Tuesday, July 12, 2011

Bendeh or Lady's Finger

Bendeh atau Lady's Finger sangat senang untuk ditanam. Hanya menggunakan bijinya yang sudah dikeringkan dan ditaburkan ke dalam pasu. Tak berapa lama akan tumbuhlah anak pokok bendeh. Setelah panjang sejengkal dua boleh lah dialihkan ke tanah atau ditanam dalm pasu yang besar sedikit.
Selain sedap dimakan sebagai ulam atau di masak , ianya boleh dijadikan bahan untuk merawat penyakit diabetic setidak tidaknya mengurangkan kadar gula di dalam badan.
Caranya: Ambil 2 biji bendeh dan buangkan kedua dua hujungnya. Potong di bahagian tengah (kerat dua) dan letak dalam segelas air masak. Tutup gelas dan simpan di room temperature semalaman. Bangun pagi, sebelum sarapan keluarkan bendeh dari dalam gelas dan minumlah airnya. Buatlah setiap hari.

Bendeh yang telah kering.

 
Boleh tumbuh di celah pokok yang lain dalm satu pasu.


Apabila berbunga mennadakan bendeh akan keluar selepas ini. Bunganya tak tahan lama tapi sangat cantik.








Love this so much.




Inilah hasilnya. Sangat sedap dimakan mentah and sungguh crunchy. Love it so much.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...