Tuesday, January 17, 2012

Chocolate Banana CupCakes

Sewaktu melayari youtube, terjumpalah resepi ni dari joyof baking. Resepi yang sangat senang untuk dicuba. Sarah kata: Sedaplah mama cupcake ni......hu ...hu macam nak terbang rasanya. Bukan senang nak dapat pujian dari si anak dara sorang ni.

 Topping ialah buttercream. Sedap tak muak.




 Very moist.





Chocolate Banana Cupcakes
Source:Joyofbaking

Bahan A
1 cawan ( 130g ) tepung gandum
1 cawan ( 200g ) gula
35g koko
3/4 sudu kecil baking soda
3/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam

Bahan B
2 biji pisang yang dilenyek
1 biji telor yang besar
1/2 cawan ( 120ml ) air suam
1/2 cawan ( 16ml ) minyak jagung
1/4 cawan ( 16ml ) susu
3/4/ sudu kecil esen vanilla

Cara
1-Campur semua bahan A, diayak bersama.
2-Campur semua bahan B satu persatu dan kacau rata.
3-Buat lubang di tengah campuran tepung di bahan A, curahkan campuran bahan B ke dalamnya. Kacau rata menggunakan whisk sahaja.
4-Sendukkan ke dalam papercup.
5-Panaskan oven dan masak selama 20minit pada suhu 150C.

Topping

90g coklat masakan - cair dan sejukkan
130g butter pada suhu bilik
120g icing sugar yang diayak
1 sudu kecil vanilla

Cara
1-Pukul butter sehingga kembang kemudian masukkan icing sugar. Pukul lagi sehingga gebu.
2-Masukkan esen vanilla.
3-Letakkan coklat masakan yang telah dicairkan tadi.
4-Pukul rata dan sebati.
5-Bila kek sejuk , pipekan ke atas cup cake.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...