Tuesday, May 31, 2011

Oreo Blueberries Cheese Cake

Dah cuba buat non bake cheese cake a few times tapi tak jadi jadi juga. Nasib baik terjumpa resepi di dapurcomelku.blogspot.com - teratak impian yang sangat simple. Decided to try a bake cheese cake. So finally berjaya juga membuatnya dengan sekali attempt. Gembira tak terkira.

Biskut oreo and digestive yang dihancurkan.

 Nilah orang panggil teknik water bath.
Inilah hasilnya oreo blue berries cheese cake.

Yummy yummy so delicious.


Bahan Dasar:-
  • 300gm biskut oreo (di buang krimnya) + digestive
  • 75gm mentega cair
  • loyang bulat khas untuk cheese cake size 9" 
Bahan Filing:-
  • 500 gm keju krim      
  • 110 gm gula kaster 
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 2 biji telur 
  • 150ml whipping krim 
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 20 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya
Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam loyang 9 inci. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Tuangkan kesemua filling ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.
  8. Resepi ni takda blueberries tapi i letak beberapa sudu dan diswirlkan.

Monday, May 30, 2011

Chocolate Chips Famous Amos

Chocolate chips ni perkara wajib yang mesti dibuat setiap bulan. Everybody likes it so much.

Cookies yang belum dibake.
Chocolate chips.

Si kecil yang tak sabar nak makan chocolate chips ni.

Resepi

250g butter
2 biji telor
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang(brown sugar)
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
2 1/2 cawan quaker oat yang dikisar halus
1 cawan chocolate chips
1 bar chocolate cadbury disagat

Caranya:

1) Pukul butter , gula castor & gula perang.
2) Masukkan telor dan esen vanilla.
3) Satukan tepung gandum, quaker oat , baking soda, baking powder dan garam. Masukkan ke dalam adunan butter tadi. Gaul sebati.
4) Masukkan chocolate cadbury dan chocolate chips. Gaul rata.
5) Ambil secubit dan letak atas dulang pembakar.
6) Bakar pada suhu 170C selama 15 minit. Ikutlah tahap kepanasan oven anda ya.

Ikan Pekasam Mak Mah

Now kat office trend ikan pekasam and suppliernya ialah my office mate, Mak Mah. Ramai juga yang tak pernah makan ikan ni , sekali rasa nak lagi. Biasanya, ikan pekasam boleh dibuat dari berbagai jenis ikan tapi yang famous si ikan sepatlah. 

Ikan sepat pekasam yang belum digoreng. Jangan dicuci. Nanti hilang semua beras yang ada di sekeliling ikan tu. Kerangupan beras tu yang menyedapkan lagi ikan pekasam ni.

Ikan sepat pekasam yang telah digoreng. Perah dengan limau.

Resepi :

2 ekor ikan pekasam
2 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 bijji cili hijau
6 biji cili api
2 biji limau sambal

Cara:
1) Jangan basuh ikan pekasam tetapi terus menggorengnya sehingga masak.
2) Keluarkan ikan dan goreng bawang besar, cili merah, cili hijau dan cili api.
3) Letakkan semua bahan yang digoreng di tepi ikan pekasam.
4) Bila hendak makan, perahlah limau sambal di atas ikan.
5) Syarat utama mestilah dimakan dengan nasi putih yang panas barulah sedap. Tak da lauk lain pun  tak pa. Mak mertua lalu pun tak perasan.




Wednesday, May 18, 2011

YAM CAKE

At last , berjaya juga buat my favourite yam cake. Untuk sesiapa yang tak suka kuih yang manis this is a perfect choice.

Macam birthday cake lah pulak. A good idea.

Yummy yummy.

Yam Cake
1 biji keladi didadu
1 mangkuk tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 mangkuk air
1/2 sudu five spice powder ( i pakai serbuk pelaga je)
1/2 mangkuk udang kering (lagi banyak lagi sedap)
5 biji bawang kecil didadu
1/2 sudu teh garam - ikut suka
1/2 sudu teh lada sulah

Bahan taburan
bawang goreng (buat sendiri ya lagi sedap & wangi)
daun bawang hiris
cili merah
cendawan
1/2 mangkuk udang kering  (ikut suka berapa banyak)

Cara
1) Goreng bawang merah yang didadu bersama dengan udang kering.
2) Masukkan keladi yang telah didadu sehingga kekuningan dan ketepikan.
3) Dalam periuk yang lain masukkan tepung beras, tepung jagung dan air , kacau hingga rata. Didihkan atas api sehingga adunan menjadi agak pekat.
4) Masukkan garam, lada sulah dan serbuk pelaga/5 spice.
5) Letakkan keladi yang telah digoreng awal tadi ke dalam periuk dan kacau rata.( Kalau suka boleh letak setitik pewarna ungu).
6) Apabila telah pekat, tuangkan ke dalam loyang ( boleh guna loyang yang buat cheese cake) dan ratakan.
7) Kukus selam 45 minit.
8) Untuk bahan taburan, goreng udang kering dan cendawan.
9) Setelah masak, taburkan udang kering, bawang goreng dan cili merah.
Hidangan boleh di makan dengan sos cili.

Tuesday, May 17, 2011

Bowling at Daiman 140511

Setelah 7 tahun tak main bowling, tup tup masuk bowling tournament yang my sports club adakan. Well not bad my group dapat naib juara. Thanks to Nor Azlan, Lai and Hariazali. Nor Azlan is the best bowler.  Not to bad strike lah juga. 

Supporter yang paling setia - Sarah, Qilah & Haifa.


Yes go go alamak mausk longkang ke?

 Si kecil ni pun nak main juga tapi tak terangkat bolanya. 

 Hamper je hadiahnya. Dah namanya hamper maka banyaklah jajannya. Kalau bagi vouher shopping kan best.

Naib juara goes to my group "digital"  ( From left: Hariazali, Nor Azlan, Lai & me)

 Lepas bowling apa lagi sesi bergambar beramai ramailah.

Hah ! Buat apa tu? Apa lagi kenduri kan hamper yang banyak jajan jajan tu.

Flowers At Home

Hobiku gemar menanam pokok-pokok yang berbunga. If pokok yang berdaun hijau sahaja memang susah nak hidup with me.
My Purple Lavender but this one ready made. Beli from nursery je.





Pokok ni sebenarnya adalah sangat besar dan tinggi tapi boleh di tanam dalam pasu hanya dengan menggunakan batang sahaja. Malangnya ada sejenis serangga yang sangat suka makan daun pokok ni sebab daunnya lembut tapi pokok ni memang sangat rajin berbunga walau daun di sekelilingnya dah togel..



Butterfly flower ditanam menggunakan ubi.

 



Sayuran di taman ku

My hobby is to plant all sorts of vegetables. So di bawah nilah hasilnya. Orang kata berbakti pada tanah.
Daun limau purut - mesti ada if nak masak asam pedas. Wangi !

 Daun Pudina - Letakkan dalam air teh o panas memang harum baunya.

Ulam Raja - senang ditanam dan membiak tapi biasalahkan bila dah terlalu banyak tak termakan. Orang kata masak lomak pun sodap tapi tak pernah cuba.

 Ulam Raja

Nenas Sarawak - Lama nak dapat hasilnya dan buah hanyalah sebiji saja. Setahun lebih menunggu nenas ni berbuah. Tak tahulah rezeki siapa ya. Tup tup hilang dari pandangan.

 Nenas

Terung Bulat


Terung Bulat - Walau sepokok, puaslah juga makan buahnya.

 Kangkung - tanam untuk melihat bunganya yang berwarna putih.

 Bendeh

Bendeh - Ditanam dari bijinya yang kering. Sekali semai banyak juga yang tumbuh.

RED VELVET CUPCAKES

Sekarang ni tengah trend orang dok buat red velvet cake so i pun nak try juga. Apa rasanya this cake?Well this is my 2nd attempt to do it,  its not to sweet,  not so sour and it blends well with cream cheese. Thanks to Eid for giving me this recipe from a cup cake recipe book by Lynn Hasan.


The cream cheese blends well with the cakes. Tried to put chocolate topping but it doesn't go well.



So delicous yummy yummy.

Bahan- bahan

Buttermilk
240ml susu cair/susu segar
1 sudu teh cuka
1 sudu makan pewarna merah
Cara
Campurkan susu cair dan cuka, dibiarkan selama 10minit. Kemudian baru masukkan pewarna merah. Kacau rata.

250g tepung halus
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh serbuk koko
50g walnut cincang ( saya tak letak )
113g mentega tulen
150g gula kastor
1 sudu teh vanilla
2 biji telur

1 sudu teh cuka                 
1 sudu teh soda bikarbonat

1) Ayak tepung, serbuk penaik & serbuk koko. Masukkan walnut dan gaul. Ketepikan seketika.
2) Pukul mentega, gula kastor & vanila sampai gula hancur. Masukkan telur sebiji demi sebiji sampai kembang.
3) Campurkan 'buttermilk' berselang seli dengan bahan tepung yang diayak ke dalam bancuhan.
4) Dalam mangkuk kecil, masukkan 1 sudu teh soda bikarbonat dan tuangkan 1 sudu teh cuka. Apabila habis buih, masukkan bahan ini ke dalam adunan tepung tadi dan kacau rata.
5) Masukkan ke dalam cup cake dan bakar selama 170 C selama 20minit.

Topping
360g krim keju
70g mentega
200g gula ising

Pukul krim keju dengan mentega dan kemudian masukkan gula ising.
Bila kek dah masak dan sejuk sapukan topping ke atas cup cake.

Sunday, May 8, 2011

Tart Blueberries Cream Cheese

Mula-mula memang tak minat nak buat this tart tapi selepas memakan sebiji tart yang dibuat oleh Cik Maria, my office mate terus tergoda nak buat juga. Tak boleh tahan bau harum pastrinya. So di bawah nilah hasilnya.

Part ni yang paling leceh nak buat. Kena banyak bersabar.

Pastri yang dah dibake.
Letakkan filling blueberry.
Letakkan filling cream cheese.

Lorekkan dengan pewarna violet. Lukislah ikut kreativiti yang terlintas di kepala ya.


Tart yang dah dibake.



Memang delicious.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...