Friday, June 1, 2012

Chocolate cupcake

Masa ke kedai peralatan membuat kek, ternampak gambar edible image = cartoon barbie, strawberry shortcake, spongebob dan macam-macam lagilah. Tertarik hati so belilah satu keping A4 size gambar strawberry shortcake yang berharga RM10.00.
Edible bermaksud sesuatu yg boleh dimakan. Edible image pula bermaksud gambar yang boleh dimakan.. Gambar akan dicetak diatas frosting sheet yang diperbuat daripada gula. Printer yang digunakan adalah printer biasa tetapi ink sahaja yang berbeza. Ink atau dakwat yang digunakan adalah ink food iaitu ink yang boleh dan selamat untuk dimakan.

Si kecil bising sibuk bertanya , bila mama nak buat cup cakes strawberry shorcake ni. So carilah resepi yang paling senang nak dibuat. This resepi memang sangat senang, semua bahan dicampurkan dan hanya pakai whisk saja.

Bila dah banyak-banyak ni nampak menarik ditambah dengan warna-warni edible image.
 

Sebenar-benarnya edible image ni tak sedap rasanya. Hanya cantik untuk hiasan sahaja. Edible image ni tidak boleh dibiarkan terlalu lama di luar kerana warnanya akan pudar.



Memang seronok tengok multi colour item ni.

Terpulang kepada kita macam mana nak menghias cup cake ni.


Chocolate Cupcake
By: Whisk Kid


3/4 cawan (65g) koko
1 1/2 cawan (188g) tepung gandum
1 1/2 cawan (298g) gula
1 1/2 sudu kecil baking soda
3/4 sudu kecil baking powder
3/4 sudu kecil garam - saya tak letak
2 telor
3/4 cawan (177ml) air suam
3/4 cawan(177ml) butter milk atau susu + 1 sudu besar lemon = perap selama 15minit
3 sudu besar minyak jagung
1 sudu kecil esem vanilla

Cara
1-Panaskan oven.
2-Ayakkan koko + tepung gandum +gula + baking soda + baking powder & garam dalam mangkuk besar.
3-Masukkan telor + air suam + buttermilk + oil + esen vanilla = kacau rata selama 3 minit.
4-Scoop dan masukkan dalam cup cakes. Bakar selama 20 minit  ikut oven masing-masing.
5-Setelah masak sejukkan di atas redai.

Simple chocolate ganache via Martha Stewart
170g cooking chocolate
156ml cream
1 tsp corn syrup

1-Panaskan cream secara double boiler kemudian masukkan coklat dan syrup. Kacau selama 5 minit.
2-Siap untuk diletak atas cupcake.

Saya tidak menggunakan resepi ganache di atas sebab ada lebihan ganache selepas membuat kek coklat. So tak nak membazir guna untuk cupcakes ni.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...