Ada sesiapa yang tahu nama pokok ni. Susah nak tanam , ini attempt yang ketiga tanam this flower. Batangnya very soft and ulatbulu memang suka daun pokok ni coz of its softness. Waktu malam, cari si ulatbulu, mengacau saja habis togel dikerjakan daunnya.
Sunday, July 31, 2011
Juice Apple Hijau + Peria Katak
Dapat idea nak minum juice ni bila melihat rancangan NONA at TV3, Datuk Yusof Haslam minum juice ni setiap pagi bersama sesudu madu. Juice ni memanglah pahit sikit al-maklumlah rasa si peria katak ni kan tapi memang bagus untuk kesihatan kita. Katanya baik untuk prevent from diabetis (sakit kencing manis). So sekarang jadi rutin harian, minum 2 kali seminggu ikut kerajinan nak membuatnya.
Lagi satu yang banyak terdapat dalam majalah = apple hijau + peria katak + susu
Khasiatnya : menghindarkan bau mulut (bad breath) dan mengurangkan panas dalam badan (internal heat).
Sesiapa yang tak tahan pahit bolehlah letakkan 1/2 bahagian peria katak sahaja.
Thursday, July 21, 2011
Lovely Hydrangeas or Bunga 3 Bulan
Hydrangeas ku berbunga lagi, seronoknya. This one blueish & a bit purplish. Kalau bunganya warna biru maknanya pH tanah dalam pasu tu adalah berasid. Kalau nak warna bunganya pink pH tanahnya mestilah alkali.
Pokok hydrangeas yang ditanam dalam pasu besar. Pokok ni letaknya di tengah panas, nasib baik hidup coz hydrangeas actually hidup subur di tempat yang redup. Tapi pokok ni memerlukan air yang banyak. Pagi dan petang mesti nak siram jikalau tidak akan layulah daunnya.
Monday, July 18, 2011
Sambal Tempoyak dengan Petai
Teringin sangat nak makan sambal tempoyak dengan petai ni so hari ahad yang lalu, apalagi proses membuatnya dijalankan. Makan dengan nasi panas memang sedap tak payah lauk lain lagi.
Bahan
1 packet kecil tempoyak
5 biji cili hidup merah
5 biji cili padi ( nak lebih boleh tambah)
3 biji bawang merah kecil
1 genggam ikan bilis
garam secukup rasa
Petai 3 papan ( suka lebuh boleh tambah )
Cara:
Kisar cili hidup merah, cili padi dan bawang merah kecil hingga halus dan masukkan ke dalam periuk. Apabila sudah mendidih masukkan tempoyak. Letak garam sedikit. Masukkan ikan bilis dan last sekali masukkan petai.
Siap untuk dihidangkan.
Sunday, July 17, 2011
Carrot Cake
Carrot cake ni is my favourite. Bila makan tergigit walnut yang crunchy memang sedap. I can just eat 2 piece of this cake for my dinner. Got the resepi from Teratak Impian. Thank u very much.
Simply delicious.
Bahan-bahan
- 3 cawan lobak merah -di parut
- 4 biji telur
- 1 1/4 cawan minyak sayur- next time nk kurangkan maybe 3/4cwn@1 cwn memadai- sy letak 3/4 cwn minyak jagung
- 2 cawan gula- hana kurangkan sbb ltk madu dua sudu. lg sedapp!- sy letak 3/4 cwn brown sugar,1 cwn gula castor dan 1 sudu madu
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan golden raisin
- 1 cawan walnut- roast & crush
- 1 sudu teh garam halus
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh serbuk kayu manis ( ni mesti letak pembangkit bau )
- Topping/Glazing
- 1 1/4 cawan gula icing
- 3 oz creamcheese
- 1 sudu makan corn syrup ( boleh diganti ngan golden syrup)
- 1 sudu teh vanilla extract
Cara-cara
- Ayak tepung bersama garam, baking powder & soda.
- Masukkan pula parutan lobak merah, walnut &raisin kedalam tepung. Gaul rata.
- Didalam bekas lain, pukul telur,minyak & gula hingga sebati.
- Masukkan campuran telur kedalam campuran tepung dan gaul rata.
- Masukkan adunan kedalam loyang 10" yg telah di gris.
- Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 50-60 min pada suhu 175C atau sehingga masak.
- Bila sudah masak, keluarkan dah sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga betul2 sejuk.
- Setelah sejuk, boleh dihias dengan creamcheese glazing.
- Topping/Glaze- Pukul creamcheese bersama gula icing, syrup dan vanilla extract.
Wednesday, July 13, 2011
Light Pink, Light Peach ROSES
My roses collections at home. Have various colours. All in the pots.
After a rainy day.
The red one but not really red.
Pink + red.
Tuesday, July 12, 2011
Bendeh or Lady's Finger
Bendeh atau Lady's Finger sangat senang untuk ditanam. Hanya menggunakan bijinya yang sudah dikeringkan dan ditaburkan ke dalam pasu. Tak berapa lama akan tumbuhlah anak pokok bendeh. Setelah panjang sejengkal dua boleh lah dialihkan ke tanah atau ditanam dalm pasu yang besar sedikit.
Selain sedap dimakan sebagai ulam atau di masak , ianya boleh dijadikan bahan untuk merawat penyakit diabetic setidak tidaknya mengurangkan kadar gula di dalam badan.
Caranya: Ambil 2 biji bendeh dan buangkan kedua dua hujungnya. Potong di bahagian tengah (kerat dua) dan letak dalam segelas air masak. Tutup gelas dan simpan di room temperature semalaman. Bangun pagi, sebelum sarapan keluarkan bendeh dari dalam gelas dan minumlah airnya. Buatlah setiap hari.
Bendeh yang telah kering.
Boleh tumbuh di celah pokok yang lain dalm satu pasu.
Love this so much.
Inilah hasilnya. Sangat sedap dimakan mentah and sungguh crunchy. Love it so much.
Steam Butter Cream Cake With Roses
Sudah berulang kali ku cuba membuat roses from cream tapi tak jadi jadi. Geram punya pasal , nekad attend baking class for steam butter cream cake. In the class dapat belajar buat sponge cake, teknik membuat roses & macam mana nak steam butter cream on the cake so that it looks like a fondant cake very smooth & silky. Steam butter cream goes very well with sponge cake but not butter cake.
Egg + gula + air beat until so fluffy, gebu. See the teknik memegang hand mixer. So that adunan cepat kembang. If menegak hand mixer tu berjam jam lah tak kembang kembang.
Tepung + baking powder + koko = ayak . Letak minyak jagung. Kaup balik & put inside loyang 8 ".
Chocolate sponge cake yang dah siap dibake. Tips for sponge cake, selepas cake masak terus dikeluarkan waktu masih panas dan ditrbalikkan di atas rak.
Bila cake dah sejuk sikit potong kepada 2 / 3 bahagian dengan meggunakan cutter , tak disarankan mengguna pisau coz banyak serdak yang akan bersepah sepah membuatkan permukaanya tak smooth, ikut suka berapa layer nak buat.
Layer dengan cream & blueberries filling. Lagi banyak lagi sedap coz the cake is really kering but becarefull layering terlalu banyak blueberries akan membuat cake bergoyang & slippery.
Cake after dilayerkan.
1st coating with the cream.
Teknik ni yang paling susah. Nilah dipanggil teknik steam the butter cream. Tips mesti menggunakan mangkuk plastik. Kacau cream dan keluarkan dari double boiler. Kacau lagi di luar double boiler. Masukkan semula atas double boiler, kacau lagi. Kacau hingga pekat sedikit. If adunan terlalu cair ia tidak akan melekat pada atas sponge cake.
Selepas cream pekat sedikit, curahkan ke atas sponge cake dan hentakkan rak yang bejalur supaya semua cream turun rata ke sekeliling cake. Teknik ni paling susah. Perlu tahap kesabaran yang sangat tinggi di peringakat ini. Kalau tak rata kaup balik semua cream dan ulang process mendouble boilnya.
Tak mahir buat roses so kena guna the small cone to support it. Mula mula memang tak jadi. Practise makes it perfect. At last jadilah juga.
Susunkanlah roses yang dah dibuat di atas cake.
Daunnya pula.
Penuh roses kembang setaman.
Cake yang dah siap dihias. Cake ni sesuai for wedding. When look at the outcome, sangat sukahati walaupun tak mahir tetap menjadi di mataku. It was a tiring day but yet and enjoyable one.
But to tell the truth sebenarnya cake ni tak lah sedap sangat sebab its very dry. Tengok creamnya boleh pengsan so tebal. Bagi sesiapa yang nak mencuba bolehlah gunakan resepi di bawah ni.
Chocolate Spomge cake
5 biji telor gred A
170g gula kastor
1 camca teh ovalette
70g air
100g minyak masak
40g serbuk koko
160g tepung gandum
1 camca teh baking powder
Cara
1-Satukan telor + gula + ovalette + air = pukul kembang.
2-Masukkan serbuk koko + baking powder + tepung yang telah diayak.
3-masukkan minyak. Putar bahan 2 & 3 sekejap dan dikaup balik adunan menggunakan scrapper.
4-Bakar pada suhu 170's selama lebih kurang 45 minit. Ikut tahap kepanasan oven masing-masing.
Buttercream
300g krimwell
200g shortening
50g butter
susu pekat 3/4 tin
Campur semua bahan di atas kecuali susu pekat. Pukul selama 1/2 jam hingga kembang dan barulah masukkan susu pekat. Pukul sebatikan. ( 1/2 bahagian untuk buat steam butter cream & 1/2 untuk rosesnya)
Subscribe to:
Posts (Atom)