Tuesday, July 12, 2011

Steam Butter Cream Cake With Roses

Sudah berulang kali ku cuba membuat roses from cream tapi tak jadi jadi. Geram punya pasal , nekad attend baking class for steam butter cream cake. In the class dapat belajar buat sponge cake, teknik membuat roses & macam mana nak steam butter cream on the cake so that it looks like a fondant cake very smooth & silky. Steam butter cream goes very well with sponge cake but not butter cake.

 Egg + gula + air beat until so fluffy, gebu. See the teknik memegang hand mixer. So that adunan cepat kembang. If menegak hand mixer tu berjam jam lah tak kembang kembang.

Tepung + baking powder + koko  = ayak .  Letak minyak jagung. Kaup balik & put inside loyang 8 ".

Chocolate sponge cake yang dah siap dibake. Tips for sponge cake, selepas cake masak terus dikeluarkan  waktu masih panas dan ditrbalikkan di atas rak. 

Bila cake dah sejuk sikit potong kepada 2 / 3 bahagian dengan meggunakan cutter , tak disarankan mengguna pisau coz banyak serdak yang akan bersepah sepah membuatkan permukaanya tak smooth, ikut suka berapa layer nak buat.

Layer dengan cream & blueberries filling. Lagi banyak lagi sedap coz the cake is really kering but becarefull layering terlalu banyak blueberries akan membuat cake bergoyang & slippery.

Cake after dilayerkan. 

 1st coating with the cream.

Teknik ni yang paling susah. Nilah dipanggil teknik steam the butter cream. Tips mesti menggunakan mangkuk plastik. Kacau cream dan keluarkan dari double boiler. Kacau lagi di luar double boiler. Masukkan semula atas double boiler, kacau lagi. Kacau hingga pekat sedikit. If adunan terlalu cair ia tidak akan melekat pada atas sponge cake.

Selepas cream pekat sedikit, curahkan ke atas sponge cake dan hentakkan rak yang bejalur supaya semua cream turun rata ke sekeliling cake. Teknik ni paling susah. Perlu tahap kesabaran yang sangat tinggi di peringakat ini. Kalau tak rata kaup balik semua cream dan ulang process mendouble boilnya.
Tak mahir buat roses so kena guna the small cone to support it. Mula mula memang tak jadi. Practise makes it perfect. At last jadilah juga.


Susunkanlah roses yang dah dibuat di atas cake.

 

Daunnya pula.

 
Penuh roses kembang setaman.

Cake yang dah siap dihias. Cake ni sesuai for wedding. When look at the outcome, sangat sukahati walaupun tak mahir tetap menjadi di mataku. It was a tiring day but yet and enjoyable one.

But to tell the truth sebenarnya cake ni tak lah sedap sangat sebab its very dry. Tengok creamnya boleh pengsan so tebal. Bagi sesiapa yang nak mencuba bolehlah gunakan resepi di bawah ni.

Chocolate Spomge cake
 
5 biji telor gred A
170g gula kastor
1 camca teh ovalette
70g air
100g minyak masak
40g serbuk koko
160g tepung gandum
1 camca teh baking powder
 
Cara
1-Satukan telor + gula + ovalette + air = pukul kembang.
2-Masukkan serbuk koko + baking powder + tepung yang telah diayak.
3-masukkan minyak. Putar bahan 2 & 3 sekejap dan dikaup balik adunan menggunakan scrapper.
4-Bakar pada suhu 170's selama lebih kurang 45 minit. Ikut tahap kepanasan oven masing-masing.
 
Buttercream
 
300g krimwell
200g shortening
50g butter
susu pekat 3/4 tin
 
Campur semua bahan di atas kecuali susu pekat. Pukul selama 1/2 jam hingga kembang dan barulah masukkan susu pekat. Pukul sebatikan. ( 1/2 bahagian untuk buat steam butter cream & 1/2 untuk rosesnya)
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...