Tuesday, January 31, 2012

Garlic Vine ...Lovely as usual

Garlic Vine ku berbunga lagi. Seronok sangat kali ni keluar banyak putik. Seperti biasa bunga ni cuma tahan 3 hari sahaja.
There goes my lovely garlic vine. It blooms again but this time a lot of buds. As usual this flower will last for only 3 days.

Berputik banyak.
Lovely buds.
Tengah nak mengembang.
Its going to open.


Macam bentuk trumpet.
Looks like a trumpet.
 

Memang sangat cantik.
Love to see this.

Mekar berkembang. Suka warna ungu cair + pekat. Gabungan warna yang sangat menarik.
It blooms with purplish, whitish + dark purple. A perfect combination.
Lovely.


Nilah pokoknya. Ditanam dalam pasu besar. Pokok ni sebenarnya boleh tinggi jika ditanam di atas tanah.
This is the ginger vine tree. Planted in a big pot. Actually this tree can grow bigger & taller if we planted on the ground.

Friday, January 27, 2012

Rainbow Cake

Salah satu kek yang sedang hangat di pasaran ialah rainbow kek. Tak lepaskan peluang nak cuba juga buat rainbow kek ni. Kuatkan semangat dan akhirnya menjadilah juga kek ni. Nama rainbow kek tapi warnanaya tak macam pelangilah. Kek ni memang menguji tahap kesabaran yang sangat tinggi. Kali pertama buat kek yang tidak memakai kuning telor, 5 biji putih telor untuk kek dan 4 biji putih telor untuk creamnya. Setiap satu layer kek ni sangat nipis dan sangat lembut, pepatah kata "handle with great care , very fragile ", silap haribulan boleh terbelah-belah kek ni. Mesti menggunakan pewarna gel ( saya guna jenama Wilton) sebab ianya akan memberikan warna terang yang kita kehendaki tapi sebab saya letak sedikit saja tu yang warna merah dan biru tak mengancam sangat.

Rasa seronok sangat sebab dapat pujian from hubby.....sedap...katanya. Bukan senang nak dapat pujian ni. Mungkin dah lama tak makan kek......

Asal-asalnya setiap satu layer kek ni nipis, tapi setelah disapu buttercream ianya menjadi sangat tebal. Kali pertama membuat swiss meringue buttecream.




Kek ni ibarat membuat kek lapis Sarawak, bezanya cuma layer yang tebal.



 Selepas disapu buttercream kek ini menjadi sangat berat. Meggunakan resepi swiss buttercream meringue. Tak lah muak sangat.



Rainbow Cake
Source: Masam manis - Whisk Kid

226g butter (room temperature)
2 1/3 cawan gula (426 g)(saya letak 2 cawan sahaja)
5 biji putih telor, suhu bilik
2 sudu kecil vanilla
3 cawan tepung gandum (426g)
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan susu (355ml) - suamkan selama 30 saat di microwave untuk samakan pada suhu bilik
(saya suamkan sekejap atas dapur, agak-agak jangan terlalu panas)
Pewarna gel -merah, jingga, kuning, hijau, biru dan ungu
Jangan gunakan pewarna cecair yang biasa kerana warnanya tidak terang

Cara
1-Pukul butter + gula sehingga kembang.
2-Masukkan putih telor sedikit demi sedikit. (Senang satukan ke 5 biji putih telor ke dalam mangkuk). Putar sampai semua bersatu. Masukkan vanilla.
3-Masukkan tepung (diayak bersama baking powder) berselang seli dengan susu. Kaup balikkan adunan.
4-Bahagi sama rata adunan dan masukkan ke dalam 6 bekas.
5-Letakkan pewarna gel ke dalam setiap satu mangkuk. Jangan takut untuk meletakkan pewarna. Warna adunan sebelum dibakar akan sama warna apabila selesai dimasak.
6-Alaskan dengan baking sheet dan tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar 8". Bakar selama 15 minit setiap satu.
7-Setelah masak keluar dan sejukkan. Masa ni perlu berhati-hati kerana kek sangat lembut dan senang pecah. 

Swiss Meringue Buttercream
Source: Hana - Wendy

120g telor putih ( 4 biji telor saiz bear )
200g gula castor
340g butter pada suhu bilik

1-Panaskan air dalam periuk. Satukan putih telor dan gula ke dalam mangkuk tahan panas. Letak di atas periuk yang berisi air tadi. Kawal kepanasan air agar tidak terlalu panas sekitar 65c sahaja. Kacau dengan whisker sehingga gula larut lebih kurang 3 minit. Adunan akan kelihatan seperti krim.
2-Alihkan dari periuk panas tadi. Letakkan mangkuk panas tadi ke dalam mangkuk lain yang berisi air paip dan 3-5 ketul ais, jangan terlalu sejuk. ( Tapi saya tak ikut step ni, shortcut, terus pukul saja atas meja ). Pukul adunan lebih kurang 5 minit sehingga meringue kental dan berkilat.
3-Masukkan butter sesudu demi sesudu dan terus memutar hingga kental lebih kurang 6-10minit.

Monday, January 23, 2012

White Butterfly Orchids

Butterfly orchids lagi, hem....dapat beli dengan harga RM30.00. Ini merupakan hadiah untuk diri sendiri sempena harijadi yang lepas. Tak boleh tahan tengok bunganya yang besar ni walaupun warnanya putih kosong sahaja.

Oh! No, its butterfly orchid again, i spent RM30.00 for this white orchids. This is a birthday gift for myself. I guess i already spend a lot for orchids this month. OK stop buying. Hope I don't see it anymore at the morning market, if not.....Altough the colour is whitish and a bit plain but I still love it since the flower is very big.








Belum sempat nak alihkan ke dalam pasu kecil. Satu peringatan jangan gunakan pasu yang terlalu besar kerana orkid ni akan mengeluarkan akar yang banyak dan mengakibatkan pokok kurang mengeluarkan bunga.
Haven't transfer to a bigger pot. Reminder do not transfer the orchids to  a very big pot because it will create a lot of roots and the orchids flower will not come out so much.




Lovely!!

Saturday, January 21, 2012

Makan-makan Di Telok Jawa....Dec'11

Yes, makan time lagi. Kali ni seronok sikit sebab boss yang belanja for the 1st time. Setelah berjanji sekian lama ( hampir 5 bulan ), barulah dikotakan. Ingat dah lupa....belum rupanya. Lepas ni, tak tahulah ada sesi makan-makan lagi ke tidak. Boss saya ni, suka celebrate Christmas, so dia kata dinner before Christmas. Kalau dah makan seafood, alamatnya ranaplah RM300.00++.
Fresh seafood. Harga boleh tahan mahal.

Sayur Kailan ikan masin + pepahat ( sedap )


Chilli Crab sedap + Blackpepper Crab ( kering sangat )


Ikan Siakap Nyonya Style (sedap) + Ikan Siakap 3 rasa tapi macam goreng kicap je.



Butter Prawn. Udang kecil dan tak fresh sangat + Sotong Goreng Butter (sedap)


Members of the day. Finance department.


Pemandangan di waktu malam + senja.

Tuesday, January 17, 2012

Chocolate Banana CupCakes

Sewaktu melayari youtube, terjumpalah resepi ni dari joyof baking. Resepi yang sangat senang untuk dicuba. Sarah kata: Sedaplah mama cupcake ni......hu ...hu macam nak terbang rasanya. Bukan senang nak dapat pujian dari si anak dara sorang ni.

 Topping ialah buttercream. Sedap tak muak.




 Very moist.





Chocolate Banana Cupcakes
Source:Joyofbaking

Bahan A
1 cawan ( 130g ) tepung gandum
1 cawan ( 200g ) gula
35g koko
3/4 sudu kecil baking soda
3/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam

Bahan B
2 biji pisang yang dilenyek
1 biji telor yang besar
1/2 cawan ( 120ml ) air suam
1/2 cawan ( 16ml ) minyak jagung
1/4 cawan ( 16ml ) susu
3/4/ sudu kecil esen vanilla

Cara
1-Campur semua bahan A, diayak bersama.
2-Campur semua bahan B satu persatu dan kacau rata.
3-Buat lubang di tengah campuran tepung di bahan A, curahkan campuran bahan B ke dalamnya. Kacau rata menggunakan whisk sahaja.
4-Sendukkan ke dalam papercup.
5-Panaskan oven dan masak selama 20minit pada suhu 150C.

Topping

90g coklat masakan - cair dan sejukkan
130g butter pada suhu bilik
120g icing sugar yang diayak
1 sudu kecil vanilla

Cara
1-Pukul butter sehingga kembang kemudian masukkan icing sugar. Pukul lagi sehingga gebu.
2-Masukkan esen vanilla.
3-Letakkan coklat masakan yang telah dicairkan tadi.
4-Pukul rata dan sebati.
5-Bila kek sejuk , pipekan ke atas cup cake.






Sunday, January 15, 2012

Lantana Camara - Orange + Yellow+ Red

Lagi satu koleksi lantan camara atau bunga tahi ayam dalam warna oren, kuning dan merah. Terang benderang warnanya. Teringin nak cari warna ungu pula selepas ni.

One of my lantana camara collections - orangy, yellowish & reddish. Striking in colours. After this would like to search for a purple colour since i already have pinkish. 




Merah dan oren warnanya.
Redish & orangy in colour.

Kombinasi warna yang cantik. Dari jauh dah nampak.
A good combination of colours, from far we can see it.


Ni betul-betul keluar warna merah sahaja.
All in red only.




Ditanam dalam pasu yang kecil sahaja. Pokok ni sangat senang dijaga.
Planted in a small pot only. Very easy to take care this plant.

Lovely

Saturday, January 14, 2012

Basil or Daun Selasih


Love watching the cooking series at AFC Network by Astro - Barefoot Contessa, Giada at Home, Nigella Lawsons, Anna Olson ant others. Their kitchen is superb. Adore it so much. They have a lot of fresh herbs planted or put inside the glass or jar. So I pick my basil leaves and put it in a mug near my sink. Use a bit of water filter and surprisingly it last for almost more than a week now. Can see roots coming out from the basils. I always eat the basil leaves raw with a hot rice plus "sambal belacan" simply delicious.



See the root comming out after few days in a cup of  1/5 water. I didn't realise it until I wanted to change the water. Surprise. After that you can just plant it in the soil. Very simple.


The leaves can be use in cooking especially Malay tradistional cruisine - Laksa Johor & etc or use as "ulam"( eaten raw without cooking ).


My daughter ask: Mom, is that lavender ? Oh my dear , this is the flower of basil.  I think have to educate them more about the herbs. The flower is really beautifull.

The flowers will dry and fly everywhere. Suddenly, we can see new basil plant come out. Very simple to take care. As I have a lot of it I just give it to my neighbours. 

 
Lovely.

Wednesday, January 11, 2012

Blueberries Cup Cake

Cadangan asal nak buat muffin blueberries tetiba jadi blueberries cupcake pulak. Try resepi dari Barefoot Contessa, memang senang bahannya tapi tersalah sukat jadilah cupcake. Anyway taste memang sedap but a bit sweet.




Sebelum di bakar.



Selepas dibakar.

 Setengah dah hilang.


Blueberries Cupcakes
Resepi asal dari Barefoot Contessa(Blueberries muffin) tapi telah teralah olah jadilah cup cake

250 g butter ( asal 170g butter tapi saya dah tersalah sukat)
1 1/2 cawan gula
3 bili telor gred A
1 1/2 sudu kecil vanilla
1 cup youghurt/ sour cream
1/4 cawan susu
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
blueberries jem

Cara
1- Pukul butter + gula sehingga kembang selama 5 minit.
2-Masukkan telor satu persatu + vanilla + youghurt + susu. Pukul perlahan.
3-Masukkan bahan kering yang telah diayak. (tepung gandum+baking powder +baking soda).
4-Kaup dan balik adunan.
5-Masukkan adunan ke dalam cup cakes separuh dan letakkan filling blueberries. Kemudian tutup dengan baki adunan.
6-Bakar cup cakes selama 15 - 20 minit pada suhu 150C. ( Bergantung kepada oven masing-masing)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...