dong...ding... dong. Akhirnya sampailah kat office jam 12.30 tengahari nak buat surprise kat cik Maria ni. Hu!Hu! Menjadi juga surprise birthday kek ni.






Dalam kotak siap untuk dihantar ke office to surprisekan Cik Maria.


Nilah Cik Maria. Happy Birthday !!!


Team Finance...Eh...eh... sesatlah yang sorang tu. My little princess.


Sepotong kek, sejambak bunga. Bunga tu hadiah from beloved husband Cik Maria. Every year benda wajib yang mesti Cik Maria dapat on her birthday.


Monday, April 2, 2012

My Lovely Tomatoes

Awalan April'12, kita cerita pasal sayuranlah pulak. Pokok tomato yang tumbuh subur sesangat. Terasa sangat gembira tak terhingga sebab kali pertama tanam dah menjadi. Ni jenis yang kecil. Asalnya dapat anak pokok dan terus tanam kalau guna benih disemaikan memang susah nak menjadi. 
Buah tomato ni boleh dimakan begitu saja atau dibuat salad. Buah ini juga kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.
Terdapat bnayak petua kecantikan menggunakan tomato tapi tak pernah buat.

Early April'12, would like to tell about my lovely tomatoes. The tomatoes grow very healthy. I am so happy until so speechless because this is the first time i plant and it grew very well. This is a small type of tomatoes. Actually, i got this small tomatoe trees and just planted it. If i use the seed it won't grow. This tomatoes can be eaten raw or mix with salad. Tomatoes are rich with iron, fibre, vitamins A and C to make our body healthy. It can also use as a beauty product but i have never tried it.



Seperti buah epal ....bukan nilah tomato.
Looks like an apple but not its tomatoes.


Dari kecil hingga sederhana tinggi.
From small till medium size.


Bunga mula berputik dan berkembang maka terhasillah buah tomato yang hijau.
The buds start to grow & bloom. Can see the tomatoes now. Still greeny in colour.  


Tomato hijau sebelum masak.
Greeny tomatoes before ripe.




Hah! Baru satu masak bertukar kepada warna merah.
Yes! one of it turn red already.






Tinggi juga pokok ni.
The tree is quite high.


Banyaknya buah tomato.
Soo many tomatoes.


Bunga tomato.
Tomatoes flower.




Geramnya tengok buah ni.
Looks delicious.





Nilah buah tomato yang sudah masak ranum.
The ripe tomatoes.




Nilah makan malam saya. Sandwich Tomato.
My dinner tomatoe sandwich.

Lovely collage as usual.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...