Saturday, June 30, 2012

Ridel Hotel, Kota Baru, Kelantan

Selalunya kalau ke Kota Baru, kami sekeluarga akan menginap di Hotel Ridel. Masuk ni dah 3 kali tinggal di hotel ni. Hotel ni letaknya berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah, Restoran Nasi Ulam Cikgu. Boleh jalan kaki je. Di hadapan hotel ni ialah Sungai Kelantan yang sangat besar. Kiranya kalau banjir memang air akan naik tapi taklah sampai masuk dalam hotel sebab tinggi.


Lot A-05-01, Blok A, Jalan Pasar Lama, Seksyen 9, 15100 Kota Bahru, Kelantan bersebelahan Pelangi Mall shopping complex. Hotel ni famous so kena book cepat cepat. Berdekatan dengan Grand Riverview Hotel.
 
Tu dia Sungai Kelantan. Reception area hotel.

Ni promotion ratenya. Higly recoomended rooms :

a) Deluxe triple RM157.00 - 1 queen bed + 1single bed. Bilik besar dan selesa.

b) Executive RM157.00      - 1 queen bed tapi bilik besar dan selesa.

b) Family room RM167.00 - 1 queen + 2 single bed ( dua bilik bersambung ) tapi satu aircond + fan. TV ada 2.  Tapi jangan bimbang tetap sejuk. Bilik luas tapi takda tingkap ya. Bilik ni kena booking awal sebab tak banyak dan selalu fully book.


Ni bilik Deluxe. Kalau untuk 2 orang oklah. As for me 2 adult + 2 kids tak selesa kena ambil tilam extra so jadinya teramat amatlah sempit bilik tu.

Ni bilik Deluxe triple. Memang selesa.

Dalam bilik Deluxe triple.



Friday, June 29, 2012

Pavlova......akhirnya.....

Lama dah tengok pavlova ni, macam best je kan. Fresh fruits dah banyak kali beli sampai naik lebam lebam strawberry tu. Tengok Barefoot Contessa buat kat AFC dah berkali kali, macam senang je. So kuatkan semangat buat jugalah pavlova ni. Not to sweet sebab saya dah reducekan gulanya.

Hai ! pavlova base ni rentung sikit tapi taklah hangus boleh makan. Crunchy lagi. The cream buat dia melt in my mouth. Ditambah lagi dengan rasa masam manis fresh fruit memang sedap. 


4 biji putih telor yang dipukul hingga mengadi meringue. Masukkan dalam piping bag siap untuk dipaipkan.  


Base yang bersedia untuk dibakar. Proses pembakaran memang sangat lama. 1 jam 15 minit dengan menggunakan api bawah saja tapi saya guna api atas bawah sebab tak tau oven saya tu macam mana nak buat api bawah saja tu yang jadi kecoklatan sikit warnanya. Janji tak hangus.


Fresh fruits = strawberry + kiwi + anggur antara buah yang wajib untuk pavlova ni.


My 2nd tray pavlova menjadi. Sangat Crunchy dan tak rentung. Warna cantik.


Ready to bring to office for testing session. The girls like it.


Lovely collage.

PAVLOVA
Source: Cahaya Cinta

4 biji putih telor
1 cawan gula halus ( saya letak 3/4 cawan )
1 sudu besar tepung jagung
1/2  sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil vanilla
fresh fruits = anggur + strawberry + kiwi. Nak letak lain-lain pun boleh.

Cara
1-Pukul putih telor sampai jadi gebu (soft peak). Putar dengan kadar maksimum.
2- Sambil putar masukkan gula sedikit demi sedikit.
3-Pukul sampai kental dan masukkan tepung jagung dan putar selama 3 minit lagi.
4-Bila dah sebati berhentikan mixer. Masukkan cuka & vanilla , guna teknik kaup balik dengan spatula dengan satu arah saja.
5-Panaskan oven pada suhu 120 darjah dan bila telah panas boleh turunkan kepada 100 darjah. Ikut tahap kepanasan oven masing-masing.
6-Masukkan dalam piping bag dan boleh buat kelongsong bulatan.
7-Bakar selam 1 jam 15 minit. Kena sabar ya.

Cream

250 ml cream brand RICHS, gold label for cakes & dessert toppings

Pukul cream ni selam 15 minit sehingga kental dengan kelajuan yang laju.

Satukan
- Selepas base masak dan disejukkan , sapu cream di atasnya dan hias dengan fresh fruit.











Thursday, June 28, 2012

Masak Lemak Telor Itik

Teringin nak makan masak lemak telor itik. Yang bestnya telor itik ni beli kat pasar di Melaka masa balik kampung hari tu. Sebiji 80 sen. Telor kuning keras sikit dari telor ayam. Telor itik ni bukan yang telor asin ya, telor itik biasa.




Kuning telor itik yang dibelah dua. Ready untuk dimakan. Sedap....



Nilah rupa asal telor itik. Warna kulitnya putih. Telor di tengah tu warnanya oren.



Memang sedap....ditambah dimasak pedas-pedas. Terliur sudah.


Masak Lemak Cili Padi Telor Itik

Bahan
15 biji cili padi kampung yang ditumbuk - nak pedas boleh tambah
2 biji bawang merah kecil - kalau tak letak pun tak pa
2 biji telor itik
1 batang serai
santan pekat
air secukupnya
1 inci kunyit hidup - yang ni saya guna kunyit serbuk. Letak sampai dapat warna kuning yang cantik
1 keping asam keping
Daun kunyit atau daun limau purut
Garam secukupnya

Cara

1-Masukkan cili padi yang telah ditumbuk bersama bawang + serai yang ditiik + asam keping + santan pekat + air. Lihat kepekatannya.
2-Didihkan santan dengan cara "timbuk" atau mesti dikacau selalu supaya tidak pecah santan. Kalau tidak kuahnya memang tidak cantik.
3-Setelah mendidih masukkan telor sebiji dulu tunggu hingga keras baru masukkan telor yang lain.
4-Masukkan garam secukupnya + daun kunyit atau daun limau purut.
5-Siap untuk dihidang.


















Wednesday, June 27, 2012

Tiramisu .......jadi juga akhirnya...

Selalu lihat kat blog, ramai yang suka buat tiramisu. So carilah resepi cam mana nak buat tiramisu ni. Taklah susah sangat, senang je tapi bahanya bila dicampur campur mahal juga. Ada tu kalau nak sedap pakai mascarpone cheese 1 tupperware kecil harganya RM25.00. Mak ai memang mahal sungguh so carilah resepi yang murah sikit.


Kalau ltak blueberry ni memang sedap sikit kalu tak rasanya plain lah. Letak strawberry tu lagi sedap dimakan dengan tiramisu. Masam masam manis gitu.


Ni tiramisu yang plain je. Kalu makan banyak muak jugalah. Boleh gemuk makan ni selalu.




Ni letak dalam botol kecil from IKEA. Comel je.


Assorted style of tiramisu.

Yang dah discoop.


Tiramisu ni saya guna biskut.

TIRAMISU
Source: Blog cahaya cinta

150g blueberry
8ml air suam
gula aising 1 sudu makan
biskut tiramisu
2 sudu kecil nescafee
1 cawan air suam
250g cream cheese
1/2 cawan gula halus
250ml whipping cream
sedikit esen vanilla

Cara
1-Satukan blueberry + air suam + gula aising dan sejukkan dalam peti sejuk.
2-Pukul cream cheese + gula. Masukkan whipping cream dan esen vanilla.
3-Dalam cawan letak blueberry. Rendam biskut tiramisu sekejap saja. Celup celup manja gitu. Letak atas lapisan blueberry, letakkan aduan cream cheese tadi satu layer dan ratakan. Ulang proses shingga habis dan penuh bekas.
4-Sejukkan dalam peti ais sebelum dimakan.



Tuesday, June 26, 2012

Orangy Peachy Roses


Ni my roses collection, an orangy peachy roses. Dah few times berbunga tapi pokok tak berapa segar maybe tak cukup khasiatlah.



Kudupnya berbintik macam tidak sihat.


Nampak tu tak berapa segarkan. Tak pa nanti saya letak baja udang + baja ikan bagi subur. Ni resepi baru dapat dari penggemar roses di FB.

Wednesday, June 20, 2012

Oncidium Orchids ....katanya


Kalau dah pergi pasar tani tu, mestilah singgah kat Pak Cik Orkid. Kalau dah singgah mestilah hati terpaut maka hilanglah wangnya sebab membeli cik orkid ni. So far ini orkid yang paling mahal saya beli, RM48.00 sepasu. Memang cantik sekali pandang macam plastik. Kata Pak Cik Orkid namaya Oncidium...tak sure nanti kena cari nama yang betul.

 Warna coklat + yellowish.


Setangkai memang ada banyak kuntum bunga.






Memang kena letak dalam pasu yang kecil tak boleh besar sangat takut nanti akarnya banyak dan tak mahu berbunga kata Pak Cik Orkidlah ya.

Jenis berubi yang boleh menyimpan banyak air so tak boleh siram banyak air.



Chocolate Kek untuk Finance Meeting

Pada 28/5/12 hari tu ada Finance South East Asia meeting, so ramailah big boses Finance yang ada. So my boss pun suruh arrange tea break item. Buatlah chocolate kek ni.




Setelah dipotong oleh Cik Nurul.


Antara juadah for tea break petang tu.

Shopping di Bazar Kota Baru, Kelantan....

Kali ni shopping lagi kat Kota Baru. Kali kedua dalam setahun ni. Kalau tak kerana menghadiri majlis perkahwinan adik lelaki memanglah tak sampai sini. Lepas ni tak tau bila lagi akan ke Kelantan. Nak cerita pasal bazar yang ada di Kota Baru ni. Memang banyak bazar - ada Bazar Buluh Kubu, Bazar Tok Guru , Bazar Tengku Anis, Pasar Siti Khadijah. So this time round singgah di Bazar Buluh Kubu, Bazar Tok Guru dan semestinya Pasar Siti Khadijah. Kalau ditanya dalam banyak-banyak ni yang lengkap ada segala-galanya ialah Pasar Siti Khadijah, banyak pilihan dan lebih murah dari bazar yang lain. Maksudnya pergi Pasar Siti Khadijah pun cukuplah.

BAZAR BULUH KUBU
Letaknya bersebelahan dengan Pasar Siti Khadijah. Tak ramai orang di sini. Kedai besar dan tersusun rapi. Kiranya selesalah nak membeli belah di sini.Kalau peminat baju kelawar bolehlah ke sini kerana terdapat banyak design yang cantik kat sini berbanding dengan bazar lain. Harga dari RM25.00 ke atas. Design baju batik tak berapa menarik di mataku di sini. Limited choicelah.


                                 
Ni jubah batik kain crepe. Harga RM280.00. Cantik tapi sizenya kecil.


Berbagai jubah dan baju kelawar dari batik crepe.


Songket pun ada. Harga bermula serendah RM200.00 hingga beribu ringgit. Kena pandai tawar menawar. Harga asal RM500.00 tawar punya tawar boleh dapat RM300.00


Rambang mata tengok songket ni.


Anatara kain batik yang ada di sini.


Nilah Bazar Buluh Kubu tapi selalu orang tak perasan sebab semua tahu nak pergi Pasar Siti Khadijah je.


BAZAR TOK GURU
Ni letaknya jauh sikit dari Pasar Siti Khadijah. Di bandar Kota Baru sebelah kiri selepas round about. Terlupa nak snap gambar luar. Memang banyak ruang niaga tapi sempit memang tak selesa nak shopping. Harga kat sini mahal sikit. Design batik pun kurang mernarik kalau ada yang cantik pun mahal harganya.


Rambang mata tengok tudung-tudung bawal ni. Saya perhatikan memang orang Kelantan suka pakai tudung bawal walau ada fesyen tudung yang lain.


Antara yang sempat dibeli. Tudung + baju kelawar.

Tuesday, June 19, 2012

Makan-makan di Kota Bahru - Part 4

Kali ni destinasi di Pantai Cahaya Bulan, memang banyak kedai yang jual goreng-gorengan ni. Makan di waktu petang hari. So ni last blog for episod makan-makan at Kota Baru. Lepas ni tak tahulah berapa tahun lagi nak datang sini.


Sotong kat sebelah kiri tu harganya RM15.00 seekor. Mak ai mahalnya cam harga sekilo sotong.
Tak jadilah ambil. Udang yang dicucuk pun banyak.

Ambil punya ambil sepinggan campur keropok lekor tu RM15.00.

Air gas ni pattern botolnya zaman dulu-dulu kala. Banyak kat sini.

Pantai Cahaya Bulan selepas hujan. Dah tak banyalk pjok. 15 tahun lalu masih banyak pokok ru kat sini. Sekarang botak dah tad da pokok sangat.

Kalau dah namanya tepi pantai memang banyaklah layang-layang dijual.


D'KLASIK
Yang ni kopitiam D'Klasik yang dibuka 24 jam. Ni on the way belah kanan nak ke Wakaf Che Yeh dari Kota Baru.

Pemandangan dalam kedai yang sangat cantik.

Antara menu yang ada.

Garlic bread dengan mushroom sup + popiah goreng + rotai bakar + roti arab. Hai semuanya nak rasa.

Daging rusa black paper RM16.50 + mee hoon S'pore + mee hoon ladna
Daging rusa tu keras sikit kalau empukkan sikit lagi sedap.



PASAR MALAM DEKAT DENGAN PASAR SITI KHADIJAH (parking lot)

Ni kuih apam lambong. Sekeping RM1.30. Sedap dimakan dengan kelapa.

Nasi kerabu lagi RM3.50.

Lauk pauk kat pasar malam.

Baru dapat rasa nasi dagang RM3.50. Sebelah tu kerabu mangga.

Bermacam jenis kuih muih.

Ynag tinggi tu nasi tumpang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...